Sunday, April 25, 2010

Balasan Syurga Bagi Para Wanita #1

Jika wanita itu:

1. Meninggal sebelum sempat menikah
2. Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya, dan belum sempat menikah dengan yang lain
3. Mereka telah menikah, akan tetapi suaminya tidak bersamanya di syurga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini
4. Mereka meninggal setelah suaminya meninggal
5. Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga dia juga meninggal
6. Suaminya meninggal kemudian merekapun dinikahi oleh lelaki lain.

Keadaan di atas masing-masing kelak akan mempunyai balasan tersendiri saat mereka di syurga seperti berikut:

[1]
Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan." (hadis riwayat Muslim)

Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Apabila seseorang belum menikah, iaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan lelaki yang ia sukai di syurga. Kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya khusus untuk lelaki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk lelaki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (syurga) adalah perkahwinan."(Al-Majmu' al-Tsamin, 1/175).

[2 & 3]
Dan juga seperti mereka yang meninggal setelah diceraikan, wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Seorang apabila termasuk ahli surga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ahli syurga, maka sesungguhnya bila ia masuk syurga, di sana akan ada lelaki ahli syurga yang akan memperisterinya." (Al-Majmu' al-Tsamin, 1/173) Maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.


Note: Pautan diberi oleh kawan YM & FB: Encik Muhammad Hazmin Wardi



0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger