Thursday, March 11, 2010

Kisah Rumah Sewa #1 - Episod 2


Khatimah tinggal dirumah tersebut dengan aman dan tenteram sehinggalah satu kejadian berlaku. Aircond kereta Khatimah mengalami kebocoran. Seperti wanita-wanita biasa yang hanya tahu memandu kereta, Khatimah fikir itu adalah masalah yang sangat besar. Khatimah menjadi resah gelisah serta berkeluh kesah bersama Kak Esah. Dia mengadu pada Orange dan Orange mencadangkan untuk ditunjukkan pada teman lelaki Adibah. Adibah bersetuju, Adibah membawa kereta untuk ditunjuk pada teman lelakinya. Apabila pulang, Adibah berkata, kos membaiki dalam RM100++ . Khatimah bersetuju. Tetapi sebelum Khatimah menyerahkan keretanya sewenang-wenang untuk dibaiki, Khatimah terlebih dahulu menghantar keretanya ke pusat servis kenderaan bertauliah, kerana keretanya dah cukup masa untuk diservis. Khatimah memberitahu pada pekerja pusat servis itu tentang masalah kebocoran aircond yang dihadapi. Pekerja tersebut membetulkan masalah tersebut kurang 1 minit. Hanya kerana getah aircond yang tertanggal. Cajnya hanya RM0=tiada caj dikenakan. Tahap keraguan Khatimah terhadap kejujuran Adibah semakin tinggi.

Sejak dari hari tu, Khatimah tidak lagi sewenang-wenang memberi pinjam keretanya pada Adibah. Buat pengetahuan pembaca, Orange sering pulang ke rumah ibu bapa setiap hari minggu atau hari cuti. Orange juga sedang dalam proses belajar memandu. Kaitannya, ketika Orange tiada, Adibah makin ligat mempergunakan Khatimah. Kelemahan Khatimah adalah dia tidak pandai untuk berkata tidak. Tetapi sejak insiden aircond bocor tu, Khatimah menjadi agak berani untuk "say no" . Khatimah mengadu pada Orange, dan family Orange mencadangkan hari minggu Khatimah mesti ikut Orange pulang ke rumah ibu bapanya di S.A.

Atas nasihat keluarga (keluarga Khatimah dan keluarga Orange), Orange dan Khatimah mula berura-ura untuk pindah rumah. Mereka berdua mula mencari iklan-iklan rumah kosong untuk disewakan. Mereka lebih rela membayar sewa mahal sedikit daripada tinggal bersama seorang pemcuri. Pada suatu hari, Khatimah tidak ikut Orange pulang ke S.A kerana Kak Rosmah mengajak picnic ke Pantai Bagan Lalang. Khatimah teruja kerana tidak pernah ke sana. Adibah juga turut serta, kerana dia tahu jalan ke sana. Kak Rosmah turut membawa anak dan adik perempuannya ke sana. Mereka mandi laut dengan gembira. Selepas selesai mandi laut, mereka pun ke bilik air untuk bertukar pakaian. Khatimah yang agak bijak membawa beg masuk kedalam bilik air, tetapi Kak Rosmah dan adik nya meninggalkan beg diluar bilik. Dan hanya berpesan pada anak kecil Kak Rosmah untuk menjaga beg itu.

Adibah mengambil kesempatan dengan mencuri telefon bimbit mahal kepunyaan adik Kak Rosmah. 
Adik Kak Rosmah hanya menyedari telefon bimbitnya hilang sewaktu cuba menghubungi teman lelakinya. Dan tiba-tiba Adibah juga berpura-pura kononnya telefon bimbit murah dia hilang. Khatimah merasa lega kerana telefon bimbit nya tidak hilang. Kak Rosmah mengesyaki Adibah yang mencuri telefon bimbit tu kerana sewaktu keluar dari bilik persalinan, Adibah sedang memegang beg adik Kak Rosmah. Tetapi kami tidak adpat berbuat apa-apa kerana tiada bukti kukuh.

Setelah tiba di rumah, Khatimah merasa penat sangat. Kak Rosmah dan anak serta adiknya juga begitu. Adibah pun turut kepenatan. Kami semua berehat dibilik masing. Apabila malam menjelma, Adibah ingin mengajak Khatimah untuk keluar makan-makan sambil berjumpa teman lelakinya. Khatimah menolak ajakan itu kerana terlampau penat. Adibah mula mencari akal untuk meminjam kereta Khatimah. Tetapi Khatimah sudah pandai dan bijak. Dia cakap tak boleh.  Adibah terdiam dan kembali ke biliknya. Waktu tu dah agak hampir lewat malam. Khatimah dah terlelap, tiba-tiba Khatimah terasa seperti ada orang menyelinap ke bilik nya... 

Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan di episod seterusnya [koya citer bersiri pula.. kekeke (✿◠‿◠)]



1 comments:

Nadhilah said...

sy tau episode berikutnya... ^_^

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger