Friday, November 12, 2010

Alam Fana Cinta Mu

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah


Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia


Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta


Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga
 
 
Note: Lagu ni saya selalu nyanyi sewaktu masih kanak-kanak hingusan. Paksa abang chik pasang lagu ni. lepas tu saya akan berdiri atas kerusi (konon pentas lah) dan menyanyi dengan penuh perasaan. hehehe . Agak-agak, lagu ni boleh jadi theme song untuk blog Alam & Maya, Fantasi & Reality x?


2 comments:

k0m4nd3r said...

Penyanyi ni baru Meninggal dunia semalam. Inalillah.

KayNisa said...

tulah, sebab tu ltk lirik lagu ni. alfatihah untuk arwah

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger