Wednesday, September 22, 2010

terasa bosan

sumber internet: di sini

kamu pernah rasa bosan yang super terlampau sampai tahap nak buat apa pun tak mahu? ini lah yang saya tengah rasa sekarang... (bosan ke malas???) tiba-tiba rasa bosan nak p kerja, gara-gara supervisor (sv) saya suka buat teka-teki pecah saraf otak.

tapi sebenarnya bagus tindakan sv saya tu. dia nak saya berfikiran kreatif dan kritis. boleh berfikir disaat kritikal dan diluar kemampuan fikiran orang lain. baru lah thrill nak jadi programmer tegar.. ehehehe

memang sejak saya join company sekarang, saya rasa macam budak yang baru belajar. macam-macam saya belajar. dan paling penting, setiap keputusan yang saya buat, mestilah ada reason. contoh nya, kenapa nak pakai if..else instead of case. semuanya mesti ada sebab musabab. mula-mula boring, yelah.  system dah jalan tu, tak yah lah banyak soal lagi kan. tapi sv saya ni bukan species tu, dia mesti nak tahu kenapa dan mengapa saya guna cara tu. apa reasonable dia. relevan tak, adakah dia flexible atau tak. kemudian hari menyusahkan tak if nak tukar-tukar. memang tahap banyak songel lah, tapi serious bagus. sebab otak saya memang berfungsi sebetul-betulnya.

kalau dulu, jadi programmer, main belasah je. kau dah nampak cantik, dah jalan elok-elok. ok, dah boleh jual. sekarang tak. kena betul-betul. tak boleh ada binatang serangga yang tersembunyi pun. hihi..

tapikan, saya tak adalah selama-lamanya nak jadi programmer. lepas ni saya nak tukar profesion kot. insyaAllah lepas dah selesai master saya tukar profesion. yang lebih terjamin mungkin, dan lebih mendekatkan saya pada agama, dan keluarga tercinta. itu lah yang saya mahu. agak-agak masa tu saya akan bosan juga tak?? hope tidak lah, sebab saya suka kerja yang enjoy, seperti kerja yang sekarang kerana otak saya sentiasa berfungsi. kamu jangan salah faham ye, bukan enjoy boleh mengular main fb aja. itu langsung tak enjoy, malah mengundang rasa mengantuk super dahsyat. ok lah, saya nak bersiap nak pergi kerja. hope hari ni saya dapat jawab teka-teki yang sv bagi kat saya semalam. lagi pun, saya dah makan penuh malam tadi. jadi boleh lah perah otak.

note: semalam before balik kerja sv cakap "you balik makan penuh, then esok datang perah otak baik-baik ya"....(◕‿-)



0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger