Tuesday, July 13, 2010

Al-Kisah Cik Kebal

heh..!


Dia baru berusia 4 tahun. Lately ni cik kebal kerap sakit. Sat sakit tekak, sat sakit kaki, sat sakit kepala, senggugut pun ada. Along tak pernah cederakan cik kebal. Tapi orang lain yang guna cik kebal selalu cederakan dia. Langgar pokok lah, langgar kereta orang lah. Orang langgar cik kebal lah, ada tu siap gesel-gesel motor buruk dia kat badan cik kebal. Dah la tak bertanggung jawab. Tak apa, nanti mereka ada kereta, kereta mereka lagi teruk kena... (tak baik doa buruk-buruk kat orang =))


Cik Kebal sedang dirawat, Alhamdulillah tak masuk ICU ◑‿◐


Sabtu dan ahad yang baru berlalu (10 & 11 July), sepatutnya Along ada plan lain. Tapi entah macam mana cik kebal buat hal. Sedih pun ada, tapi sabar aje lah. Rancangan Allah lebih baik dari rancangan yang Along buat, InsyaAllah. Along hantar cik kebal ke klinik kesihatan supaya dia kembali sihat dan kuat serta gagah. Kembali berjasa pada Along. Cik kebal jangan sakit-sakit lagi tau. Along risau meh, dah dekat nak raya ni.  Along tak reti nak ubat kalau cik kebal sakit tengah-tengah LPT nun... sekian Al-Kisah Cik Kebal.


Note: Cik kebal banyak jasa sewaktu di UTEM dulu. Bawa kawan-kawan pergi kelas. Buat jadi lori mini waktu nak pindah bilik/asrama/rumah sewa. Macam-macam memori pahit manis bersama cik kebal. Paling tak lupa bila ada yang cakap cik kebal tak ada airbag macam  kereta mata belalang. Theeehheee.... Along simpan dalam hati saja. Miskin harta  tak apa, jangan miskin ilmu dan budi bahasa. Tersyahdu syahdan pula. Saja nak kenangan mengimbau, tak salah kan? Kalau kamu kata salah duduk diam-diam. Istighfar banyak-banyak...peace kacang peace.. hehehehe~~ ◕‿◕




2 comments:

cikcoklat a.k.a Haiza said...

hehehe...ble sebut tu akk ingat kt cbiru akk tu..skrg dia pon tgh sakit..n da warded..pasni cbiru akan betukar wajah..akk da suh doktor wat plastic surgery khas utk cbiru tu..hehehe

KayNisa said...

hihi, tulah. org asik suh tukau, xmau la sy nambah hutang. yg ni dah xyah byr, save dah bajet. so kena la jaga n belai dia elok2 supaya dia xkecik ati n cepat jatuh sakit.. hihi

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger