Monday, August 30, 2010

Kisah Rumah Sewa#1 - Episod 7 (Finale)

Amacam puasa korang tahun ni? Mantap? InsyaAllah kan. Saya nak sambung episod terakhir kisah rumah sewa#1. Lagipun dah elok dah siri finale ni, sebab setting dia memang bulan Ramadhan. 


Selepas dah settle punggah barang, Khatimah dan Orange tinggal sementara di rumah family Orange. Buat kali pertama Khatimah berpuasa setelah menjadi seorang pekerja. Lagi sedih terpaksa menumpang rumah family Orange. Betul-betul terhutang budi pada Orange dan family dia. Tuhan saja yang mampu balas budi dan jasa mereka. 


Walaupun tinggal di rumah family Orange, mereka berdua tetap mencari rumah sewa baru. Rancangannya lepas raya nak pindah masuk rumah baru lah. akhirnya mereka beruntung sebab pakcik Orange ada beritahu kawan dia sedang mencari penyewa. So budak berdua tu pergi lah usha rumah sewa baru tu. berkenan dan terus bayar deposit. Budak berdua ni kemas rumah tu sedikit-sedikit. Rumah baru ni dorang dapat bilik asing-asing. so ada privacy lah sikit kan. Dorang decide nak beli katil. Katil bujang aja. Maklumlah, rumah baru ni lantai simen aja. Tak ada tiles. Sakit juga pinggang nak tidur walaupun dah alas dengan tilam nipis.


Sumber: internet


Maka suatu hari di bulan puasa, budak berdua ni pergilah ke kedai perabot dengan tujuan nak beli katil bujang. lepas dah selesai membeli katil, ada seorang kakak tu menegur si Orange.


"Eh, adik ni yang sewa rumah pakcik akak hari tu kan?" orange dan khatimah terpinga-pinga. Siapa pulak kakak cun ni? mereka berdua bertanya dalam hati. "Err kak, saya tak kenal kakak ni siapa. Akak salah orang ke?", tanya Khatimah sambil tersenyum. 


"Ohh, kamu berdua ni tak kenal akak kot. dulu kamu tinggal dengan adibah kan? Flat Lotus?" Budak berdua tu mengangguk serentak. "Macam mana akak tahu?" Orange bertanya. "Mestilah akak tahu sebab rumah tu pakcik akak punya, dia amanahkan akak untuk kutip sewa. Kesian kamu berdua dah kena tipu dengan si Adibah tu", kakak cun menyambung. "Hah? Yeke?", Khatimah dan Orange serentak terkejut. "Si Adibah tu memang ada cakap anak buah tuan rumah duduk kat tingkat atas, tapi bila kami tanya yang mana satu dia cakap tak perlu kenal," Orange menjelaskan pada kakak cun. "Ohh, tak apa. Akak faham, Kak Peah dah cerita semua. Akak pun tak tahu macam mana nak suruh si Adibah tu keluar dari rumah tu. Anyway, kamu panggil je akak ni Kak Melah", kakak cun baru memperkenal kan namanya.


"Hemm, boleh akak tanya?," Kak Melah buat muka berkerut. Si Orange pantas mengangguk. "Sewaktu kamu nak sewa situ, ada tak dia mintak deposit?," soal Kak Melah.  "Eh, mestilah ada kak. Ni pun dia belum pulangkan lagi deposit. Katanya nak mintak pada akak". Khatimah menjawab dengan jujur. "Dah agak dah, kamu ni entah mangsa dia yang ke berapa. Akak tak pernah mintak deposit pun." "Huh ye ke? Hidup-hidup kami ni kena tipu kak. Alhamdulillah kami dah pindah keluar. Deposit tu dia janji nak bayar." Khatimah dah mula berasap. Dalam hati cuma cakap sabar..sabar..dan sabar.


"Dia pandai-pandai aja reka. Sebelum ni mangsa dia pun kena macam tu. Akak harap dia pulangkan lah deposit kamu tu. Akak pun dah bincang dengan pakcik akak. Mungkin kami nak halau Adibah keluar dari rumah tu. Risau lepas ni orang lain pula jadi mangsa dia."
Orange segera memintas, "Kak, saya sokong. Halau je perempuan keparat tu. Suka-suki dia nak tipu orang. Dah la pencuri. Allah saja yang mampu balas". Kak Melah hanya mengangguk dan tersenyum. Dia mohon untuk berlalu kerana husband dia dah tunggu lama dalam kereta.


Si Khatimah dan Orange hanya mampu maki 2-3 das walaupun sedar mereka sedang berpuasa. Memang tak lama lepas tu, ex housemate yang tinggal dengan Adibah ada cerita. Berlaku lagi 2-3 kali kecurian dan tak lama lepas tu Adibah dihalau keluar dari rumah tersebut. Orange dan Khatimah pernah beberapa kali terserempak dengan Adibah berjalan kaki sewaktu pulang dari kerja. Apabila dia tersedar Khatimah dan Orange memandang, dia cepat-cepat menunduk pandangan. Malu agaknya. Alhamdulillah deposit rumah dia pulangkan. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada Adibah supaya kembali ke jalan yang benar. Sekian.


P/S: Sorry lah, ending dia macam ni aja. Otak dah tak berapa nak kreatif nak bercerita. 


Note: Kepada sesiapa yang baru nak baca cerita ni boleh ke link di bawah


2 comments:

hamzah ian said...

wa.. ade brape episod ni??

KayNisa said...

7 smuanya. hihi

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger