Friday, October 8, 2010

tak ada air

dulu masalah air ni selalu kena masa duk kat kampung. lebih-lebih lagi waktu zaman negeri kelahiran aku diambil alih oleh parti pembangkang. siap kena catu lagi. ahad dan rabu wajib tak ada air. kesian kat kami sekampung tau. lepas je dapat balik kat kerajaan pusat, keadaan bekalan air kembali menjadi normal.

semalam balik kerja tak ada air. kami pergi meeting ramai-ramai. katanya ada tunggakan air sebanyak RM 53,000. Terjojol bijik mata uncle india hensem kat sebelah aku. dah la pakai kurta.. menambahkan lagi kehenseman beliau. ehehehe... FYI, kat tempat tinggal aku ni. berlaku sedikit kecelaruan dalam management air. dulu, pihak developer yang uruskan. tak ada masalah langsung. aku duduk dengan family member aku masa tu, bil bulanan kami around RM 14 - RM 18 je.

tak lama lepas tu, tukar management. bila dah tukar management, yang ni yang jadi haru. kononnya pihak management songlap duit bil air yang penduduk bayar. padahal benda ni tak berlaku pun (pihak management dan penyokong mereka yang cakap, aku dengar aja). ada beberapa penduduk buat report siap masuk dalam paper berbahasa tamil. aku ada belek paper tu malam tadi. memang nampak la gambar beberapa penduduk kat situ, sorang dua ada gak yang aku kenal. tapi benda apa yang ditulis tu aku tak faham lah, kena mintak tolong google translate tolong terjemah bagi aku faham.

jadi, sebaik sahaja kes ni masuk paper. pihak management tak mahu teruskan tanggungjawab dorang. jadi, lama juga lah aku tak dapat bil air. last aku bayar bil bulan june. korang bayangkanlah berapa bulan dah aku tak perlu bayar bill. happy? langsung tak, sebab aku fikir nanti bil sampai mesti besar nombor yang tercatat diruangan tunggakan.

Source: .Drop. by ~Doodoox

disebabkan dah lama tak bayar bil, jadi pihak syabas dah bagi kata dua pada pihak bekas management. tapi didiamkan aja. sekali semalam pihak syabas terus pergi kunci paip utama kat kawasan perumahan tu. kata aunty yang aku terjah semalam, dari petang lagi dah tak ada air. dorang sempat la nak tadah. aku yang duk perah otak kat opis buat kerja, mana nak tahu kena tadah air. nak buat beristinjak pun tak ada air tau. kesian aku kena tahan malam tadi. hope tak kena batu karang lah. heheh..

lepastu, dalam meeting tu. encik pengerusi cakap, atleast setiap rumah kena bayar RM1000.  aku cakap what??? tak logic, aku duduk dengan member aku berdua aja. kami bukan mandi macam anak dara (kadang-kadang je, kalau aku stress). semua makcik pakcik, kakak abang, adik-adik serta bayi mulai bising macam kat pasar. FYI again, penduduk kat situ terdiri dari orang-orang yang berpendapatan yang rendah (majoriti). dah nama pun kawasan perumahan low cost.

bila dah hingar macam tu, encik pengerusi seraya mengarahkan kami supaya diam. kami diam (masih ada bunyi sok sek). pengerusi cakap tu kalau bayar full. tapi kita cuma perlu bayar RM150/house sahaja. atleast kita dah boleh dapat around 30k lebih. nasib baik 150 je. mampu la aku nak bayar, lagi pun logic lah. dari bulan july - september. 3 bulan tak bayar bill, bagi rumah aku amount 150 tu still tak patut. kamu bayangkan, aku duduk dengan family member aku pun bill hanya RM14-RM18 je. bila member aku pindah, aku duduk sorang, kemudian berdua. agak-agak kamu berapa ajalah bil air kami kan? kadang-kadang je rumah aku ada tetamu menyinggah.

tapi kami bayar je. nak air beb. tak kan aku nak g kerja tak mandi. tak boleh, nanti pitam aku. aku memang spesis tak boleh tak mandi. sebab lahir-lahir je aku dah terjatuh dalam air. haha, punya tak sabar nak mandi beb. ahaks..

jadi selesai je aku bayar, aku terus hallo kat kawan aku, nak tumpang mandi. aku nyaris pitam dah. dah la kelaparan tak makan. siap mandi, lepak jap, keluar makan pastu balik rumah konon-konon nak ambil barang sebab kawan ajak tidur je kat rumah dia. yelah, nanti nak pergi kerja mau mandi dengan apa. logic gak kan. balik rumah kami try buka paip. then yahooo, tak perlu berjauhan dengan spongebob kesayangan. rumah aku dah ada air. walaupun nampak macam berselut sikit. tak apa lah. tak yah susah-susahkan member aku kan. syukur sangat-sangat. malam tadi setelah sekian lama, aku tidur lena. tak mimpi apa-apa dan tak terjaga langsung. elok azan subuh baru aku terjaga. syok! spongebob tergolek kat bawah katil..ahaks.

P/S: panjang entry kali ni, sebab aku teruja dapat update belog kat office. lama dah tak dapat update belog dari office tau.


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger