Wednesday, November 24, 2010

Stop Child Abuse

Siapa suka didera sila angkat tangan? Mesti tak ada yang suka didera. Sedangkan jika majikan beri tugasan melampau-lampau pun kita sudah rasa terdera, ini pula dengan rela hati mahu didera. Adakah kamu hilang akal mahu didera? Tak kisah lah dari segi mental ataupun fizikal, semua manusia normal tak mahu dan akan say no kepada perbuatan dera atau dalam bahasa orang putih, abuse! Jangan ingat iklan rokok aja yang ada perkataan say no ok!


unicef


Begitu juga dengan penderaan kanak-kanak. Perkara ini adalah salah di sisi undang, tak kisah lah di benua mana mahupun negara mana, penderaan atau abusing adalah satu perkara keji dan harus dipandang hina. Pelaku penderaan harus lagi wajib diberi hukuman setimpal. Kalau boleh, sila dera si pendera tu kembali sepertimana dia mendera mangsanya!


kanak-kanak secomel ini, sanggupkah kamu menderanya?

Dulu sewaktu kecil, di telivisyen selalu ada memaparkan klip-klip mengenai penderaan. Saya pada ketika itu adalah seorang kanak-kanak akan terus secara automatik menangis kesedihan melihat kanak-kanak dalam klip tersebut didera dengan ganas dan dasyat (saya seorang yang mudah tersentuh jika melihat kanak-kanak atau bayi didera). Saya terbayang, bagaimana agaknya jika saya didera. Saya siap tulis dan simpan talian Teledera (1-800-88-3040) dalam buku nota kecil, andaikata tiba-tiba saya didera (dasyatnya imaginasi saya, sampai termimpi-mimpi didera). Syukurlah saya mempunyai ibu bapa yang baik dan penyayang (◠‿◠).


Kalau di nilai dari sudut psikologi, tahap perkembangan mental kanak-kanak yang didera akan dipengaruhi kesan trauma yang dasyat. Kanak-kanak ini berkemungkinan kemudian akan menjadi pendera apabila mempunyai anak dewasa kelak. Kanak-kanak bekas mangsa dera juga akan mengalami kesan trauma jangka panjang, dan paling teruk mungkin akan terus mengalami masalah tekanan jiwa dek terlalu kerap didera dan di belengu rasa takut terhadap pendera.



Klik jika mahu lihat video lain (UNICEF: STOP CHILD ABUSE NOW)


Penderaan dikalangan kanak-kanak tidak terhad dengan memukul kanak-kanak tersebut hingga cedera sahaja, malah juga boleh berlaku penderaan seksual dan juga penderaan emosi.  Malah, kalau kanak-kanak tu dibiarkan terabai tanpa sebarang penjagaan juga akan diklasifikasi sebagai kes dera. Ha, jangan kamu ingat penderaan hanya pukul-pukul dan sepak terajang tu aje ye. Kalau ada yang tak berapa jelas, mari saya jelaskan.


1. Penderaan fizikal : Yang ini siapa-siapa pun tahu, kalau ada ternampak kanak-kanak yang dipukul sampai lebam-lebam atau luka berdarah, sila segera buat laporan polis.
2. Penderaan seksual: Kanak-kanak tersebut dicabul, liwat, rogol dan lain-lain untuk kepuasan nafsu serakah si binatang pelaku dewasa (yang remaja pun boleh terlibat, jika dia melakukannya terhadap kanak-kanak atau bayi)
3. Penderaan emosi: Kanak-kanak tersebut didera secara emosi dengan melakukan brain torture dan desakan emosi. Sebagai contoh, kanak-kanak tersebut sentiasa diugut, jika tidak dibuat sesuatu akan dipukul. Ataupun, melakukan penghinaan sehingga kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang tersangat tidak yakin diri (low self esteem), penakut dan seangkatan.
4. Pengabaian: Berlaku jika sang dewasa gagal menyediakan keperluan asas si kanak-kanak seperti pendidikan, perubatan, keperluasan asas diri (makanan, kebersihan, pakaian).


OK, kamu boleh ke laman web UNICEF Anti-Child Abuse untuk mendaftar sebagai tanda kamu menyokong kempen ini. Jom ramai-ramai daftar.  Laman web tersebut, selain mendaftar kamu juga boleh design tangan untuk say no to child abuse. Kat bawah ni tangan yang saya dah design. 


Ada juga knowledge test untuk menguji tahap pengetahuan mengenai penderaan kanak-kanak.


Fuhh, panjang lebar saya cerita pasal penderaan kanak-kanak ni. Hope kamu semua dah nampak dengan jelas apa itu penderaan kanak-kanak. Kepada si pendera, ingat senang ke nak buat anak. Ada orang bertahun-tahun kahwin tak dapat anak, kamu suka-suka aja nak dera.  Hentikan penderaan kanak-kanak kerana kanak-kanak inilah pendongak masa depan negara kita kelak. 


Note: Teledera telah diganti dengan Talian Nur 15999. Ingat! 5 minit anda akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Bertindak segera! (Fuhh, macam iklan TV pula ∩_∩

5 comments:

farra-eng said...

good luck

KayNisa said...

farra-eng: thanks ^_^

deqdeq said...

wah......hebat karangan ni....mcm mana nk mengarang ek....teringin juga nk join contest ni....tp otak ni dh lama tak mengarang....good luck ye...

deqdeq said...

hebat karangan nih....teringin jg nak join contest ni...tp otak dah lama tak mengarang, br je nk blogging dan asah balik otak nih..heehhe...good luck ye...

KayNisa said...

deqdeq: try lah, mane tahu ada rezeki kan. sy pun xpandai mengarang. ayat pun tunggang langgang. huhuh

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger