Friday, October 8, 2010

google translate

kawasan perumahan saya, kalau kamu tengok. betul-betul macam perkampungan abang hero super glam si rajinikanth (tak kenal sila google). kalau hari jumaat malam tu, memang ramai lah abang hero hensem yang pakai kurta, kakak heroin pakai sari. meriah. lip lap lip lap gitew.. nak dijadikan cerita. semalam, elok je sampai rumah lepas balik kerja (dan shopping ayam dan udang saiz m yang super murah di giant), ramai sangat kaum-kaum mak hero/heroin, abang hero, kakak heroin.. adik-adik dan anak anak berjalan ramaia-ramai menuju ke dewan orang ramai. kami dah naik hairan. apesal kecoh sangat ni. dewan orang ramai pun penuh je. macam ada perayaan pulak. meriah dalam stress je muka kakak heroin dan abang hero. kami pun boh layan malas nak amik port terus masuk umah. sebab belum solat dan perut super lapar (perut aku dah berhiphop, perut housemate dah berdangdut goyang gerudi).

masuk je rumah, si housemate nak cuci tangan sebab dia pegang plastik ayam. buka je paip air, hoh!!!! tak de air lahhhhh... whattttt???? tak de air (super terkejut. dah lama tak kena macam ni). semua paip dah kami test pulas. kot-kot la paip rumah tu nak main aci tak de air kan. memang mengecewakan tak ada air. kami pun cepat-cepat keluar rumah. tengok kat dewan orang ramai tadi makin penuh (kami intai je dari beranda, sebab rumah depan dewan). terus terfikir, ni nak meeting pasal air ke? kami pun buat keputusan nak join meeting lah. turun tangga terserempak dengan mak hero/heroin. terus lah aku buat soalan terjah.

      k: aunty, tak ada air ka?
      a: ya la, dari tadi siang juga tak ada. itu syabas juga, sudah kasi kunci itu paip utama
      k: aiyoooo, kami baru balik kerja. belum mandi ni. kenapa tak ada air pula ni
      a: kita ada tunggakan dengan itu syabas. RM53,000.00 wooo, kamu pergi sana juga meeting la.
      k: ok aunty. kami pergi sekarang

kitorang pun p lah kat dewan tu. memang ramai lah abang hero dan kakak heroin. tiba-tiba terselit dua orang serikandi tanah melayu. ekekekeke... ala-ala bawang ptuihhh dengan bawang mereangg je tadi... mujur lah ada jiran kami yang baru pindah tu join meeting. kami pun beramas mesra la dengan jiran baru. sambil bergosip dengan hal-hal air ni.

kami semua di panggil masuk ke dalam dewan. mula-mula memang faham lah butir bicara perbincangan hal ehwal masalah air ni. sebab 1bahasa. tiba-tiba keluar sorang kakak heroin yang sungguh super hebat berdebat. !@#$%^&(...  memang hebat lah dia berdebat tadi, tapi satu patah haram pun aku tak faham. masa tu, satu je aku fikir.. GOOGLE TRANSLATE tak ada ke? saya nak translate ni. tak faham lah kakak...

P/S: nasib baik ada rumah member berhampiran, p tumpang mandi kat rumah dia. punah harapan nak makan udang handsome yang dipilih dengan super tekun di giant.



2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Terima kasih kerana menjadi followers di blog saya. Blog anda telah disenaraikan di dalam bloglist Follower 1 di blog saya.

semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

Aku Yang Bingai
PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

Bingai @ Bangang said...

Terima kasih kerana menjadi followers di blog saya. Blog anda telah disenaraikan di dalam bloglist Follower 2 di blog saya.

semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

Aku Yang Bingai
PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger