Tuesday, September 21, 2010

Snippet Syawal 1431 #2

Jom kite sambung snippet syawal. syawal tahun ni nak kata biasa tak juga lah. sebab, biasanya syawal 1 wajib membuta dari lepas zuhur sampai nyaris terbabas asar. gara-gara bangun pukul 3 pagi tolong mak buat nasi dagang. tapi tahun ni lain sikit, tidur tu tidur la juga. tapi situasi dan lokasi yang sangat berbeza.


1 Syawal : pukul 3.50am dah bangun tolong mak mesin kelapa, susun-susun kuih, dan acara wajib mestilah arong nasi dagang. ayah dah bangun dah solat sunat dan lain-lain. dua adik comel terbongkang di ulit mimpi.
elok je nak azan subuh nasi dagang dah siap. dah siap makan 1 piring, minum teh. lepas tu mandi sunat syawal. breakfast dengan family, sambil gaduh-gaduh dengan adik bongsu (hobby tak kira di masa lapang atau pun tidak lapang (◕‿-)). 


lepas tu p hantar nasi dagang kat jiran sebelah iaitu umah abang ngah. sempat lagi lepak tolong-tolong kak ngah tumis bahan-bahan untuk masak kari. as usual, mak akan buat nasi dagang and kak ngah pula akan buat nasi minyak. sedap wooo.... lepas tu siapa-siapa yang nak ke surau untuk solat sunat raya sila bersiap sedia (surau depan rumah jeee). karang tak ada tempat. makin besar surau tu, makin ramai jemaah. bagus-bagus, teruskan dan amalkan selalu. lepas dah selesai solat sunat raya, seperti biasa acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama keluarga terchenta. acara kiss kiss hug hug pun ada gak lah.. ehehehe. 


lepas tu p hantar nasi dagang kat rumah jiran, memang acara menghantar laju-laju, hantar, salam, pastu blah. gara-gara segan dengan anak teruna jiran tersebut.. saya ni pemalu tauuu..(◕‿◕). balik rumah, buat air satu jug elok-elok je siap air, kak zah datang dengan family. gebang-gebang then dorang balik. lepas tu mamat macho yang cuba mengorat anak buah datang beraya, lepas gebang-pandang-jeling dia pun blah juga. 


kemudian baru lah dapat meneruskan hasrat asal iaitu p beraya kat marang dan bukit payong. dah agak lewat juga bertolak masa tu. tujuan nak beraya kat bukit payong ni, konon-konon jadi wakil mak ayah untuk tetapkan tarikh kenduri adik lelaki. tapi tak ada tetap pun, memandangkan sang kakak tidak berkeyakinan dan kurang kematangan dalam bab-bab menentukan tarikh perkahwinan. lagi pun, mulut asyik kunyah sate yang diidamkan sejak sekian lama. memang sedap lah sate hasil bakaran bakal adik ipar ku itew. lepas selesai melahap sate, kami pun bergerak ke marang p umah abang long. jalan-jalan umah abang long, dapat makan nasi lauk keropok. memang favourite dari kecil. budak bertiga tu makan lauk ayam, i sorang je buat pelik makan nasi, cili jeruk super pedas, keropok goreng. rasa dia memang umpphhh. sembang-sembang, solat. rehat sekejap, lepas tu nak blah dah. rugi juga tak bawa baju spare, sebab abang long ajak p raya umah makcik n pakcik keesokannya. tapi nak buat macam mana kan. tahun depan, ada umur kita p nah abang long.


 lepas tu, kami p pulak ke masjid kristal. tak pernah p lagi tau, walaupun dulu masa duk dalam pembinaan selalu gak tengok. sebab, kalau nak p umah arwah tok, memang akan lalu depan kawasan masjid kristal tu. hari ni syok lah dapat jugak tengok bagai mana rupa masjid kristal yang digembar-gemburkan tu dari dekat. seperti biasa, acara mengambil gambar serta berposing gedik menjadi acara wajib. tapi rugi juga, kawasan monumen ditutup sebab tukang jaga cuti raya daaaa. boleh tengok masjid kristal aja lah... 


ok, ni baru cerita syawal 1. syawal 2 & 3 kite cerita lain hari lak eh..jom layan gambau.


spongebob dah songsang

cuba teka, siapa paling tinggi??

kami 3 beradik


penat umi pegang camera supaya dapat snap gambar gedik-cunz macam ni




0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger