Sunday, December 5, 2010

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

dah lama tak santai-santai di hujung minggu kat rumah sendiri. asyik merayap je kerja. rumah pun tak ada rupa rumah dah. jadi hari ni dah bertukar jadi hari mengemas rumah..

sambil-sambil kemas tu sempat gak memasak. kira multitasking lah.. heheh

raya korban hari tu dapat banyak daging, mak kita pun kasik lah 3-4kg. fuhh, penuh esbox dengan daging. hari ni baru ada masa nak masak daging tu.

adik saya balik minggu ni, dia pun request lah daging salai masak lemak cili api seperti yang telah dijanjikan oleh saya. sebagai kakak yang prihatin, haruslah saya memenuhi kehendak adik bungsu ku nan satu tu. hehehe




jom kita tengok resepi:

500g daging salai (dah salai siap-siap kat kampung ◠‿◠)
kunyit hidup 4inci
cili padi 2 genggam  (ikut suka lah nak letak berapa, lagi manyak lagi berasap woooo)
daun kunyit sehelai dihiris halus (50sen sehelai, mahalnyeeee)
serai 2 batang dititik
santan 1 paket dibancuh dengan air suam
kiub ayam 1/2 ketul
garam secukupnya

cara-cara

1. daging salai dihiris nipis kemudian rebus untuk bagi dia empuk, air rebusan jangan buang ye!
2. blend kunyit dan cili padi kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan daging. didihkan.
3. masukkan santan kacau rata
4. masukkan serai dan daun kuyit, kacau rata
5. masukkan bahan perasa (kiun ayam & garam)
6. kacau sentiasa agar santan tak berketul, dah mendidih rasakan. dah cukup rasa tu, boleh tutup api.
7. hidangkan bersama nasi panas, ikan masin, sayur goreng... fuhhhhh. boyfriend call pun tak layan...huahuahua


macam mana nak buat daging salai?? sonang jooo

daging dicuci bersih
perap 30 min - 1jam bersama garam dan kunyit hidup yang ditumbuk campur asam limau sikit
salai hingga masak, bukan bakar ye...salai... ◠‿◠


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger