Monday, March 15, 2010

Kisah Rumah Sewa #1 - Episod 3


Khatimah pura-pura pejam mata. Adibah sedang menyelongkar barang-barang Khatimah. Khatimah lantas bertanya "Apesal kau selongkar barang-barang aku?", Adibah terus berkata nak cari kunci kereta. Khatimah hairan dan bertanya nak buat apa kunci kereta. Adibah jawab nak pinjam. Khatimah cakap tak boleh, dia merayu-rayu dan buat muka 1 sen berkarat. Khatimah cakap, "Ok. Aku hantar kau, pinjam tak boleh". Adibah cakap ok. Adibah masih cuba memujuk untuk meminjam kereta, Khatimah tetap berkeras untuk tidak memberi keretanya. Khatimah cuma cakap, "Boyfriend kau kan ade kereta, pinjam lah pada dia." Si Adibah tu terus diam. 

Khatimah segera pulang setelah menghantar Adibah. Khatimah merasa sangat-sangat sakit hati dan menangis sambil menelefon Orange untuk mengadu. Orange mengadu pada ibu bapanya. Ibu bapa Orange memarahi Orange kerana Khatimah tidak ikut pulang bersamanya. (Tak pasal-pasal Orange pula kena marah. Kesian dia).Khatimah juga mengadu pada ibu bapa tercinta di kampung, ayah cakap pindah lah, cari rumah lain, lagipun budak Adibah tu pelik. Ayah rasa tak sedap hati. 

Setelah Orange pulang dari SA,Orange memberitahu Khatimah untuk pindah segera. Ibu bapa Orange suruh bawa Khatimah sama. Khatimah bersetuju. Buat sementara waktu Khatimah akan menumpang rumah ibu bapa Orange di SA. Kebetulan waktu itu semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Mereka berdua sepakat memberitahu Adibah bahawa mereka berdua nak pindah dan mahu duit deposit dipulangkan. Adibah mohon untuk diberi masa kerana dia perlu mengeluarkan wang terlebih dahulu. Orange dan Khatimah pulang ke rumah ibu bapa Orange. Mereka berdua tidak pindah sepenuhnya lagi. Cuma angkat barang yang perlu sahaja. 

Gambaran laptop berjenama kepunyaan Orange

Untuk pengetahuan pembaca, Khatimah dan Orange memiliki sebuah laptop. Laptop Khatimah tidak berjenama dan buruk. Manakala laptop orange adalah laptop berjenama dan baru kerana syarikat tempat mereka bekerja membekalkan laptop untuk kegunaan Orange. Pada minggu itu, kedua-dua mereka tidak membawa pulang laptop tersebut. Dan hanya dengan mengunci laptop tersebut dengan menggunakan kunci laptop dengan harapan laptop itu tidak dapat dicuri. Mereka berdua menganggap si Adibah yang bedebah tu tidak keterlaluan untuk mencuri laptop tersebut. 

Sewaktu berada di SA, Orange cuba menghubungi Adibah untuk bertanya mengenai duit deposit. Adibah memberitahu dia akan letak duit tu di atas meja kecil di dalam bilik kami. (Bilik-bilik dirumah tersebut tiada kunci, jadi si Adibah memang akan dapat masuk ke bilik siapa sahaja yang dia suka sewaktu ketiadaan kami). Orange memberitahu kami akan datang segera untuk mengambil duit deposit tu. Adibah memberi alasan tak perlu datang sekarang, kerana ada Indon lelaki nak datang repair sinki yang bocor. Orange cakap tak apa, kami nak datang juga. Adibah berkeras supaya kami tak datang kerana risau indon mengganggu kami. Orange cakap ok walaupun sebenarnya tak ok. 

Gambaran tukang paip indon yang membaiki sinki bocor

Walaupun Adibah memberi pelbagai alasa, kami tetap pulang ke KD untuk mengambil duit deposit dan laptop. Lagipun kami dapat rasa macam ada yang tak kena serta ragu-ragu. Apabila sampai di rumah, setelah membuka pintu rumah, kami terkejut dengan keadaan rumah.

Apakah yang terjadi? Tunggu di episod seterusnya, 




1 comments:

Nadhilah said...

cepatlah... tak sabar menanti episod seterusnya... =D

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger