Sunday, October 3, 2010

Open House #2

kali ni open house ke kampung teluk panglima garang pulak. ni rumah customer tetap saya. selalu order chocolate kat nisashoppe. thanks kak ila. kak ila ni saya kenal masa satu office dengan dia dulu. waktu nak pergi interview, macam garang je suara dia dalam phone. hehehe...tapi dia baik sangat. dari zaman anak dara, dah jadi isteri orang, sekarang dah jadi mak orang dah. kak ila tetap maintain.. i jealous tau... heheheh

tadi kat open house kak ila, banyak juga makanan yang sedap-sedap. antaranya, laksam (i loiikeeeeee), nasi dagang, bihun sup, nasi lemak, lontong, jelly kelapa, air sirap, kuih raya, buah duku, dan tak lupa carrot cake yang sangat sedap. tapi banyak-banyak ni, tak semua saya bedal. 3 menu utama, yang lain tu sekadar untuk pencuci mulut je. nasi lemak dan lontong memang saya tak sempat rasa. gara-gara perut dah full dengan kuah sup dan air sirap. pedas betul sambal kicap tu.. memang makan berulam air le jawabnya. mana tak kembung perut i.. heeheheh.. ramai betul tetamu kak ila tadi. maklum lah, dia buat kat rumah mak ayah dia. senang kan, sekali harung je buat open house.

ada laksam, lontong, kuah kacang, nasi lemak, sambal sotong super pedas, carrot cake

bihun sup, air sirap, serta bayi yang baru pandai meniarap...hehehe ◠‿◠

jelly kelapa di model kan oleh Gee

jelly kelapa yang nyaman jika sedang kepedasan

biskut gajus berkeju yang sedap (tahun depan boleh tempah ◠‿◠)

ada rendang ayam dan kuah lodeh juga

dhia dan aunty G yang sentiasa perasan kakak ∩_∩

inilah kak ila... 

dhia yang bermata bulat dan kak g bermata coklat

dhia & aunty nisa

thanks kak ila atas jemputan ye. tahun depan if buat open house jangan segan-segan jemput saya ye.. hehehe


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger