Thursday, September 2, 2010

Allah selamatkan kamu yang ke-31

dua september


hari ni genap umur dia 31 tahun. kalau tahun-tahun yang sudah. belanja kek secret recipe aja. tak pun langsung tak celebrate dengan cake. sebab dia tak berapa gemar kek manis. tahun ni saya tanya, nak cake apa? nak buatkan (dah ada oven kan, tahun-tahun sudah tak ada oven lagi∩_∩). sebab sebelum ni saya pernah bagi dia kek moist-choc. hanya angah dia yang habiskan, sebab seperti yang saya cakap tadi. dia tak berapa gemar kek manis atau lebih tepat, kek coklat..(T__T, my fav lah choc cake, kenapa dia tak suka eh?) berbalik pada soalan saya tadi, dia jawab nak kek pandan. reaksi saya, hoh??? jarang orang request kek pandan. apa lagi, menggoogle lah saya cari recipe. nanti saya share dengan korang recipenya. sebab sangat mudah dan senang. (◕‿-)


malam tadi pukul 12.01 minit saya call wish selamat ulang tahun. dia cuma tergelak berbasa-basi (cover-cover gitu, sambil berbisik: bos ada lah, tak boleh sembang lama). saya faham aja, memang dia kerja malam. lepas dia balik kerja baru dia call. baru lah kami sembang lama-lama. sembang apa tak boleh lah beritahu. biarlah rahsia..huhe. kembar dia pun belum wish katanya. sahur tadi baru wish. biasanya kembar dia antara yang terawal akan wish selamat ulang tahun kat dia. biasa lah, orang dah ada isteri. mestilah celebrate dengan isteri dan anak dulu kot. (✿◠‿◠) now jom kita tengok gambar kek pandan yang saya buat (tak pandan sepenuhnya pun, saya buat marble pandan)


buat dengan penuh kasih sayang you. sepanjang nak buat kek ni, saya senyum je supaya waktu dia makan kek ni, dia pun tersenyum comel... hehehe


ni versi yang dah potong, yang ni saya buat bentuk petak je untuk saya makan. cuma nak tunjuk macam mana rupa marble pandan ni


ni versi tulis-tulis, memang fail bab decoration. dia pun cakap, kenapa buruk sangat tulisan (tahulah tulisan dia lawa kalau compare dengan tulisan saya (¬_¬)). untuk tulisan ni dengan bijak saya pakai chocolate filling perisa mint (◕‿-)


ni sewaktu delivery, cantik dan senonoh kan bekas dia.. haha 


si dia dan marble pandan cake ◕‿◕


waktu saya hantar tu tarikhnya 31 Ogos, sebab kalau nak hantar hari ni memang tak sempat. memandangkan hari ni saya kerja dan dia pun kerja malam. jadilah birthday cake in advance sebenarnya. lepas dah sampai rumah dia call saya, "kenapa cake ni rasa macam ubat gigi?? tapi sedap lah..." ((_) tulisan tu berperisa mint lah.. ada ke ubat gigi..) dan dia request lain kali nak cake tu lagi dan jangan lupa tulisan berperisa ubat gigi tu..Alhamdulillah, memang dia tersenyum sewaktu makan kek tu sampai angah dia cakap. dekat kek tu tak ada muka dia lah... ❤‿❤ 


Note: untuk recipe, saya buat dalam entry lain ya (◕‿-)



2 comments:

~|| iezanief ||~ said...

wah.. cam best je kn.. nnt kalo dh kawen, mesti aizul makin syg giler kt mg.. pndai masak tuh... heheheh

KayNisa said...

heheh, insyaAllah mudah2an dia makin sayang giler kt aku.. hehehe

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger