Tuesday, May 18, 2010

The Series of Weng a.k.a Ting Tong # 2

Lumrah manusia normal yang tidak maksum, seringkali mahukan sesuatu yang memang dah sahih tak akan dapat. Suka berkeluh kesah bersama kak esah, sentiasa tercari-cari sesuatu yang diri sendiri pun tidak pasti apa yang di cari. Merungut tak tentu hala konon tidak bahagia sedangkan diri sudah terlebih bahagia, nasib baik tak masuk hospital bahagia.


Ya Allah, kuatkan iman imam (very cute typo) hamba MU yang lebih nipis dari kulit bawang. Kebahagiaan akhirat, itu lah kebahagiaan yang hakiki.

Al-Baqarah:286
Allah tidak memberati hamba-NYA melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

P/S: Pemilik belog keserabutan dengan esaimen dan kerja yang berduyun-duyun tiba


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger