Friday, May 7, 2010

Status Anak Luar Nikah





Soalan:
Assalammualaikum...
Bagaimanakah status anak luar nikah yang dibinkan bukan dengan Abdullah..bukankah anak luar nikah ini boleh mengawini ayahnya (yang berkahwin dengan ibunya)..jika begitu bagaimana pula setiap sentuhan antara mereka bukankah dianggap berdosa kerana mereka bukanlah muhrim .Bagaimanakah kedudukan anak ini...salam.

Jawapan:
Hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya. Ini berdasarkan kepada maksud sabda Rasulullah SAW:


            "Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




Walau bagaimanapun mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 28-29 Januari 1981 adalah seperti berikut: "Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf)sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ".


Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya dengan syarat dia tidak mengahwini ibu kepada anak zina itu. Sekiranya penzina berkahwin dengan ibu anak zina tersebut dan melakukan persetubuhan maka haramlah penzina berkahwin dengan anak zinanya.


Apabila berlaku perkahwinan antara penzina dan ibu kepada anak zina, maka anak tersebut menjadi mahram (haram berkahwin) dan anak tiri kepada suami ibunya (penzina).


Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


Sumber 





4 comments:

ensiyahmuhammad said...

tapi saya nak tanya la kak,

kalo puasa enam dengan puasa ganti..
boley kita buat serentak? saya mmg musykil yang nie. ada yang kata tak boley sebab puasa enam tu sunat, puasa ganti tu wajib. ada pulak yang kata sebaliknya...

da tu yang btol snanye yang mana?? :(

KayNisa said...

secara peribadi, saya tidak menggabungkan puasa sunat dan wajib. saya dahulukan yang wajib dahulu, kemudian baru saya buat yang sunat.

KayNisa said...

ensiyahmuhammad, awak boleh refer kat sini >> UZAR

insyaAllah dapat menjawab persoalan awak ^-^

ensiyahmuhammad said...

thank you. now da clear da :)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger