Friday, December 24, 2010

tipah tertipu bang T__T

Sumber: google

pagi tadi sewaktu on the way pergi kerja, saya ada bersembang dengan housemate. pasal issue sms tipu minta topup. kononnya ayah kita dalam kesusahan & berada dibalai. siap cakap jangan call. housemate saya tu cakap le, kalau dia dapat sms tu harus dia maki balik orang tu sebab ayah dia tak ada. saya lak cakap, kalau saya dapat sms tu saya pun harus maki orang tu. sebab ayah saya nak buka sms pun tak reti, ini pula nak sms kat orang. ayah saya cuma tahu call sahaja! 

kami sama-sama buat kesimpulan, kalau ada yang percaya dengan sms tu dan topup kan untuk 'ayah' dia tu adalah satu tindakan bodoh dan orang tu tak berapa nak cerdik. sorry to say. mungkin pembaca akan cakap, oh tak kena kat kamu. sedap je cakap orang bodoh. ok, meh saya explen. kalau saya lah kan, if dapat sms macam tu. harus saya call nombor lama ayah saya dahulu untuk pengesahan. tak pun, call adik beradik lain. tanya, ada tak dorang terima sms macam tu.


lagi satu, meh saya nak cerita satu kisah. dulu kawan saya, handphone dia kena curi. tak lama selepas tu, si pencuri tu sms semua contact number dalam phone mintak topup dan pinjam duit. siapa-siapa yang percaya terus menghulur bantuan tanpa usul periksa. tak lama kemudian heboh lah mengatakan ramai kena tipu, dan dia terpaksa menanggung hasil penipuan si pencuri tu. nasib dia baik, mangsa-mangsa tidak menuntut ganti rugi pada dia.

 jadi, moral of the story.. kalau dapat sms dari siapa-siapa minta duit atau topup, make sure call dulu. setakat kena caj call beberapa sen atau ringgit apalah sangat kan? berbanding dengan amount yang kamu bakal rugi jika ditipu buta-buta macam tu. lagi satu, mungkin ada yang berduit akan cakap. alah, apedehal 30 hengget tu. tapi bagi yang miskin & pernah rasa hidup susah, 10 sen pun menjadi terlalu beharga. 

saya sendiri pun pernah dihubungi oleh seorang kawan melalui sms nak pinjam duit. saya sendiri ragu-ragu nak beri pinjam. sebab, kalau betul-betul dia nak pinjam. dia akan call saya. lagi pun, saya tak rapat mana pun dengan dia. waktu study dulu, dia rapat dengan orang lain. dengan saya setakat hye hye bye bye je. tiba-tiba sms mahu pinjam duit, harus saya ragu-ragu nak bagi.lagi pun saya bukan lah orang yang mampu. den pun banyak mulut nak tanggung dek oiiii... 

SMS tipu minta tambah prabayar


KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Sumber: Kosmo

Note: sebut pasal kes handphone kena curi, saya ada 1 kenangan handphone kena curi. insyaAllah sooner or later saya akan cerita. sedihh woooooo... 

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger