Tuesday, December 21, 2010

petua menurunkan berat badan dengan kos yang murah #2

ok, hari ni saya nak share petua lain pulak which is antioxidant diet. hoh? macam mana antioxidant diet ni?

ok, mari kita cerita pasal apa itu oksidan dan antioksidan

pernah tengok buah epal tak? ofcourse lah pernah kan. kali ni nak ajak buat experimen sket? ehehe, macam chegu sains pulak
sumber gambar: internet

experimen #1
cuba kamu belah epal tu, then tinggal dalam 5 minit. kemudian apa terjadi?
haaaa, pandai pun dia bertukar jadi kecoklatan kan? haa, itu tandanya epal tersebut telah mengalami proses pengoksidaan atau teroksida. mari kita buat experiemen lagi

 
sumber gambar: internet

experimen #2
cuba kamu belah epal kemudian kamu perah lemon ke permukaan epal yang terbelah tu. selepas 5 minit epal masih lagi cantik dan tak teroksida / mengalami proses pengoksidaan.

hah, apa kah semua ni? apa kaitan dengan diet antioxidant yang digembar-gemburkan tu?? harus lah ada kaitan.kronologi dia macam ni:

  • lemon will act sebagai antioxidant which is prevent the damage on an apple. apple tu tak tukar jadi coklat. 
  • merujuk experimen#1, process ni similar to our body which is oksigen akan merosakkan sel dalam tubuh. jika dibiarkan akan menjadi mutasi dan menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser. jadi pengambilan antioksida dalam diet akan bertindak seperti experimen#2 untuk prevent kerosakan pada sel badan

setiap sel dalam tubuh kita memerlukan oksigen. tetapi oksigen juga boleh memberi kerosakan pada tubuh melalui proses pengoksidaan. jadi, bagaimana nak mengelak proses ni terjadi?

haruslah memulakan diet antioksida. ∩_∩

sumber gambar: internet

setiap pagi minum air lemon suam bercampur madu (1/2 lemon + 1 gelas air suam + 1 sudu madu) => selain mempunyai sumber antioksida (lemon) yang bagus, minuman ni juga membantu memecahkan lemak degil dan keluar melalui sistem pembuangan. 
sumber gambar: internet

makan buah-buahan yang mengandungi bahan antioksida semula jadi. buah yang bewarna merah mengandungi antioksida tertinggi. instead of dinner nasi atau makanan berkarbohidrat, apa kata tukar dengan memakan buah-buahan berantioksida. bagus kan? shoot 2 birds with one bullet. selamat mencuba. 

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger