Thursday, March 25, 2010

Tropical Jelly Triffle

Bahan-bahan:

1. Kek Span / Swiss Roll / Kek Gulung
2. 1 tin susu cair
3. 1 tin air ( sukat guna tin susu cair)
4. 1/2 tin air
5. 4 sudu besar tepung kastard
6. Buah koktel nenas bersama nata de coco 1 tin


7. Pudding mangga (ada orang panggil sumi/jelly)


8. Konyyaku Jelly
9. 9 Sudu gula (5 dalam susu, 4 dalam jelly)

Cara-Cara:

1. Kek dipotong kecil-kecil dan letak di dasar bekas. Basahkan dengan air buahan koktel. Ketepikan


2. 1 tin susu cair + 1 tin air dan didihkan


3. Sementara tunggu susu didih, larutkan 4 sudu tepung kastard bersama 1/2 tin air
4. Setelah susu didih, masukkan larutan kastard. Masak hingga likat serta pekat


5. Apabila dah likat kastard tadi, tuang ke atas kek.
6. Taburkan buah koktel dan puding mangga di atas kastard. Biarkan kastard mengeras sedikit sebelum anda memasak jelly.

7. Kemudian masakkan jelly. Ikut arahan dibahagian belakang pembukus. Setelah jelly masak secukupnya, tutup api dan biarkan seketika (jangan sampai keras pula). Anda boleh campur pewarna atau perasa untuk jelly

8. Apabila dah tidak terlalu panas, tuangkan jelly ke atas kastard tadi. Sejukkan di dalam peti ais.


9. Boleh dihidangkan bersama whipped cream, ice cream, atau pun yogurt. Juga hirisan mangga segar atau lain-lain buah tropica

P/S: tips masak jelly, masukkan campuran serbuk jelly dan gula tu sesudu demi sesudu. Kerana jika dimasukkan sekaligus, dikhuatiri berketul dan tak cantik.

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger