Monday, October 4, 2010

Lamb Kabsah yang diidami sampai termimpi-mimpi

saya masih berada dalam fasa mengidam mengalahkan orang pregnant.. *sigh*.. hari tu ada kawan facebook tag saya gambar lamb kabsah.. mak aih sedapnyeeeee.. kecur air liur. dah la sedang berpuasa.. saya memang tak mampu tahan kalau bab-bab kambing nih. memang favourite..


kebetulan adik saya dah final exam dan bakal bercuti panjang. jadi sebelum dia pulang ke kampung halaman, lebih baik saya belanja dia makan sedap-sedap. jarang juga saya bawa dia makan sedap-sedap. biasanya saya masak aje apa-apa yang dia mahu makan. maklumlah, kakak dia suka masak dan makan lepas tu tembam.. keh-keh-keh.


kononnya nak ajak member iaitu Nadh. tapi dia demam teruk diiringi oleh batuk serta selsema. kesian lah pula nak bawa dia jalan-cari-makan jauh-jauh kan. saya pun cancel lah. lepas je kelas terus hantar nadh ke TTDI then saya shoot ke puchong terus. dengan niat di hati nak berehat serta tidur. mata dah terpejam-pejam waktu drive bangi-ttdi-puchong. memang tawakkal betullah. 


tapi bila balik rumah, cakap je cancel-makan-luar kat adik. muncung dia serta merta bertukar menjadi panjang. sungguh tidak cute. saya pun cakap, yelah-yelah. kasi kakak tidur dulu dalam 15 minit. sebaik je lepas maghrib, kami pun ke bukit jalil untuk membeli tiket bas (nasib baik ada, kalau tak terpaksa lah tunda kepulangan adikku kekampung halaman...kakak sia super busy sampai lupa beli tiket..ngeh-ngeh-ngeh∩_∩). selesai beli tiket, kami dengan tanpa hala dan tuju hendak makan di kedai mana. menonong je drive. ikut suka hati. dalam kepala ada beberapa senarai iaitu, Mohd Chan Abdullah-Bangi, Mama Chop Papa Grill-Bangi, Rahimah Kitchen-Puchong, Saba' Restaurant - Cyberjaya, Bumbu Bali-Bandar Puteri. 


saya drive sepanjang LDP sampai toll menghala putrajaya, dah nak belok ke jalan untuk ke Bangi tiba-tiba adik cakap nak nasi arab..nasib baik kakaknya cekap membelok-secara-mengejut-tetapi-masih-selamat menghala ke cyberjaya. berpandukan peta yang ada (peta tu dah print siap-siap sebab plan asal memang nak pergi pun tapi nadh demam kan, so cancel tetapi terpergi juga. next time i bawa u pula ye nadh. promise!) kami pun cari lah kedai makan bernama saba' restaurant tu. sampai dah tersesat di cyberjaya kau. penat makcik nak drive dikala hujan gerimis mengundang serta lampu yang kelam suram serta seram...awwww~~ 


di saat nyaris give up nak cari kedai makan bernama saba' restaurant, akhirnya kami terserempak dengan petunjuk kewujudan kedai tersebut iaitu bangunan HSBC. menarik nafas lega, kami meneruskan hasrat murni ke kedai makan bernama saba' restaurant. masih lagi mencari, maklum lah 1st time datang cyberjaya, saya dengan bijak menggunakan kaedah cuba jaya dengan memasuki suatu lorong berhampiran Wisma Nouvelle, Cyberjaya milik allayarhamah Datuk Sosilawati Lawiya. search punya search, akhirnya hah tuuuu dia Saba' Restaurant. menarik nafas lega dengan pantas masuk ke dalam, order dengan pantas kemudian balik rumah. kami tapau je. sebab keadaan sangat tak selesa. mungkin kerana hujan. jadi, seat tak cukup. meja kami terkena tempias hujan dan kesian.. 


nak tahu kami order apa? jom tengok gambar...



barbican apple & peach


chicken hanith untuk my adik comel..


chicken hanith, the ayam very tender n juicy n spicy.. best


lamb kabsah untuk saya.. lamb tu sangat sedap..licin den makan walaupun jam dah pukul 11 malam... hehehe


lamb kebab sandwich


lamb kebab sandwich


sambal (tomato+cili hija di blend = sedap) dan ulam timun dan tomato


bagi saya, suasana kat saba' cyberjaya tak berapa cantik compared to saba' ampang. kat sana suasana dia lebih tenang. tapi saya tak tahu lah kot-kot suasana tak tenang kerana cuaca yang hujan. next time saya try pergi sewaktu cuaca nya elok. next time saya teringin nak try makan kat nasi arab damsyik yang kononnya dah masuk rancangan jalan jalan cari makan. duk usha juga cawangan yang kat subang tu.. hope next time ada masa i nak p sana pula. hehehehe 


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger