Thursday, October 21, 2010

macaroni bakar darah dan larahati

wow!! nama resepi dasat. bakar darah & larahati. hekhek, saje je.. walaupun duk layan syahdu, perut masih mintak di isi. bukan puteri raja ada inang dan dayang tolong masak. jadi, mak kena lah masak sendiri nyah..


macaroni bakar ni kalau diikutkan, memang akan fikir susah dan renyah dia punya resepi dan cara nak buat. lepastu bahan-bahannya pun mak aih pelik-pelik benor. orang kampung macam saya ni mana nak kenal ye dak. orang kampung lain tak tau lah kan. saya ni kemunduran lah kot ek.. hehe


saya malas nak pakai resepi pelik-pelik yang letak sos putih bagai tuh. resepi saya main blend & letak je bahan-bahan yang ternampak kat depan mata. panjang benor membebel, moh tengok resepi. 


bahan-bahan (untuk 2 orang makan):


4 genggam macaroni (kalau tangan kecil macam budak 10 tahun, sila tambah 2 genggam lagi
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 pelepah celery *
4 biji tomato saiz sederhana *
cili padi 10 biji (tak suka pedas, sila kurangkan) *
2 sudu besar cili kering yang dah digiling/diblend
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih (optional, tak letak pun boleh)
1 cube ayam maggi
4 batang sosej dipotong nipis
2 biji cendawan butang yang dalam tin dipotong nipis
minyak untuk menumis
4 keping keju (nak guna keju jenis lain pun boleh)
kicap
sos tomato


cara-cara:
1. rebus macaroni hingga masak dan lembut (saya suka overcook, nanti dia akan serap sos dan keju kedalam texturenya)
2. blend bahan bertanda (*), letak dalam mangkuk -- A
3. blend pula bahan bertanda (*), letak dalam mangkuk lain --B
4. panaskan minyak dan tumis A bau wangi,
5. masukkan cili kering yang di blend, then masukkan sosej beserta cendawan butang
6. masukkan bahan B dan renih seketika
7. kemudian cedokkan 1 senduk air rebusan macaroni. ni petua nak kasi kuah tu pekat yang sedap.
8. masukkan 1 gelas air.
9. masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih serta kiub ayam maggi
10. masukkan kicap dan sos tomato secukup rasa, masak hingga pekat
11. apabila kuah/sos dah pekat. tutup api. ambil macaroni yang dah masak tadi toskan airnya. kemudian gaul bersama kuah/sos hingga bersebati. 
12. masukkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu.
13. susun keju hingga menutupi keselurihan macaroni
14. bakar dengan suhu 130°C sehingga keju kelihatan kekuningan dan keemasan (saya guna microwave oven dengan darjah suhu 60%, selama 15 minit)


dari atas macam ni lah rupa dia

ni dari pandangan tepi, pandangan lain tak ada. sebab dah lapor.. penat tau saya nangis...sampai perut jadi super lapar...heheheh


amacam?? sonang kan? lepas ni boleh la korang masak untuk yang tersayang...awww~~~ 







7 comments:

dHiLa RoZi said...

trasa nak like post nih.. tak de laks function tu.. humm....

mana darahnye??? ekekekekekek....

KayNisa said...

heheh, ala.. bakar darah tu bukan nye kena keluar darah.. hikhik

dHiLa RoZi said...

ala... tipu nih... kena la ada darah dareh dia....

cikcoklat a.k.a Haiza said...

pelepah seleri eh...mcm pelepah kelapa plak rs...tetbe bygkan batang seleri sebesar pelepah kelapa..huhuhu

KayNisa said...

ala k.haiza, mane le sy tahu penjodoh bilangan dia cmne. pelepah ke, sehelai ke, sebatang ke.. hukhuk.. sila tunjuk ajar eh ^_^

dHiLa RoZi said...

nisak: huhuhu.... kena la ada darah2 nye kan???? len kali bagi la nampak sos dia sket.. baru la kena ngan tema... hhehehe

KayNisa said...

haha, len kali kalu sy tengah bakar darah leh kot letak sos. klu xbakar darah, letak gamba gini lah kut.. hahaha

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger