Monday, May 31, 2010

Kisah Rumah Sewa#1 - Episod 6

Ha, dah lama sangat saya tak sambung Kisah Rumah Sewa ni kan? Saya tak sure ada yang jemu atau suka. Tapi adalah beberapa pembaca minta cepat-cepat sambung episod terbaru. Jadi hari ni saya tak nak menghampakan permintaan orang. Orang kata, tak baik putuskan harapan orang ni. Ececece... hehe

Hari tu kita stop kat pasal Kak Peah dan Kak Melah kan? Mari kita berkenalan dengan Kak Peah dahulu. Si Kak Peah ni hari pertama Khatimah berpindah kat flat Lotus tu dia dah mula tegur si Khatimah. Sebab Kak Peah and the gang suka lepak kat bawah tempat park motor. Kat situ ada tempat lepak yang agak selesa. Nak gosip-gosip sambil makan pelam muda cicah kicap memang syok lah kat situ. Saya tahu, mesti ada yang kecur air liur bila saya sebut pasal pelam muda. Sorry lah ek, saya pun kecur...hahah


Ok stop iklan buah pelam sedap. Kak Peah tu sibuk tanya itu ini begitu begini pada Khatimah. Kebetulan Si Orange tak ada pada hari Khatimah pindah masuk. Sebab tu Kak Peah sakan soal siasat si Khatimah ni. Kak Peah sempat berpesan supaya menjaga barang berharga dengan hati-hati kerana rumah tersebut pernah ada kecurian. Khatimah terperasan macam ada sesuatu nak disampaikan oleh Kak Peah, tetapi macam tak jadi cakap. Khatimah cuma bersangka baik sahaja. Kak Peah memang berulang kali berpesan supaya jaga barang beharga elok-elok. Khatimah cuma mengiyakan aja. Dalam hati tertanya-tanya dan risau mula bertandang.

Dari cerita pasal Kak Peah tadi, korang dapat agak tak kenapa si Adibah risau akan Kak Peah? Ha, mestilah ada cerita yang tersembunyi pasal Adibah yang Kak Peah ni tahu. Kebetulan pada hari si Khatimah dan Orange nak mula angkat barang masuk rumah baru, Kak Peah ada panggil mereka berdua. Si Kak Peah yang sedang boyot menanti hari termengah-mengah menjerit nama si Khatimah dan Orange. Muka Kak Peah seolah-olah seperti sedang marah. Korang nak tahu kenapa?

Si Kak Peah ni nak marah Khatimah dan Orange yang sungguh naif ni. Kak Peah direct sound, "Korang apasal tuduh akak ni macam-macam ha? Si Adibah tu suka-suka aja datang maki akak". Khatimah dan Orange dah kehairanan dan berkerut-kerut muka. "Apahal ni kak? Saya tak faham", kata Khatimah dengan muka yang agak blur. "Si Adibah tu cakap, korang bagi tahu dia yang akak ni dah racun fikiran korang supaya percaya dia tu pencuri", Kak Peah memberi statement berbentuk nada marah.

Orange tiba-tiba menyampuk, "Eh, apa pulak kak. Mana ada kami cakap camtu. Mana akak dengar cerita merepek ni?". "Barang-barang kami memang dah ada yang hilang dan hampir hilang, tapi tak ada pula kami bagitahu Adibah akak suruh kami tuduh dia", Khatimah pula mencelah tidak puas hati. "Kami ada syak aja, tapi tak adalah sampai cakap akak suruh kami cakap kat dia yang dia tu pencuri", Orange memberi pukulan servis pada Kak Peah. Kak Peah memberi pukulan balas, "Abih tu apasal tiba-tiba aja si Adiba tu datang marah-marah akak?".

Khatimah kelihatan sedang berfikir, menyelak-nyelak halaman memory dalam otak. "Hari tu masa saya baru pindah saya adalah cakap kat Adibah, akak bagitahu saya supaya berhati-hati kerana rumah tu pernah ada kes kecurian", Khatimah memberi fakta penyelamat untuk dia dan Orange. "Saya tak ada pula buruk-burukkan akak", sambung Khatimah lagi. Kak Peah kelihatan lega, "Ohh, macam tu ke. Maaf lah akak dah salah faham pada korang. Sebenarnya yang mencuri dulu tu si Adibah lah. Mangsa dia adik kawan akak. Adik kawan akak housemate dia dulu. Sebab tu akak bagi amaran pada kamu. Tak sangka pula korang berdua ni dah jadi mangsa terbaru dia". "Aduh kak, apasal tak bagi tahu awal-awal? Saya duduk dengan pencuri lah selama ni", si Orange pula bersuara nada kecewa. "Akak pun segan juga nak cakap. Yelah, karang tiba-tiba aja akak bagi tahu macam tu nanti apa pula korang fikir. Konon akak ni kaki gosip dan fitnah pula. Korang kan baru pindah masa tu. Akak cuma boleh bagi nasihat aja lah", Kak Peah membela diri.

"Tak apalah kak, benda dah nak jadi. Kami pun nak pindah dah. Tengah kemas-kemas barang nak pindah rumah baru ni. Ada umur kita jumpa lagi ye kak. Terima kasih lah akak nasihat saya dulu. Pasal Adibah tu biarlah, lama-lama nanti dapat lah pengajaran kat dia tu", Khatimah pula bersuara. Kak Peah dan Orange pun mengangguk aja.


Mereka berdua meneruskan usaha mengangkat barang untuk berpindah ke rumah ibu bapa Orange buat sementara waktu. Lagi pun bulan puasa semakin hampir, hidup mereka berdua agak kucar kacir sejak pelbagai kes berkaitan si Adibah. Jadi ayah Orange dah keluar kan surat pekeliling mengarahkan kami berdua duduk di rumah mak ayah Orange buat sementara waktu. Kalau tak ada mereka, Khatimah mungkin merempat entah mana-mana lah. Dah la masih baru di bandar besar. Pasrah aja lah.

Ha, amacam episod baru? cukup rencah tak? Saya hutang pasal Kak Melah kan? InsyaAllah saya sambung pasal siapa Kak Melah dalam bulan June. Mungkin juga itu episod akhir untuk Kisah Rumah Sewa # 1. Jumpa lagi di lain episod.. tata titi tutu...




3 comments:

Nurul Daud said...

oic..mcm 2 punya org pn ada yer..
sy slalu mnyewa, mmg mcm2 jnis la jmpa..

aku memang begini said...

hahha, ade episod gak citer rmh sewa eh,..menarik...cam novel plak,.rumah sewa ni mmg, ade cerita tersendiri, izinkan saya gune ni utk garapan idea or title yg sama mengenai karenah rumah sewa,..1 entry je saye nk wat, mmg tension gak ddk rmh sewa ni, org2 lak macam2 karenah

KayNisa said...

aku memang begini :as your wish, title je kan? nanti tak ada originality lak.. dah publish saya pergi lawat tempat awak baca...hehehe

Hal umah sewa nih macam2, letih dan saya pernah rela sewa sorang2 sebab serik. Sekarang Alhamdulillah housemate sangat ok.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger