Saturday, December 18, 2010

nasi lemak ayam halia

lokasi: gerai nasi lemak ayam halia, puchong jaya
situasi: hujan

saya: nasi lemak nak 1, ayam kasi potong ye abang
kawan saya: saya pun sama, ayam kasi potong

abang nasi lemak kemudiannya letak nasi 1 tempurung, potong-potong ayam dengan pisau besar serta tajam (serius awesome!)

saya: sambal lebih ye (leleh dah dengan bau ayam time ni, perut bunyi kruk..kruk..kruk.., hujan lak manja-manja membasahi bumi)
abang nasi lemak: mengangguk seraya bertanya kawan saya, nak sambal lebih? sambil-sambil tangan dia mencedok sambal ke atas nasi lemak kawan saya.
kawan saya: tak nak (sambil menggeleng kepala)
abang nasi lemak: dia pun mencedok lagi 1 senduk sambal tambahan ke nasi lemak kawan saya...
saya dan kawan saya: saling berpandangan, masing-masing menganggap abang nasi lemak tak dengar kot

beberapa saat kemudian sewaktu nak bayar

abang nasi lemak: asing ke sekali?
saya dan kawan saya: asing!
abang nasi lemak: yang getah ada dua ni untuk awak (saya). dia pun masukkan kedua-dua nasi lemak dalam 1 plastik. saya menghulurkan duit konon nak bayar nasi lemak saya. tetapi abang nasi lemak pulang baki seolah-olah saya membayar untuk kedua-duanya.
kawan saya: baru nak hulur duit
saya: takpe, dia dah kira.. kasi duit tu kat akak
saya dan kawan saya: terpinga-pinga sambil kaki melangkah ke kereta...

saya: sahih abang ni salah faham. yang kita cakap tak dia faham ya. yang kita cakap ya dia faham tak...
kawan saya: cakap tak nak sambal lebih dia kasi lebih, cakap bayar asing dia kira sekali pulak... pelik abang tu.

saya dan kawan saya: pulang kerumah dengan penuh tanda tanya....



0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger