Saturday, July 10, 2010

Udang Masak Lemak Cili Api

Kali ni i mengidam udang / ketam masak lemak cili api. Tapi since ketam nampak tak fresh kat giant tadi, i beli udang. Maka jadilah udang masak lemak cili api. Kuah dia i hirup srupppp srupppp... sodap wehh..(puji diri sendiri ◠‿◠ )



Bahan:

Udang ½ kg
Santan - ½ kelapa
Tomato 1 biji
Kacang panjang 3 urat potong 1- 1 ½ inci
Daun kesum secukup rasa
Serai 1 batang dititik
Asam keping / gelugur

Untuk kisar:

Bawang merah 6-7 ulas
Bawang putih 2 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Halia ½ inci
Cili Api / Padi mengikut tahap pedas yang anda mahu


Cara:

1. Kisar semua bahan untuk dikisar
2. Masukkan kedalam periuk
3. Masukkan santan, serai, asam keping / gelugur, dan kacau hingga merenih
4. Masukkan tomato dan kacau hingga mendidih
5. Masukkan udang, kacau hingga masak kemudian masukkan bahan perasa secukupnya
6. Masukkan daun kesum
7. Tutup api dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas 




2 comments:

Yusrizal said...

mouth watering sunngoh...

KayNisa said...

Yusrizal: cuba lah buat kat rumah, sedap.. ni pun 1st time try. b4 nih tahu masak sambal udang, n tomyam jek.. hehehe

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger