Tuesday, February 9, 2010

Doa Qunut Sewaktu Solat Subuh

Teks ni disalin dari laman IKIM.FM, perlu login untuk mebaca yang detail. Sebab tu saya tampal kat blog saya. Untuk kemudahan rujukan siapa-siapa sahaja termasuk saya.



Jawapan:

Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan masalah doa qunut ketika sembahyang Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunnah Rasulullah, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedemikian.

Rasulullah sendiri membaca doa qunut ketika sembahyang Subuh.

'Nabi membaca doa qunut ketika sembahyang subuh.'

Di dalam sebuah hadis lain, ada diceritakan bahawa baginda berqunut semata-mata kerana memohon doa disebabkan kaum musyrikin membuat kekacauan terhadap orang-orang Islam, dan baginda juga selalu mendoakan golongan yang lemah hati kalangan orang-orang Islam yang beriman kepada Allah.

Doa qunut seperti yang dibaca oleh Rasulullah tersebut mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Ahli fuqaha menamakannya qunut nazilah. Contohnya, apabila umat Islam ditimpa kesempitan, sunat bagi mereka berdoa (qunut) ketika bersembahyang, serta memohon kepada Allah supaya melenyapkan segala bentuk kejahatan dan bala yang ada. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah.

Sesetengah ulama seperti ulama mazhab Syafii berpendapat bahawa membaca doa qunut pada setiap kali sembahyang Subuh adalah sunat yang tidak harus ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, tidak mengapa sekiranya seseorang muslim meninggalkan doa qunut sama ada sengaja atau pun tidak.

Mengikut satu riwayat, semasa Imam Syafii berziarah ke Baghdad, dia tidak pemah membaca doa qunut ketika semabahyang Subuh semata-mata kerana memuliakan pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah.

Perbuatan Imam Syafii tersebut menunjukkan bahawa sekiranya ada perkara-perkara yang kurang disukai oleh masyarakat, perlulah kita bertolak ansur selagi mana ia tidak lari dari landasan Islam.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan) Jilid 2

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger