Tuesday, October 5, 2010

mari belajar membuat pizza

actually i buat pizza ni bulan ramadhan hari tu. tapi belum sempat nak post dalam belog comel ni.. hehehe, kiranya post tertunggak lah ek.. jom kita tengok gambau camne nak buat pizza.


nak buat pizza mestilah ada tepungnya kan? saya guna tepung pizza cap nago aje. kalau beli tepung ni, anda tak perlu beli yis mauripan lagi dah. sebab dia dah letak siap-siap mauripan sepeket kat dalam tu. ikut arahan pada kotak macam mana nak mengadun tepung pizza ni.



bila dah siap adun dan diuli tepung pizza tu, biarkan dalam 30 minit. pastikan adunan kembang semangkuk. dari sebesar penumbuk menjadi sebesar mangkuk seperti gambar di bawah

bila dah berkembang pesat macam ni, kamu tumbuk-tumbuk adunan ni untuk keluarkan angin dia. bukan orang aja berangin tau, tepung ni pun berangin.. agak-agak kamu geram kat siapa-siapa. tumbuk sekuat-kuat hati seolah kamu tumbuk muka orang yang mau geram tu.. ehehehe selesai ditumbuk, kamu biarkan lagi dalam 10 minit. kemudian tumbuk lagi dan kemudian canai menjadi leper. tak kisah lah nak leper bulat, atauleper petak. janji tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis..sedang-sedang aja seperti di bawah


kemudian kamu cucuk-cucuk adunan dengan sudu garfu, nak kasi keluar angin..nanti mengelembung lak pizza kamu.. 

haa, macam ni la cucuk...cucuk tang sini, cucuk tang sana

kemudian, disebabkan saya berangan nak makan pizza stuff crust yang dalam kerak dia ada keju tu, maka saya gulung lah lat tepi tu then kat dalam dia letak keju...nyam-nyam, banyaknye keju

nampak tak keju yang terkeluar tu...

kemudian, letak kan sos pizza samada homemade atau pun di beli dari kedai runcit berhampiran. kemudia tabutkan inti-inti yang anda suka




kemudian taburkan mozarellah & chedar cheese sebanyak mana yang kamu mahu

gambar jauh


gambar dekat..nampak tak cheese?? nyam-nyam.. i suka cheese banyak..

kemudian kamu bakar lah sampai masak, 20 minit je kalau pakai microwave oven. kalau oven biasa dalam 30-40minit suhu 170°C. 

ini lah rupa pizza ku yang sudah masak dan tinggal untuk dingap aja... 




amacam?? ada rupa tak pizza i?? selamat mencuba bagi sesiapa yang mahu mencuba. senang je tau. tak susah pun... ◠‿◠


2 comments:

Akma said...

mak aih...beshnye kay..dh lame trngin nk wt pizza+roti sndiri..tp x berksmpatan....ermm beshnye..i luv cheeze..hehe..

kay nk tnyer..wt pizza ni gn bread maker machine 2 x?ke uli gn tgn jek?hehe

KayNisa said...

cuba lah Qma. senang je. mula2 pk susah..bile dah buat sng je sbnrnye.

kay uli pakai tgn, xde bread maker. if ade bread maker lagi senang. lebih gebu piza tuh nanti.. yg kay buat nih. lembut gak lah.. sbb uli lame2.. mmg lenguh gak la tgn..

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger