Tuesday, December 21, 2010

kerana manisnya epal

pelajar SPM mesti tahu cerpen Kerana Manisnya Epal kan? salah satu dari karya Dr Faisal Tehrani (DFT).
cerpen ni adalah karya DFT yang pertama saya baca...itu pun sebab cerpen tu terkandung dalam buku teks komponen sastera.. itu sewaktu zaman sekolah menengah.. lama kemudian sewaktu tahun akhir di universiti, saya baca 1511H Kombat.. dari karya ni saya mula tahu pasal srikandi islam bernama Zinnera.. semangat juang dia buat saya pun turut sama nak berjuang menegakkan islam. tapi, mungkin dari cara yang berbeza.. pendekatan yang berbeza..

kemudian saya dihulur pula naskhah Bedar Sukma Bisu... serius saya tak mampu habiskan walaupun 10 muka. terlalu berat untuk otak saya.. lama saya tinggalkan karya DFT..

baru-baru ni, dalam keadaan letih baru pulang dari kuliah.. saya baring santai atas katil teman baik saya.. disitu ada karya DFT (teman saya peminat karya DFT, kerana dia saya membaca 1511H Kombat & Bedar Sukma Bisu. pendek kata, semua karya DFT dia miliki)...

sewaktu saya baring melepas lelah, saya belek Ketupat Cinta Musim Pertama.. terjungkit kening saya membaca.. lawak sinikal.. siapa makan cili dia yang rasa pedas..sendiri makan pengat, sendiri mahu ingat lah...

saya cuma sempat baca dalam a few pages, serius nekad saya nak cari dan beli buku tu.. dan.. akhirnya saya berjaya membeli naskhah tersebut di MPH Alamanda. jenuh juga mencari, tanya kat servis kaunter.. mereka search nama faisal tehrani tak jumpa.. sebab saya tak berapa ingat judul buku masa tu.. saya main aci teka dengan petugas kaunter.. alhamdulillah.. ada juga buku tu.. memang nyaris give up dah masa tu..

Ketupat Cinta Musim Pertama memang harus baca.. cerita dia tak berat.. santai membaca sebelum tidur.. insyaAllah next pesta buku saya akan beli karya-karya DFT yang lain.. antaranya mungkin:

1. Saasatul Ibaad
2. Tuhan Manusia
3. Tunggu Teduh Dulu


0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger