Tuesday, April 6, 2010

Kisah Dongeng Si Jaja #2

Taman tasik yang indah - Sumber gambar dari Prof. Google

  Kisah dongeng yang penuh dengan fantasi dari realiti ini bermula apabila 3 sahabat iaitu Kak Dhila, Jaja, dan Nisak berjalan-jalan di taman yang indah. Taman itu digambarkan mempunyai sebuah tasik yang dipenuhi ikan-ikan cantik dan kura-kura comel. Di taman itu juga terdapat monyet-monyet bergayutan dan ada beberapa pengunjung memberi makan pada monyet tersebut. Monyet-monyet itu kelihatan sungguh comel serta aktif bergayutan sana sini sambil membuat aksi-aksi akrobatik yang tak mampu dibuat oleh ahli akrobatik negara mahupun ahli akrobatik luar negara (betul ke?).

Monyet comel - Sumber gambar dari Prof. Google

  Disamping mereka mentadabbur alam yang indah ciptaan ilahi, 3 sahabat ini juga mengambil kesempatan berjogging untuk mengeluarkan peluh agar lemak-lemak degil tercair sambil menghirup udara segar yang penuh dengan oksigen berkualiti (∩_∩). Tujuan mereka bertiga ke taman tersebut adalah untuk membincangkan rancangan reunion kelas mereka sewaktu di universiti dahulu. Sedang mereka berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang makcik telah menghulurkan beberapa gugusan buah anggur yang sangat ranum dan segar.

Gambaran anggur yang di beri oleh makcik misteri - Sumber gambar dari Prof. Google

  Pada mulanya Kak Dhila menolak pemberian makcik. Tetapi makcik tu macam tahu aje Nisak sangat suka dengan buah anggur. Nisak ni bukan boleh tengok buah anggur, memang dia kecur punya. Mata dia bersinar-sinar kerana teruja dek kesegaran buah anggur tersebut. Makcik menyua anggur pada Nisak. Nisak terus ambil dengan muka yang agak malu-malu meow. Nisak mengucapkan terima kasih pada makcik anggur tersebut. 

 Beginilah gaya Nisak yang teruja melihat anggur - Sumber gambar dari Prof. Google

  Makcik itu berlalu pergi sambil tersenyum pelik. Kak Dhila terperasan akan wajah makcik itu menyeringai pelik, tetapi buat-buat tak tahu aja. Terdetik di hati Kak Dhila, "Agaknya makcik anggur ni memang senyum macam tu kot. Tak apalah, Nisak pun seronok je dapat anggur tu. Macam kanak-kanak dapat coklat aja".

  Nisak segera mencari pili air untuk membersihkan anggur tersebut. Usai membasuh anggur, Nisak menyuakan anggur itu pada Kak Dhila dan Jaja. Mereka berdua menolak dengan muka yang tidak berminat. Nisak terus cakap, "Bagus, boleh aku makan sorang-sorang". Jaja pula cakap, "nanti sakit perut baru tahu". Nisak hanya tersengih.

Dengan lafaz bismillah Nisak mula menikmati buah anggur tersebut. Sebaik sahaja Nisak makan buah anggur untuk suapan ketiga, mata Nisak terasa berpinar-pinar dan seluruh alam kelihatan berpusing-pusing. Kak Dhila dan Jaja memanggil-manggil Nisak setelah melihat keadaan Nisak yang agak tidak keruan (dah rupa ting tong pun ada dah si Nisak ni). Nak kata high pun tidak juga. Nisak memanggil-manggil Kak Dhila dan Jaja, tetapi suara mereka berdua kedengaran semakin sayup dan jauh. Pada pandangan Nisak, Kak Dhila dan Jaja seolah-olah semakin menjauh dan hilang. Kak Dhila dan Jaja semakin cemas dan tak mampu nak buat apa-apa. Mereka cuma mampu menjerit-jerit memanggil Nisak dengan suara yang kuat seolah-olah Nisak telah hilang pendengaran. 

Apakah yang terjadi pada Nisak sebenarnya? Mampukah Kak Dhila dan Jaja menolong Nisak yang dalam kesusahan itu? Siapakah makcik anggur itu? Wait till next episode.(✿◠‿◠) 


3 comments:

dHiLa RoZi said...

emm... bleh diterima permulaan nih... okeh... teruskan..

tapi suke je bila part nisak pensan makan anggur tu nak ajak jaja tulak nisak masuk kolam ikan tu kasik sedar diri... sambil berkata degil nye budak... kan dah pensan... hahahahah

p/s: sila pastikan anda jd follower blog2 saya... kang kena pecat

KayNisa said...

hmm, idea bagus gak tu. tolak nisak masuk kolam. kite kasik lawak sket..keke

erk, blum jd eh? sy rs dah. rafabiz tu kot yg blum..keke

dHiLa RoZi said...

oo... haah... betul2... rafa je blum... baek jadi cepat... ehhehehe...

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger