Monday, August 30, 2010

Kisah Rumah Sewa#2 - Episod 1

akU s3nTap!!


bengkaknya hati aku. aku dah tolong masak, kau tolong la cuci pinggan & periuk. sedap la muncung kau eh. reti tolong makan je. dah banyak kali test, saja nak tengok dia ni macam mana. betul lah seperti yang dijangka. selfish. penting kan perut sendiri. 3 hari ni lagi aku tahan diri. lepas makan dia duk lepak-lepak. sampai orang lain tolong kutip pinggan mangkuk yang kau guna pergi basuh. watahell..!! kesabaran aku ada limit jugak. kau ni tak reti ke??

kalau aku, housemate aku dah masak. serious aku akan tolong cuci pinggan mangkuk walaupun penuh 1 sinki. yelah, kawan tu dah penat lelah masak untuk isi perut kita yang lapar. tak kan lah lepas dah kenyang kau nak suruh kawan kau tu jadi hamba lagi sekali cuci pinggan mangkuk lak. guna otak lah sikit!! pastu, kalau makanan tu aku tak tolong tutup. dia pun memang akan pandang je. tak reti nak tolong tutup. nak kena bagi tahu aje. haihhh, kalau adik aku lama dah maki. nasib la kau tu housemate je. memang aku dah hilang sabar!! esok aku tak mau masak. masak ape yang aku nak makan je. bulan puasa ke, bulan tak puasa ke. kalau highway pun ada limit kelajuan. ini pulak kesabaran aku yang memang jenis kurang sabar. kali ni, sungguh-sungguh kesabaran aku dah overlimit!! sentap!!



0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger