Tuesday, March 23, 2010

Kisah Rumah Sewa #1 - Episod 4

Apabila mereka berdua masuk ke dalam rumah, keadaan rumah sangat pelik. Langsir bertutup, sedangkan selama ni tak pernah tutup pun langsir tu. Rumah memang gelap dan kelam, ada bau asap rokok. Siapa yang merokok? Adibah memang pernah beritahu suatu masa dahulu dia adalah seorang perokok. tapi dia beritahu dah berhenti. Stress sangatkah sampai nak kembali merokok? Pelbagai persoalan-persoalan berlegar di minda Khatimah dan Orange.Mereka berdua memegang payung sebagai langkah berjaga-jaga. Risau juga kan, mana tahu si Indon tukang repair sinki sedang menyorok. (Waktu ni, seorang pakai skirt dan lagi seorang pakai baju kurung) .
Gambaran payung yang digunakan Khatimah dan Orange untuk keselamatan mereka berdua

Khatimah lantas ke dapur untuk memeriksa sinki. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan sinki tu dah dibaiki. Confuse! Betul ke ada orang datang repair sinki ni? Terdetik di hati Khatimah.

Kedua-dua mereka terkeliru. Apabila menoleh ke arah sinki yang lagi satu, ada sampah set A&W. dan ianya dua. Bekas air ada dua, bekas burger pun dua, semuanya dua. Memang untuk dua orang makan. Apakah? Keliru lagi. Kak Rosmah pulang ke kampung, tak kan si Adibah nak makan banyak. Dia kan sedang berdiet.

1 Set A&W

Orange memanggil-manggil nama Adibah. Sementara Khatimah masuk ke bilik untuk mengambil laptop. Adibah keluar dengan rambut kusut masai dan muka yang masam mencuka. "Nah deposit korang", kata Adibah. Orange mengambil duit tersebut dengan pantas. Takut serta seram sejuk tengok muka Adibah waktu tu. Macam orang baru lepas...(kamu fikir lah lepas apa). Mereka lantas ke bilik untuk mengambil barang-barang yang perlu termasuk laptop.

Apabila orange mengambil laptopnya, kunci laptop tersebut dah terkopak. Cuma nasib masih menyebelahi Orange, bahagian yang attach pada laptop gagal ditanggalkan (Sila rujuk gambar di bawah).

Bahagian yang dah tertanggal - B, A masih OK, C pula dah longgar-longgar

Masa tu tuhan saja yang tahu, samada nak terjah si Adibah atau keluar aje dari rumah tu. Khatimah dan Orange sama-sama sepakat keluar dengan segera selepas mengambil barang-barang penting, lagipun keadaan Adibah amat mencurigakan. Mana tahu ada lelaki dalam bilik tu, tak pasal-pasal kenduri besar lelaki tu. 

Setelah beberapa hari, Khatimah dan Orange pulang ke rumah di Lotus. Waktu itu si Adibah tiada di rumah. Kebetulan kak Rosmah ada di rumah. Khatimah mengadu tabung nya di kopek. Duit-duit yang dilipat berbentuk hati telah di curi. Duit-duit tu sangat berharga kerana insan-insan tersayang yang beri pada Khatimah. Lipstick dan lipgloss cap Maybeline kepunyaan Khatimah juga hilang.

Gambaran lipstick( Khatimah punya yang jenis lama, gambar ini version baru) dan lipgloss kepunyaan Khatimah yang di curi 

Khatimah segera mengesyaki si Adibah yang curi, tetapi dia tiada bukti. Khatimah bukan saje-saje nak syak Adibah, tetapi sebab pernah sekali Adibah pegang-pegang barang lipstick dan lipgloss tu. Dia siap tanya harga seolah-olah mahu beli. Lagipun, Khatimah ni bukan jenis suka-suka beli lipstick kerana dia jarang pakai lipstick mahupun lipgloss. Jadi, kalau kedua-duanya dicuri, agak bengan dan marah jugalah.

Kak Rosmah mengajak Khatimah dan Orange masuk bilik Adibah dan menyelongkar. Mereka bertiga masuk ke bilik tersebut. Barang-barang Adibah di selongkar dengan penuh hati-hati. Apa yang di cari tidak ditemui, tetapi mereka terjumpa sesuatu yang lain. Apakah yang di temui oleh Khatimah, Kak Rosmah, dan Orange di dalam bilik Adibah? Nantikan sambungannya di lain hari.(◕‿◕✿)

P/S: Suspens tak? Hehe, saya agak sibuk sejak akhir-akhir ni. Jadi harap maaf jika ada yang ternanti-nanti nak baca sambungan Kisah Rumah Sewa #1


3 comments:

KayNisa said...

perbuatan menyelongkar bilik orang tu tak elok, tapi ketika itu sebenarnya dah banyak insiden barang hilang (tidak diceritakan dalam belog ini) sebab itu mengesyaki si Adibah. Selamat mebaca ya kawan-kawan

Azhar Abdullah said...

sila sambung cepat...TQ..hehe

KayNisa said...

insyaAllah, ilham untuk jadi ayat yang sesuai belum datang kerana part seterusnya sangat sensitif.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger