Sunday, August 15, 2010

Juadah Ramadhan 1431H #3 - Nasi Tomato


dah lama mengidam nasi tomato. sebelum bulan puasa lagi, tapi nak laksanakan tu punyalah tak rajin. lagipun adik kesayangan tak cuti.tak seronok kalau masak sedap-sedap dia tak ada. kebetulan minggu ni dia balik. jadi saya masak lah nasi tomato ni untuk dia. dia siap request nak ayam goreng berempah. sebab tu tiba-tiba ada ayam goreng lemon mamak style nih. senang je nak buat. untuk nasi tomato dan ayam masak merah saya refer kat page kak hanieliza , ayam goreng lemon tu pulak kat sini. tapi dengan suka-suka hati saya, ada yang saya tokok tambah sikit...hehehe. jom kite tengok resepi (bahan yang saya guna cukup-cukup untuk 3 orang makan untuk berbuka dan sahur, saiz perut mestilah kecik ◕‿- ).



Nasi Tomato
Bahan-bahan: 
3 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b buttercup 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
3 cawan air (guna cawan yang sukat beras) 
daun pandan disimpul / daun sup cincang 
kismis secukup rasa

bahan tumis 
2 ulas bawang putih - hiris 
4 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

Cara: 
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah 4 beradik dengan butter hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam, kismis dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
5. taburkan bawang goreng sewaktu menghidang



Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Bahan kisar:
1) 2 inci halia
2) 6 ulas bawang putih
3) 3 pelepah daun kari

Bahan lain:
4) 1sb serbuk cili kering, 1sb serbuk lada sulah dan 1sb serbuk lada hitam
5) 2 sb serbuk kari ayam/daging
6) 1 biji lemon
7) 4 sb plain yogurt
8) 1sb serbuk jintan putih, 1sb serbuk jintan manis, 1sb serbuk ketumbar
9) 1/2 biji bawang besar - dihiris nipis (dimayang)
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng
10) 6 ketul ayam

Cara-cara
1. kisar bahan untuk dikisar
2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bahan yang dikisar tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup.
3. goreng sampai masak. gorengan ayam ni akan menghasilkan kerak/serdak yang sedap serta rangup.


Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
6 ketul ayam

Bahan untuk dikisar:
3 sudu cili kering yang dah kisar
2 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai 
4 biji tomato
2 sb sos tomato

kacang peas
bawang besar potong bulat
minyak masak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

Selamat mencuba ya ◕‿-


Note: Siti Hajar, kamu try lah resepi ayam lemon tu. memang aku menambah-nambah nasik tadi. sampai sekarang masih kenyang. hehehehe... buruk lantak btui ◠‿◠



4 comments:

abma said...

salam santai...mesti sedap ni. tengok gambar dah tahu. Nanti buatlah jualan kat bazaar, saya boleh saya pi beli...

KayNisa said...

abma: salam santai. amboi, sampai kena jual kat bazaar.. =D sekadar makan untuk diri sendiri boleh lah kot. nak jual tu xberani lah.. hihi

afraliza said...

wah..mcm sdp je..nak try la nnt..nak guna recipe ni ye..tq..

KayNisa said...

sila-sila, ayam lemon tu mmg saya recommend. sedap resepi tu. tapi kena pakai api yang perlahan, nanti ayam tu jadi warna arang :D

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger