Monday, May 3, 2010

Kisah Dongeng Si Jaja # 3


Dalam keadaan yang semakin cemas, badan Nisak semakin hilang sedikit demi sedikit. Makin lama makin transparent dan hilang terus dari pandangan mata. Nisak seolah-olah bertukar menjadi manusia invisible ataupun seolah-olah ditelan dimensi. Seolah-olah dah termasuk ke alam lain. Yang tinggal hanyalah buah anggur yang masih belum habis dimakan oleh Nisak tergolek di atas rumput. Kak Dhila dan Jaja dah kelam kabut serta semakin tak keruan. Jaja mula menangis teresak-esak seperti bayi yang lapar susu. 

Bayi lapar susu 

Orang sekeliling dah mengerumuni kawasan kejadian seolah-olah ada lelongan ubat-ubat gagah serta kuat yang biasa kita lihat dikawasan Masjid India ataupun pasar malam. Mereka berdua dah buntu, orang ramai menjadi hingar menyaksikan kejadian Nisak yang lenyap begitu sahaja. Keadaan ini seolah-olah seperti dalam tayangan gambar yang penuh dengan khayalan imaginasi yang boleh dikatakan terlalu merepek. Tetapi ia benar-benar terjadi. 


Sedang orang ramai hingar bingar mengerumuni Kak Dhila dan Jaja yang masih dalam keadaan blur, tiba-tiba datang seorang pakcik berkopiah lalu bertanya pada Kak Dhila dan Jaja apa yang terjadi. Kak Dhila  mula menceritakan kejadian dari awal hingga saat Nisak ghaib. Jaja pula masih memangis tersedu-sedu. Pak cik berkopiah mengangguk tanda faham lalu mengajak mereka berdua untuk jemaah di masjid terdekat. Selesai Isyak pakcik itu berjanji untuk menyelesaikan masalah kehilangan Nisak. Pakcik itu mengambil buah anggur yang masih bersisa lalu diletakkan dalam plastik.

Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed, for more info click here

Mereka berdua segera mengekori Pakcik Fahmi (pakcik kopiah putih bernama Fahmi) ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.   Pakcik Fahmi rupa-rupanya adalah imam di masjid tersebut. Usai solat maghrib, isteri  Pakcik Fahmi iaitu Makcik Tiha menyuruh Kak Dhila dan Jaja turut serta solat hajat secara berjemaah agar segala urusan menyelamatkan Nisak menjadi mudah. Mereka berdua masih menanti sehingga selesai solat isyak. Makcik Tiha menjemput mereka berdua ke rumah yang tidak jauh dari masjid untuk makan malam. Mereka bersetuju demi menyelamatkan Nisak. Melalui cerita Makcik Tiha, Pakcik Fahmi adalah seorang komander sewaktu zaman perang Jepun dahulu.

Selesai makan malam,  Pakcik Fahmi menyuruh Kak Dhila dan Jaja minum jus anggur yang telah dicampur dengan sedikit air yang telah dibaca ayat-ayat suci al-Quran. Sebelum mereka minum jus anggur tersebut,  Pakcik Fahmi telah memberi sebotol air masak untuk bekalan mereka di alam dimensi tempat Nisak terperangkap. Air tersebut juga adalah untuk diberi pada Nisak minum kerana Nisak mungkin sudah tidak seperti Nisak yang asal. Pakcik fahmi berpesan agar berhati-hati kerana di dimensi lain mungkin mereka akan bertukar bentuk iaitu dalam bentuk apa-apa sahaja makhluk dengan kekuasaan Allah s.w.t.  

[Al Baqarah:117]


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

Pakcik Fahmi juga berpesan supaya berhati-hati kerana makcik anggur yang memberi buah anggur tersebut mungkin akan berada di alam dimensi tersebut.  Beliau juga berpesan untuk usaha sedaya mungkin supaya Nisak tidak terserempak dengan makcik anggur tersebut. Kak Dhila dan Jaja menganguk tanda faham.  Sambil berpegang tangan kerana takut terpisah, Kak Dhila dan Jaja pun minum jus anggur tersebut dimulai lafaz bismillah.

Selesai minum jus anggur tersebut, mereka hilang sekelip mata. Tidak seperti Nisak yang hilang secara perlahan-lahan. Pakcik Fahmi cuma berdoa agar segalanya selamat. Makcik Tiha hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa. Mereka berdua seolah-olah tahu dimana letaknya alam dimensi tersebut. Maka bermulalah pengembaraan Kak Dhila dan Jaja dalam misi mencari Nisak yang telah hilang.


Adakah mereka berdua akan bertemu dengan Nisak? Bagaimana pula keadaan Nisak di alam dimensi? Adakah Nisak masih seperti Nisak atau dah bertukar menjadi makhluk lain seperti yang digembar gemburkan oleh Pakcik Fahmi. Wait till next epidode. (✿◠‿◠)




4 comments:

RAFA HomeBeez said...

hwauahahaha.... nape kena ada part pegang tangan ngan jajar??? tak kenaaa!!! wakakaka....

KayNisa said...

nanti korang terpisah... karang susah lak, dah la nak kena carik nisak yang comel tu..haw3

k0m4nd3r said...

Pakcik? Makcik?

kami muda lagi.. Kak, jaja, Nisa, Jaga diri kat sane, kalau perlu bantuan PAKCIK fahmi, sila kontek 24344 InsyaAllah pakcik datang.

KayNisa said...

kat sane xde tepon, pakai teleport jek. xpun telekinesis

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger