Monday, March 29, 2010

Cerita Along #2: Along, Ayah, Lesen Memandu & Kereta Kebal

Along mula belajar memandu sewaktu umur 20 tahun. Gara-gara Along bakal menyewa dirumah sewa yang jarak jauh dari kelas. Jadi Along terpaksalah belajar memandu. Along hanya lulus ujian memandu untuk kali kedua. Ujian kali pertama Along gagal untuk ujian jalan raya gara-gara pihak pengurusan bandar Cukai, Kemaman tiba-tiba sahaja tukar jalan jadi satu hala, biasanya dua hala. Kelemahan Along ni, kalau Along dah mula gabra abih la entah apa Along buat nanti. Kalut semacam aje. Dah la Inche JPJ tu badan besar macam Giant, masuk-masuk kereta terus baring dengan kaki kat dashboard. Along memang dah kecut perut, jantung dah sampai ke perut agaknya. Ujian parking dan bukit Along lulus dengan bergaya. Cikgu memandu pun naik angin kerana Along lebih pandai memandu berbanding seorang lagi pelajar perempuan dia. Tak apa lah, dah Along belum ada rezeki.

Jadi, untuk ujian kedua Along buat betul-betul. Walaupun Inche JPJ kali ni masih lagi berbadan seperti Giant, tetapi dia tidak meletak kaki di dashboard dan dia bercakap elok-elok dengan Along. Kerana dia tahu Along kekalutan. Dia siap cakap, awak anggap saje saya ni macam teman lelaki awak. (Dalam hati Along : macam mana nak anggap Inche ni macam boyfriend, boyfriend pun Along tak ada. Bukan sahaja tak ada, couple pun tak pernah. Heheheh). Jadi Along bayang aje seolah-olah ayah Along yang garang tu ada kat sebelah.

Jadi Along memandulah dengan hati-hati. Along lulus ujian. Sebaik sahaja Along lulus ujian, ayah Along segera membeli sebuah kereata kebal untuk Along. Along tanya ayah, warna apa kereta kakak nanti? Ayah cakap putih. Dalam hati, kenapa tak beli warna hitam. Tapi cepat-cepat Along tukar fikiran, ayah beli pun dah cukup bagus. Hehe Akhirnya dapatlah Along sebuah kereta kebal yang comel. Along panggil kereta kebal kerana kereta Along tu multipurpose. Ala-ala poket doraemon gitu. macam-macam boleh sumbat. Hahahaha..


Sebelum ayah menyerahkan kunci kereta kebal tu pada Along, ayah suruh Along hafal doa menaiki kenderaan. Siap kena hafal depan dia, selagi tak hafal selagi tu tak dapat bawa kereta. Along dah janji pada ayah, dah kerja Along akan bayar balik pada ayah. Seronok juga bila dah ada lesen memandu, Along bawa mak dan ayah pergi bandar Kuantan beli barang untuk kedai runcit mak. Hantar adi pergi asrama. Tia-tiap hari rabu bawa mak pergi pasar untuk beli barang-barang kedai. Sambil-sambil tu Along mahirkan diri memandu dengan lebih cekap walaupun asyik kena marah dengan ayah. Hehehehe, Along bawa kereta macam siput ayah marah, bawa macam kuda pun ayah marah. Tapi semuanya demi kebaikan Along.

Sebaik sahaja cuti semester habis, Along terpaksa bawa kereta ke Melaka. Jadi, adik Along iaitu Amat hantar Along sampai ke Melaka. Amat hanya bawa suku jalan sahaja, sampai sahaja area Gambang Along dipaksa bawa sendiri. Along bawa kereta sampai lah ke Melaka. Waktu ni Amat banyak ajar Along. Macam mana nak potong, macam mana nak tukar-tukar gear. Macam-macam lah. Rasanya ini saje kot yang nak cerita. Hehe, tamat. Ke ada lagi sambungan? Nantilah, banyak kerja lah pulak sejak akhir-akhir ni.


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger