Tuesday, March 9, 2010

Kisah Rumah Sewa #1 - Episod 1

Gambaran rumah flat yang menjadi lokasi Kisah Rumah Sewa

Kisah ini terjadi pada tahun 2007. Khatimah (bukan nama sebenar) adalah budak kampung yang baru sahaja tamat pelajaran. Masih juga belum konvo. Khatimah tergolong dalam golongan 'Fresh Graduate'. Rakan Khatimah iaitu Orange telah menawarkan satu pekerjaan untuk Khatimah kerana ada 1 kekosongan ditempat kerjanya. Setelah sesi interview, Khatimah ditawarkan pekerjaan tersebut.

Dengan gembira Khatimah memberi tahu Orange, dia dapat pekerjaan tersebut. Lalu Orange dengan senang hati menawarkan Khatimah untuk menyewa bersamanya untuk mengurangkan kos sewa bilik. Untuk pengetahuan pembaca, Khatimah dan Orange telah berkawan sejak tahun 2003. Khatimah bersetuju untuk menyewa bersama Orange. Maka bermula lah hidup Khatimah di bandar yang penuh dugaan dan pancaroba.

Khatimah menyewa sebuah bilik di sebuah flat bernama Lotus di KD dengan kos sewa RM100. Khatimah berkongsi bilik dengan Orange. Di rumah tersebut ada lagi dua penghuni yang turut menyewa disitu. Seorang bernama Kak Rosmah, seorang lagi bernama Adibah.

Kak Rosmah ni seorang janda dan mempunyai 3 anak, dia baru sahaja bercerai. Kesian, suami dia menagih dadah. Kak Rosmah berasal dari sebuah negeri di pantai timur (ada 3 negeri di pantai timur, kamu fikirlah mana satu). Kak Rosmah mempunyai ijazah, jadi; bukan satu masalah untuk dia memperoleh pekerjaan. Kak Rosmah bekerja sebagai pegawai stor di sebuah cawangan kedai rangkaian 24 jam terkemuka di Malaysia yang terdapat di KD. Kak Rosmah seorang yang baik, pandai masak juga. Khatimah paling suka sayur taugeh yang dimasak Kak Rosmah, sedang diet pun Khatimah dan Orange masih boleh menambah.

Beginilah rupa sayur taugeh goreng yang dimasak Kak Rosmah

Adibah pula seorang gadis yang berasal dari selatan tanah air, katanya mempunyai diploma dan bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan. Mempunyai seorang teman lelaki yang bekerja sebagai mekanik.

Khatimah tidak berapa menggemari Adibah, Orange juga (tetapi tidak diceritakan, pendam di dalam hati sahaja). Hal ini adalah kerana Adibah suka mengambil kesempatan terhadap Khatimah kerana Khatimah mempunyai kereta, walaupun Adibah sebenarnya memiliki sebuah motorsikal. Adibah kerap mengajak Khatimah keluar ke shopping mall. Khatimah tidak suka diperlakukan begitu, tetapi Khatimah berfikir dari segi positif. Kelebihan Adibah ialah dia tahu segenap ceruk jalan-jalan sekitar bandar PJ & KL, serta SA juga bandar-bandar lain yang berdekatan. Khatimah fikir, jika dia menurut ajakan Adibah ke shopping mall atau makan di luar, Khatimah dapat belajar selok belok jalan-jalan sekitar. Jadi untuk masa depan, Khatimah tidak perlu risau jika perlu kemana-mana berseorangan. Untuk pengetahuan pembaca, Khatimah seorang yang mudah tersesat dan sangat fobia kalau tersesat. Jadi, tindakan Adibah mempergunakan Khatimah untuk keluar sebenarnya adalah situasi menang-menang.

Bersambung di Kisah Rumah Sewa#1 - Episod 2

P/S: Watak dalam kisah ini telah ditukar atas sebab-sebab untuk tidak mengaibkan sesama ummat. Peace kacang peas..

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger