Wednesday, December 1, 2010

Important : Account profile update notification

entry ni adalah sambungan entry phishing yang saya post before ni. kira episode dua lah kot eh. hehe. mesti ada yang tertanya-tanya, apesal budak pemilik blog cicak ni asyik nak buat entry macam ni. macam lah dia sorang je tahu kan?? alaaa, i saja je nak share. kata sharing is caring kan? lagi pun sekarang ni sedang buat research pasal spamming. tu yang terlebih-lebih nak share pasal puak-puak spam ni. tapi saya concern kat phishing yang berkaitan dengan bank. kalau kena spam/hack kat facebook, mungkin boleh diperbetul lagi keadaan. tapi kalau duit yang riban-riban kat bank hilang sekelip mata macam biskut macam mana? 


klik atas gambar untuk lihat jelas

ok! pada gambar saya ada label (1), (2), (3).. mari saya explain

(1) : mouse over pada perkataan Click here to Log In akan menunjukkan (2) dan (3)
(2) : ok, dalam entry before ni saya ada cakap. web bersecurity tinggi haruslah menggunakan https. jadi jika kamu lihat tempat yang dipoint oleh label (2) ada tertulis di situ https://www dot maybank2u dot com dot my . . .
jangan tertipu tau, itu hanya  alt attribute yang akan show when you mouse over on the hyperlink. this alt will provides alternative information for a hyperlink. meaning, yang tertunjuk tu bukanlah url/address yang sebenar. habis tu mana url/address sebenar? sambung baca next point... ^_^
(3) : haaaa...ini lah url / address sebenar yang kamu akan dipointkan if kamu klik hyperlink tersebut. so, jangan klik ye.. delete je terus email berkategori spam ni. lagi satu, tips dari saya :: setiap kali nak klik apa jua hyperlink, mouseover dulu..tengok betul ke tidak address dia. sebab kadang-kadang benda tu hanya spam..∩_∩

faham tak penerangan saya? maklumlah tak reti nak mengarang. heheh ∩_∩.. hope dapat membantu. if tak faham boleh tanya dengan lebih lanjut. mampu jawab saya jawab lah. tak mampu jawab saya suruh awak google.. hehehe


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger