NisaShoppe - Get ur delicious homemade choc & cakes here

Monday, May 6, 2013

Pasca PRU 13

copy paste untuk rujukan sendiri. ada sedikit perubahan, edit sana sini sikit. copy sana sini sikit. maka jadi lah entry ni.




1)Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12 ;
Penang - Pakatan 30, BN 10 ;
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah:

i- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
ii- Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
iii- Datuk Seri Chor Chee Heung  (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
iv- Tan Sri Benard Giluk Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

7) Timbalan menteri yang kalah ialah:

i-Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
ii-Datuk Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
iii-Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

8) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

[Graf perbandingan keputusan PRU 11,12,13]

9) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.



13) Secara keseluruhan 5.5 juta rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan 5.2 juta rakyat Malaysia memilih BN.



p/s: There's none so blind as those who will not see - Englishman proverb.

Wednesday, May 1, 2013

makcik kepoh mulut macam tongkeng ayam



ni entry marah + geram

makcik ni banyak kali dah cari pasal dengan aku

tadi sekali lagi dia buat pasal iaitu bercakap tanpa guna otak dahulu, sebaliknya memakai mulut seperti tongkeng ayam untuk bercakap

pagi tadi aku join makcik-makcik kejiranan potong-potong sayur untuk kenduri (aku cakap potong sayur sebab kejadian terjadi sewaktu aku potong sayur kangkung)

dia tahu aku dah lama menganggur

dengan sinis dia berkata "awak tak dapat kerja lagi ke?"

aku pun jawab , "belum ada rezeki makcik" dengan muka yang sangat sedih serta kesian. :(

lepas tu dia jawab, "oo awak tak mintak kerja mesti lah tak dapat. anak dara makcik nun kat kayell dia kerja. dua-dua orang kerja kat kayell. awak tak mintak ni, sebab tu tak dapat. "

time tu jugak hati jahat aku rasa macam nak sumbat batang2 kangkung masuk mulut persis tongkeng ayam dia tu.

tapi disebabkan aku masih lagi mempunyai akal dan otak, aku pun jawab.. Allahuakbar makcik, dah beratus-ratus kerja saya mintak. satu pun tak dapat. yang dapat nun di kayell semuanya. kat terengganu mahupun pahang tak ada satu pun sangkut. kalau kat kayell nun, gaji yang dia offer bukan sikit makcik, saya rasa mesti 3kali ganda gaji anak makcik yang 2 orang tu." aku saja cakap riak sikit, geram sangat masa tu.

tapi yang bestnya, kakak ipar aku buat lauk tambah. "haah dia dapat offer gaji 10K, tapi dia tak mahu. dia sayang kan mak ayah dia ni ha. kalau dia mata duitan lama dah dia pergi kerja kat kayell nun."

makcik tu pun diam sambil terkebil-kebil dan mulut tongkeng ayam dia makin terjuih-juih.

sumber: cari menggunakan google


note: ramai makcik lain bengang juga dengan sikap makcik mulut tongkeng ayam tu, mereka mengucapkan syabas kat aku tadi. hahahaha


p/s: saya bukan lah seorang yang suka bermegah-megah dan riak tak tentu pasal. kadang-kadang orang macam ni kena  sekolahkan jugak. kalau tak sampai sudah dia akan berfikiran negatif dan sempit tanpa fikir letak duduk seseorang tu :D

Thursday, April 18, 2013

MARU yang haru

dah lama tak buat entry baru

idea banyak

tapi malas

ni anak miho yang baru, nama dia maru

nama sempena watak kang ma ru dalam cerita innocent man (opkos le cerita korea) :p

klik untuk gambaran lebih clear


Sunday, March 24, 2013

kenduri kahwin

soalan lazim dari saudara mara jauh .. saudara dekat mesti tak tanya soalan macamni because they know the reason:


1. dah berapa orang anak?
 - eh belum ada..

2. mana suami nya?
 - eh belum kahwin lah...

3. dah tu bila nak kahwin?
 - belum sampai jodoh..

4. tak kan tak ada pakwe?
 - memang tak ada lah

5. memilih sangat ke?
 - tak memilih pun..tolong lah cari sorang untuk saya

actualy tak desperate pun nak kahwin. tapi ada jugak orang bangang asyik-asyik perli-perli apesal aku tak kahwin. tak ada terfikir langsung pun pasal kahwin-kahwin ni. orang lain yang tolong terlebih fikir untuk aku.  yang aku banyak fikir sekarang ni, bila laaaaa nak dapat kerja. penat dah tanam anggur nih..

Tuesday, March 5, 2013

Kerabu Sotong

mari menyotong ^^

dari minggu lepas kat rumah ni asyik makan sotong
entah hantu sotong mana rasuk ayah saya
dia asyik beli sotong je
hari tu dia beli seekor sotong yang saiz dia besar nya
seekor pun dah seberat hampir 2 kilo
dalam rumah ni ada tiga orang je
bukan 13 orang wahai ayah ku
dan pagi tadi dia beli lagi sekilo sotong yang panjang sejengkal tu sekilo lagi

saya dan mak dah naik pening nak masak apa dengan sotong ni
layan kan je ayah saya yang comel tu...
kalau mak saya, tak ada masakan lain dah - sotong rebus letak serai dan lada hitam. tu aje - naik boring dah saya makan sotong rebus ni
kalau saya pulak, akan masak sotong goreng kunyit + sayur-sayur - mak ayah tak suka
tak pun sambal sotong - pun mak ayah saya tak suka
mereka cuma suka - sotong rebus letak serai dan lada hitam tu... arghhhhhhh

sampai lah suatu hari, saya bertandang kat rumah abang ngah saya (sebelah rumah je pun)
nampak kakak ipar tengah buat kerabu sotong - dia dapat resepi ni dari customer kat kedai runcit dia. customer dia tu tak tahu la pula saya mana dia dapat resepi ni
lepas tu kak ngah saya bagi lah sepiring untuk mak ayah rasa, saya dah rasa dah kat rumah dia - sedap!

bila mak ayah makan - dorang pun kata sedap. maka hari ni saya pun decide nak buat kerabu sotong. disebabkan kerabu sotong tak ada kuah, maka mak saya pun masak lah sotong rebus serai supaya ada kuah T_T 

lets cekidaud the recipe yawww!





bahan-bahan
1kg sotong
5 biji cili padi - nak pedas sila tambah lagi
1 labu bawang besar
2 biji tomato yang besar
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 biji lemon / limau nipis - ambil jus dia
2 pokok daun ketumbar 
garam , gula secukup rasa

cara-cara
1. sotong dibersihkan, buang tulang dan mata sotong supaya tak hanyir
2. potong sotong nipis-nipis dan rebus sampai masak kemudian toskan
3. hiris nipis cili padi, serai, daun limau purut, dan daun ketumbar
4. potong dadu bawang besar dan tomato
5. campurkan semua bahan, perahkan jus lemon / limau nipis. masukkan garam dan gula kemudian gaul sebati. dah siap untuk dimakan. selamat mencuba ^_^

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger