Monday, April 5, 2010

Kisah Rumah Sewa#1 - Episod 5

Minta maaf kepada para pembaca kerana kelewatan sambungan Kisah Rumah Sewa#1. Saya dah taip lama dah, tapi belum punya masa nak publish. Lagipun ada isi-isi kandungan tu kena ubah-ubah sikit atas sebab-sebab tertentu. Jadi hari ni kamu semua dah boleh baca sambungan dia. Selamat membaca. (。◕‿◕。)


Setelah diselongkar almari si Adibah, mereka bertiga terjumpa sebuah diari. Kak Rosmah tanya, "nak baca tak?". Khatimah dan Orange menjungkit bahu tanda tak pasti ataupun tak tahu. Kak Rosmah cakap jom kita baca sama-sama. Antara isi kandungan diari tersebut adalah: tet..tet..tet(alamak kena sensored la certain content of that diary), tapi jangan risau, mesti ada part yang tak perlu sensored kan? Pembaca mesti dah mula rasa macam alamak, spoil lah citer nih. Sabar-sabar, part yang perlu di 'sensored' tu memang saya rasa Khatimah hatta Orange pun tak kan izinkan untuk diceritakan. Ok, now kita back to the story.

Antara yang tertulis dalam diari tu: Aku ambil barang-barang si Khatimah #%^%& (simbol-simbol tu adalah perkataan maki-maki yang tidak sesuai disiarkan). Padan muka dia, sapa suruh kedekut sangat kereta dia tu. Nak pinjam pun tak boleh. Bukan luak pun. Khatimah terus cakap, "Eh, suka hati aku lah. Dah kereta aku. Ayah aku beli, bukan pakwe kau beli..@$%$^%^&". Khatimah pula yang maki si Adibah!

Then page lain pula dia tulis: Fuh sikit lagi dah aku nak dapat laptop si orange tu, macam mana diorang boleh balik cepat sangat.  Waktu baca ayat ni, memang muka Orange dah merah padam kemarahan. Khatimah terus cakap, "patutlah hari tu dia cakap indon datang pasang sinki, padahal tipu. Ee, nasib baik la laptop kau tak kena cilok babe". Orange terus cakap, "!@#$%^& &*^&*+_* la si Adibah ni".

Fuh, version Orange lagi dasyat lah. Ha, jangan main-main kalau orang jawa dah naik angin. Habis segala perkataan yang sungguh 'enak' didengar terpacul dari mulut si Orange. Khatimah dan Kak Rosmah serentak cakap, "Sabar Orange, syukurlah dia tak dapat ambil. Lepas ni jangan tinggal lagi dah". Orange lak cakap, "Eh Khatimah, kan kita nak pindah lagi 3 hari. Dia tak boleh dah nak ambil-ambil barang kita." Kak Rosmah hanya mengeluh kerana dia tak dapat pindah atas sebab-sebab lokasi tempat kerja dan dia tiada transport.

Mereka meneruskan misi membaca diari Adibah. Belek punya belek jumpa lah page yang tulis ayat ni: Aku harap budak-budak ni tak sedar barang-barang diorang hilang. Bukan aku saja-saja nak curi, aku tak mampu nak beli. Kak Rosmah lak cakap, "La, jangan la sampai mencuri. Nak pinjam cakap lah". Kak Rosmah geleng-geleng kepala. Khatimah lak nyampuk, "Ala kak, dia tu kan suka cakap besar. Kata kakak dia rumah besar lah. Adik beradik ramai duk oversea lah". Si Orange lak nyampuk, "Ala, tu kakak dia. Bukan dia! Tapikan, dia tu memang suka cakap besar. Dengan aku dia siap cakap pakwe dia kasik duit tiap-tiap bulan. Jangan-jangan dia yang kasi duit kat pakwe dia. Tak puas hati betul aku". Marah benar si Orange. Si Khatimah dan Kak Rosmah terangguk-angguk aje.

Fuh, budak bertiga ni nak kasi khatam diari tu. Tak jadi top secret dah isi kandunagn diari si Adibah tu. Nak kesian pun tak boleh juga, pasal si Adibah tu yang cari pasal dengan budak bertiga tu. Nasib lah kan? Kamu setuju tak? Kalau tak setuju duk diam-diam. Hehehe (*^ -^*).  Mereka duk belek-belek lagi diari tu. Mana tahu, kot-kot dia ada tulis mana dia sorok barang-barang curi tu. Tapi rahsia lain pula yang terbongkar. Rahsia apa lak ye? Korang nak tahu tak apa dia? Next episod je lah eh? Dah penat taip ni. (◠‿◠).  Ok-ok, saya sambung sikit je lagi.


Si Adibah tu tulis macam ni: Aku harap sangat Kak Melah tak kenal budak-budak ni. Risau juga aku kalau pecah rahsia pasal rumah ni. Harap-harap lah budak-budak ni tak berkenalan dengan si Kak Melah tu. Yelah, mana lah tau si Kak Peah yang kepoh tu dengan baik hati kenalkan budak-budak ni dengan Kak Melah. Kak Peah tu bukan boleh kira, suka-suka nak buat sesi berkenalan lah, beramah mesra lah. Busy body betul Kak Peah tu. Eee, jangan lah jadi macam tu. Mana aku nak sorok muka aku ni nanti.

Ha, siapa pula Kak Peah? Siapa pula Kak Melah? Apa kaitan Kak Melah dengan Khatimah dan Orange? Kenapa si Adibah tu takut sangat dengan Kak Melah tu? Next episode lah ye. tata titi tutu.(◕‿-)


2 comments:

Nurul Daud said...

cik nisak,saya suka la baca citer2 awk ni..best n sempoi

KayNisa said...

thnx cik nurul, base on true story ◠‿◠

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger