Thursday, April 29, 2010

Saya Super Sibuk dan Peperiksaan



1. Maaf pada geng yang follow citer rumah sewa pasal dah lama tak update, betul-betul super busy nak sambung cerita.


2. Ampun pada geng dongeng BITS, saya buat-buat super sibuk lah sekarang ni. Idea pun asyik tersekat je sebab asyik dibelengu misi ketam dan kelancaran sesi melancarkan our new muslim search engine.


3. Kepada kedua-dua geng di atas, insyaAllah saya akan kembali ke alam normal saya selepas selesai peperiksaan pertengahan penggal (midterm exam) yang akan bermula lusa 1st May dan pada 8th May. Doakan saya berjaya menjawab dengan mudah dan cerah hati untuk mengingati apa-apa yang patut saya ingat ∩_∩ 


P/S: Saya dah lama tak tengok naruto shippuuden dan bleach (╥_╥)



Tuesday, April 27, 2010

Garlic bread with pumpkin soup

Ahad lepas (25 April), saya ke pasar malam Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konon-konon nak beli buah. Sebab biasanya buah-buah kat pasar malam ni segar. Sedang mengintai buah untuk dibeli, saya terpandang gerai sayur. Berhenti kat situ nak beli cili. Mata dah tertangkap kat buah labu. Dalam hati terdetik, dah lama tak makan sayur lemak labu yang mak buat. Saya pun beli lah separuh yang kecil, konon-konon nak masak untuk diri sendiri dan housemate.

Keesokan harinya sewaktu di tempat mencari rezeki, saya tanya housemate saya dia makan labu masak lemak ke tidak. Maklumlah, dia ni tak makan sayur. Saya ni kalau orang tak makan saya agak malas nak masak. Macam kurang best nak makan sorang-sorang. Dia jawab tak makan, if saya masak dia akan ambil kuah aje. Aduh, kesian lah pula. Tak kan dia nak makan kuah aje kan?

Saya pun sambung buat programming saya yang dah berapa hari tak settle tu. Sedang duk stress dengan part url validation, saya teringat dalam rancangan Oprah; ada satu episod tu dia panggil chef masakkan sup labu kat dalam show. Ape lagi, terus lah saya dengan pantas bertanya pada pak menakan saya iaitu pakcik Google (◠‿◠).  Duk usha-usha tu, rupa-rupanya mudah je nak buat sup labu ni. 

Saya segera tanya pada housemate, dia nak makan tak sup labu. Makan dengan garlic bread, dia terus cakap mahu-mahu-mahu. Alhamdulillah, nasib baik dia mahu. Dengan teruja saya terus salin resepi dan bercita-cita untuk ke pasaraya Giant on the way nak balik rumah petang nanti. Sebelum saya lupa, source resepi ni dapat dari sini yang di post oleh Encik Mat Gebu. Tapi saya ubah suai ikut suka hati saya selera tekak Melayu saya. Ok, saya pun tak tahu dah nak bebel apa lagi. Kite move to the recipe lah ye. Selamat mencuba kawan-kawan. (◕‿-)

Pumpkin soup with garlic bread


Roti bawang putih

Roti perancis / roti putih biasa pun boleh
5 ulas bawang putih dihancurkan
3 sudu mentega

Cara-cara:

Campurkan bawang putih dengan mentega; gaulkan
sapu pada roti perancis yang telah dipotong
bakar didalam oven atau di atas kuali hingga bau wangi atau garing bukan hangit ye. ∩_∩


pane all'aglio con zuppa di zucca




Bahan-bahan:

1. Separuh buah labu kuning kecil, kupas dan potong kecil supaya  cepat masak
2. Separuh lobak, kupas dan potong kecil supaya cepat masak
3. 1 kelopak/batang (don't know exactly nak panggil apa) celery, dipotong kecil
4. Bawang besar, didadu
5. Bawang putih 2 ulas
6. 1 sudu mentega untuk menumis
7. 50 g tepung gandum
8. 100 ml UHT Whipping Cream / susu segar / susu sejat
9. 800 ml air
10. cili padi 3 biji dicincang, nak pedas sila lebihkan

Sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, dan serbuk lada hitam


Cara-cara:

1. Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan cili; goreng hingga layu. Kemudian masukkan saleri, lobak, dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
2. Tepung dibancuh dengan sebahagian dari 800ml air. Lebih kurang 400ml. Masukkan bancuhan tepung kedalam periuk dan kacau hingga rata. 3. Tuang air yang selebihnya dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu serta lobak empuk, sambil terus mengacau. 
4. Padamkan api dan biarkan suam.
5. Apabilah dah agak suam, kisar hingga halus. Sewaktu mengisar masukkan susu.
6. Tuang dalam tapis dan tekan dengan spatula hingga menghasilkan puri yg halus. 
7. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
8. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah dan lada hitam, masak hingga pekat sedikit. 
9. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. 
10. dah boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti bawang putih yang garing (bunyi dia kruk-kruk sedap)

Note: Hidangan untuk 4-5 orang yang berperut kecil seperti saya, hahaha...layannnn je(✿◠‿◠)






Sunday, April 25, 2010

Balasan Syurga Bagi Para Wanita #2

[4]
Wanita yang suaminya meninggal dan meninggal sebelum sempat menikah, maka saat di syurga ia untuk suaminya yang dahulu.

[5]
Wanita yang suaminya meninggal kemudian tetap tidak menikah setelah kematian suaminya hingga ia pun meninggal, maka ia akan tetap menjadi isterinya di surga.

[6]
Wanita yang suaminya meninggal dan kemudian menikah dengan lekaki lain, maka ia untuk suami yang paling terakhir, walaupun sempat menikah berkali-kali, berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Wanita adalah untuk suami terakhirnya." (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah lial-Albani, 1281).

Dan berdasarkan perkataan Hudzaifah r.a. kepada isterinya: "Jika kamu tetap ingin menjadi isteriku di syurga, maka janganlah menikah dengan siapapun sepeninggalku. Sesungguhnya wanita saat di syurga adalah untuk suami terakhirnya di dunia kerena itulah Allah SWT pun mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk dinikahi oleh orang lain sepeninggalnya, karena mereka itu kelak akan menjadi isteri-isteri baginda di syurga." (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah lial-Albani, 1281).


Pertanyaan

Bila ada yang berkata: "Sesungguhnya tersebut dalam do'a jenazah kita membaca:

"Dan gantikanlah (untuknya) suami yang lebih baik dari suaminya (yang terdahulu)." (Hadis riwayat Muslim)

Maka jika ia telah bersuami, bagaimana kita mendo'akan untuknya dengan do'a seperti itu dan kita mengetahui bahwa suami di dunia akan menjadi suami di surga, akan tetapi bila ia belum mempunyai suami dimanakah suaminya ?

Jawapan

Adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ibn 'Utsaimin yaitu: "Jika dia belum menikah, maka yang dimaksudkan adalah suami yang lebih baik dari suami yang ditakdirkan untuknya jika dia tetap hidup. Adapun jika dia sudah menikah, maka yang dimaksud dengan suami yang lebih baik adalah yang lebih baik sifat-sifatnya di dunia, kerana yang disebut dengan menggantikan adalah bisa dengan menggantikan orangnya seperti bila kita menukar kambing dengan unta, atau bisa dengan mengganti sifat-sifatnya seperti bilamana kita berkata: semoga Allah menggantikan kekufuran orang itu dengan keimanan, atau seperti pada firman Allah SWT:

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit,. (QS. Ibrahim:48). Dimana buminya adalah tetap bumi ini akan tetapi diratakan dan langitnya adalah tetap langit ini akan tetapi terbelah." (Al-Bab al-Maftuh, 3/23-24).

Nota kaki: Jika tidak faham dengan penerangan dalam entry ni, sila rujuk pada yang pakar. Jangan biarkan anda diselubungi misteri pertanyaan. Malu bertanya sesat jalan. Jangan lah kita menjadi orang yang tergolong dalam golongan yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Allah. InsyaAllah





Balasan Syurga Bagi Para Wanita #1

Jika wanita itu:

1. Meninggal sebelum sempat menikah
2. Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya, dan belum sempat menikah dengan yang lain
3. Mereka telah menikah, akan tetapi suaminya tidak bersamanya di syurga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini
4. Mereka meninggal setelah suaminya meninggal
5. Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga dia juga meninggal
6. Suaminya meninggal kemudian merekapun dinikahi oleh lelaki lain.

Keadaan di atas masing-masing kelak akan mempunyai balasan tersendiri saat mereka di syurga seperti berikut:

[1]
Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan." (hadis riwayat Muslim)

Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Apabila seseorang belum menikah, iaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan lelaki yang ia sukai di syurga. Kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya khusus untuk lelaki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk lelaki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (syurga) adalah perkahwinan."(Al-Majmu' al-Tsamin, 1/175).

[2 & 3]
Dan juga seperti mereka yang meninggal setelah diceraikan, wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Seorang apabila termasuk ahli surga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ahli syurga, maka sesungguhnya bila ia masuk syurga, di sana akan ada lelaki ahli syurga yang akan memperisterinya." (Al-Majmu' al-Tsamin, 1/173) Maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.


Note: Pautan diberi oleh kawan YM & FB: Encik Muhammad Hazmin Wardi



Saturday, April 24, 2010

Didi kawan saya

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, tempat mencari rezeki ada buat renovation. Jadi banyak la pokok-pokok hiasan ditambah untuk menghiasi tempat mencari rezeki. Secara kebetulan, kedudukan saya agak strategik di hadapan pintu masuk ke department IT. Jadi, untuk mengindahkan entrance ke department IT tu, mereka telah meletakkan sepohon pokok yang hijau malar segar di sebelah saya. 


Keesokan harinya, ketua department saya datang menghampiri saya dan berkata: Nisa, kamu ada siram dia? Mulai hari ini dia kawan kamu. Kamu jaga dia OK! Saya pun cakap: OK. Sebenarnya aunty yang selalu gaja, saya cuma pagi-pagi datang tanya khabar je (◠‿◠).


Dengan segera saya cepat-cepat beritahu kawan-kawan di facebook bahawa saya dapat kawan baru dan nama dia DIDI. Mereka pun tanya lah siapa DIDI? Saya cakap lah DIDIadalah sepohon pokok. Hehehe, jangan pula kamu kata saya ni tidak waras, saya masih waras tau. FYI, pokok-pokok pun beribadat tau. Jadi, jangan duk suka-suka je petik-petik daun atau patah-patahkan ranting pokok. Kesian dia, sedang duk beribadat kamu khianat kat dia pula. 


Ha, ni nak kasi tahu rahsia hidup saya ni. Lepas ni tak jadi rahsia lah kan, hehehe. Ni rahsia saya selama ni tau, tiap kali saya nak petik bunga atau bahagian-bahagian dari pokok, saya mesti beri salam dan minta izin kat pokok tu. Ayah yang ajar masa kecil-kecil dulu. InsyaAllah saya akan kekalkan habit saya ni. 


Berbalik pada cerita kawan saya si DIDIni, kamu nak tahu tak kenapa nama DIDI? Disebabkan dia berdaun sahaja, tak ada bunga pun. Jadi, Daun + leafY = Dydy. Tapi dydy tu cam tak best je so saya change to DIDI. Kawan-kawan pun dah ramai bertanya bila nak ngepos gambar DIDI? OK, hari malam ni saya ngepos lah gamba si DIDIni bersama saya yang di snap sewaktu hari perasmian pintu baru kat tempat mencari rezeki. 


Inilah dia DIDI(dia jantan tau, sebab tak ada bunga)


DIDIdan saya (∩_∩)




Separuh je gambar DIDI, sebab dia malu nak ambil gambar full. Ahahaha... layannnnnn



Friday, April 23, 2010

Making 1 Muslim World


Kali ni tak ada nak sembang apa sangat, tapi just announce kat you all InsyaAllah nextWeek tempat saya mencari rezeki akan melancarkan new search engine, to be precise The Muslim World Search Engine: MuslimSE.Com.

Search engine ni akan filter any taboo keyword in Islam like a porno keyword. Lain-lain kelebihan tu you all explore lah sendiri.

MuslimSe ni pun dah ada fanpage dia kat facebook. Kalau you all berminat nak jadi kipas MuslimSe ni, sila ke Laman Kipas MuslimSE (FanPage MuslimSE) .

Kepada geng yang nak ke Isketambola tu, jangan lupa bawa balik buah hati buah tangan untuk kami ye(◠‿◠). Mereka akan terbang esok. 


Kepada Hani, pergi umrah tu jangan lupa doa kat kita sekali ye. Doa supaya kita dapat peluang pergi sana pun jadilah.


Keyword yang buat blog kamu laris macam pisang goreng panas

Keyword tut memang melariskan belog rupa-rupanya. Sejak saya buat entry pasal tut, blog saya asyik disinggahi orang-orang dari luar negara. Mula-mula nak bangga, tapi tak jadi bangga pula.

P/S: Paling suka pisang tanduk goreng




Isketambola dan Isketambatu

Misi Isketambola dan Isketambatu telah membuat hidup saya super haru biru. Asal stress je pergi bilik air nangis, solat zuhur @ asar pun nangis. Nangis sambil mengadu kat DIA supaya segalanya dipermudahkan. Pujuk hati supaya jadikan perkara ni sebagai pengalaman yang berguna dimasa yang akan datang. Yang salah jangan diulang, yang dah betul diperbaiki supaya bertampbah baik. Esok mereka akan berlepas ke sana. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Ameen


Tuesday, April 20, 2010

BitterSweet - Perfect Match








Oh...
Are you ready now
The trains are ready to go
But you're still busy talking crap and cheap on the phone
So make up your mind
Or else you'll never know
What's going to be next
We'll go to lunch or go to bed
The minute you call me I'll be down here on my own
So make up your mind
Or else you'll never know
It's either me or you
Don't ask me coz I don't have a clue
Maybe I'll just leave you there and make it on my own
So make up your mind
Or else you'll never know


C/o
The feelings that we've shared
The money that we carry
Doesn't go
With the flow
It has to change somehow you know
The feelings that we've shared
The money that we carry
Doesn't go
With the flow
It has to change somehow you know




P/S:love the melody, since the 1st time listen to this song (year 2007; Crespro in memory)




Monday, April 19, 2010

Tak Kesampaian

Pernah tak kamu mengalami keadaan dimana hajat tak kesampaian, cinta tak kesampaian dan apa-apa lagi yang tak kesampaian. Agak perit kan kalau kamu menyukai sesuatu tetapi tak dapat / mampu diperolehi. Juga menyedihkan jika kamu menyukai seseorang tetapi tak mampu meluahkan pada orang tersebut. Hari-hari terpaksa pandang sahaja. Lebih perit kalau kawan kamu pun suka pada orang yang sama dan kamu terpaksa melepaskan orang tersebut pada kawan kamu yang sangat kamu sayangi. Lepas tu, kawan kamu bahagia dengan si dia.

Itulah yang dinamakan pengorbanan dan kamu perlu belajar untuk redha atas apa yang Allah dah tentukan untuk kamu. InsyaAllah jika kamu tabah dengan ujian-Nya, Allah akan beri kamu yang lebih baik sebagai pengganti. InsyaAllah. 


P/S: Mood hari ni sangat celaru seolah-olah orang baru putus cinta. Padahal tak pun, saat nak upload entry ni asyik je ber'SMS' dengan dia.. hahaha, memang otak aku dah tak berapa center lately ni. 



Friday, April 16, 2010

Black Dog Bone - Geram

Geram jangan engkau geram

Geram bermacam ragam

Kerana suka kerana marah

Janganlah kau geram

Bila code kau tak betul

Engkau pun cuba membetulkan

Tetapi jikalau code tetap salah

Tentulah engkau geram

Kalau ada orang kacau ganggu

Tentulah kau jadi marah

Tetapi tak usah kau geram

Kau geram

Apalah gunanya kau geram

Lebih baik diam diam

P/S: Purple area tu diubah untuk mengikut kesesuaian perasaan saya sewaktu entry ini dipublish

Monday, April 12, 2010

Ayah Tak Beri Pakai Tudung



Tak tahulah if dah ada orang baca kat tempat lain kan, tapi tak kisah lah. Sebab cerita dia menarik. Boleh dikongsi dan ambil iktibar mungkin (◠‿◠)

Ceritanya bermula begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi ker eta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar  besarnya. Macam ada api keluar!  Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!!!


Hehehe, saya baca email ni pun dah tegelak-gelak sorang-sorang. Jangan marah ya, nanti kena jual. (✿◠‿◠)



Wednesday, April 7, 2010

Run your PHP manually. How?

Ha, ini ilmu baru yang saya dapat hari ni. Tak kisah lah orang lain dah berkurun lamanya dapat ilmu ni. I don't care about them. hehehe

First
Question: PHP running/process by what?
Answer: CGI

Second
If your supervisor ask you to run some particular php code manually, you can use this method. Run it using the command prompt. Seriously i never know about this before .I only know run the php in linux shell, but i don't know about running it in windows command prompt.

Ok, this is the command to run your php manually in command prompt.

1. open your command prompt


2. go to your php folder in command prompt

3. run this command: php-cgi



4. run your function manually using this command (purple font is your file path and your function to running):

php-cgi C:\xampp\htdocs\linkse\src\util.php -c make_history_net


Done!!


Tuesday, April 6, 2010

Kisah Dongeng Si Jaja #2

Taman tasik yang indah - Sumber gambar dari Prof. Google

  Kisah dongeng yang penuh dengan fantasi dari realiti ini bermula apabila 3 sahabat iaitu Kak Dhila, Jaja, dan Nisak berjalan-jalan di taman yang indah. Taman itu digambarkan mempunyai sebuah tasik yang dipenuhi ikan-ikan cantik dan kura-kura comel. Di taman itu juga terdapat monyet-monyet bergayutan dan ada beberapa pengunjung memberi makan pada monyet tersebut. Monyet-monyet itu kelihatan sungguh comel serta aktif bergayutan sana sini sambil membuat aksi-aksi akrobatik yang tak mampu dibuat oleh ahli akrobatik negara mahupun ahli akrobatik luar negara (betul ke?).

Monyet comel - Sumber gambar dari Prof. Google

  Disamping mereka mentadabbur alam yang indah ciptaan ilahi, 3 sahabat ini juga mengambil kesempatan berjogging untuk mengeluarkan peluh agar lemak-lemak degil tercair sambil menghirup udara segar yang penuh dengan oksigen berkualiti (∩_∩). Tujuan mereka bertiga ke taman tersebut adalah untuk membincangkan rancangan reunion kelas mereka sewaktu di universiti dahulu. Sedang mereka berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang makcik telah menghulurkan beberapa gugusan buah anggur yang sangat ranum dan segar.

Gambaran anggur yang di beri oleh makcik misteri - Sumber gambar dari Prof. Google

  Pada mulanya Kak Dhila menolak pemberian makcik. Tetapi makcik tu macam tahu aje Nisak sangat suka dengan buah anggur. Nisak ni bukan boleh tengok buah anggur, memang dia kecur punya. Mata dia bersinar-sinar kerana teruja dek kesegaran buah anggur tersebut. Makcik menyua anggur pada Nisak. Nisak terus ambil dengan muka yang agak malu-malu meow. Nisak mengucapkan terima kasih pada makcik anggur tersebut. 

 Beginilah gaya Nisak yang teruja melihat anggur - Sumber gambar dari Prof. Google

  Makcik itu berlalu pergi sambil tersenyum pelik. Kak Dhila terperasan akan wajah makcik itu menyeringai pelik, tetapi buat-buat tak tahu aja. Terdetik di hati Kak Dhila, "Agaknya makcik anggur ni memang senyum macam tu kot. Tak apalah, Nisak pun seronok je dapat anggur tu. Macam kanak-kanak dapat coklat aja".

  Nisak segera mencari pili air untuk membersihkan anggur tersebut. Usai membasuh anggur, Nisak menyuakan anggur itu pada Kak Dhila dan Jaja. Mereka berdua menolak dengan muka yang tidak berminat. Nisak terus cakap, "Bagus, boleh aku makan sorang-sorang". Jaja pula cakap, "nanti sakit perut baru tahu". Nisak hanya tersengih.

Dengan lafaz bismillah Nisak mula menikmati buah anggur tersebut. Sebaik sahaja Nisak makan buah anggur untuk suapan ketiga, mata Nisak terasa berpinar-pinar dan seluruh alam kelihatan berpusing-pusing. Kak Dhila dan Jaja memanggil-manggil Nisak setelah melihat keadaan Nisak yang agak tidak keruan (dah rupa ting tong pun ada dah si Nisak ni). Nak kata high pun tidak juga. Nisak memanggil-manggil Kak Dhila dan Jaja, tetapi suara mereka berdua kedengaran semakin sayup dan jauh. Pada pandangan Nisak, Kak Dhila dan Jaja seolah-olah semakin menjauh dan hilang. Kak Dhila dan Jaja semakin cemas dan tak mampu nak buat apa-apa. Mereka cuma mampu menjerit-jerit memanggil Nisak dengan suara yang kuat seolah-olah Nisak telah hilang pendengaran. 

Apakah yang terjadi pada Nisak sebenarnya? Mampukah Kak Dhila dan Jaja menolong Nisak yang dalam kesusahan itu? Siapakah makcik anggur itu? Wait till next episode.(✿◠‿◠) 


Monday, April 5, 2010

Kisah Rumah Sewa#1 - Episod 5

Minta maaf kepada para pembaca kerana kelewatan sambungan Kisah Rumah Sewa#1. Saya dah taip lama dah, tapi belum punya masa nak publish. Lagipun ada isi-isi kandungan tu kena ubah-ubah sikit atas sebab-sebab tertentu. Jadi hari ni kamu semua dah boleh baca sambungan dia. Selamat membaca. (。◕‿◕。)


Setelah diselongkar almari si Adibah, mereka bertiga terjumpa sebuah diari. Kak Rosmah tanya, "nak baca tak?". Khatimah dan Orange menjungkit bahu tanda tak pasti ataupun tak tahu. Kak Rosmah cakap jom kita baca sama-sama. Antara isi kandungan diari tersebut adalah: tet..tet..tet(alamak kena sensored la certain content of that diary), tapi jangan risau, mesti ada part yang tak perlu sensored kan? Pembaca mesti dah mula rasa macam alamak, spoil lah citer nih. Sabar-sabar, part yang perlu di 'sensored' tu memang saya rasa Khatimah hatta Orange pun tak kan izinkan untuk diceritakan. Ok, now kita back to the story.

Antara yang tertulis dalam diari tu: Aku ambil barang-barang si Khatimah #%^%& (simbol-simbol tu adalah perkataan maki-maki yang tidak sesuai disiarkan). Padan muka dia, sapa suruh kedekut sangat kereta dia tu. Nak pinjam pun tak boleh. Bukan luak pun. Khatimah terus cakap, "Eh, suka hati aku lah. Dah kereta aku. Ayah aku beli, bukan pakwe kau beli..@$%$^%^&". Khatimah pula yang maki si Adibah!

Then page lain pula dia tulis: Fuh sikit lagi dah aku nak dapat laptop si orange tu, macam mana diorang boleh balik cepat sangat.  Waktu baca ayat ni, memang muka Orange dah merah padam kemarahan. Khatimah terus cakap, "patutlah hari tu dia cakap indon datang pasang sinki, padahal tipu. Ee, nasib baik la laptop kau tak kena cilok babe". Orange terus cakap, "!@#$%^& &*^&*+_* la si Adibah ni".

Fuh, version Orange lagi dasyat lah. Ha, jangan main-main kalau orang jawa dah naik angin. Habis segala perkataan yang sungguh 'enak' didengar terpacul dari mulut si Orange. Khatimah dan Kak Rosmah serentak cakap, "Sabar Orange, syukurlah dia tak dapat ambil. Lepas ni jangan tinggal lagi dah". Orange lak cakap, "Eh Khatimah, kan kita nak pindah lagi 3 hari. Dia tak boleh dah nak ambil-ambil barang kita." Kak Rosmah hanya mengeluh kerana dia tak dapat pindah atas sebab-sebab lokasi tempat kerja dan dia tiada transport.

Mereka meneruskan misi membaca diari Adibah. Belek punya belek jumpa lah page yang tulis ayat ni: Aku harap budak-budak ni tak sedar barang-barang diorang hilang. Bukan aku saja-saja nak curi, aku tak mampu nak beli. Kak Rosmah lak cakap, "La, jangan la sampai mencuri. Nak pinjam cakap lah". Kak Rosmah geleng-geleng kepala. Khatimah lak nyampuk, "Ala kak, dia tu kan suka cakap besar. Kata kakak dia rumah besar lah. Adik beradik ramai duk oversea lah". Si Orange lak nyampuk, "Ala, tu kakak dia. Bukan dia! Tapikan, dia tu memang suka cakap besar. Dengan aku dia siap cakap pakwe dia kasik duit tiap-tiap bulan. Jangan-jangan dia yang kasi duit kat pakwe dia. Tak puas hati betul aku". Marah benar si Orange. Si Khatimah dan Kak Rosmah terangguk-angguk aje.

Fuh, budak bertiga ni nak kasi khatam diari tu. Tak jadi top secret dah isi kandunagn diari si Adibah tu. Nak kesian pun tak boleh juga, pasal si Adibah tu yang cari pasal dengan budak bertiga tu. Nasib lah kan? Kamu setuju tak? Kalau tak setuju duk diam-diam. Hehehe (*^ -^*).  Mereka duk belek-belek lagi diari tu. Mana tahu, kot-kot dia ada tulis mana dia sorok barang-barang curi tu. Tapi rahsia lain pula yang terbongkar. Rahsia apa lak ye? Korang nak tahu tak apa dia? Next episod je lah eh? Dah penat taip ni. (◠‿◠).  Ok-ok, saya sambung sikit je lagi.


Si Adibah tu tulis macam ni: Aku harap sangat Kak Melah tak kenal budak-budak ni. Risau juga aku kalau pecah rahsia pasal rumah ni. Harap-harap lah budak-budak ni tak berkenalan dengan si Kak Melah tu. Yelah, mana lah tau si Kak Peah yang kepoh tu dengan baik hati kenalkan budak-budak ni dengan Kak Melah. Kak Peah tu bukan boleh kira, suka-suka nak buat sesi berkenalan lah, beramah mesra lah. Busy body betul Kak Peah tu. Eee, jangan lah jadi macam tu. Mana aku nak sorok muka aku ni nanti.

Ha, siapa pula Kak Peah? Siapa pula Kak Melah? Apa kaitan Kak Melah dengan Khatimah dan Orange? Kenapa si Adibah tu takut sangat dengan Kak Melah tu? Next episode lah ye. tata titi tutu.(◕‿-)


Thursday, April 1, 2010

Call to undefined function curl_init()

Kalau error ni keluar:

Fatal error: Call to undefined function curl_init()

sila pergi ke php.ini tukar kesediaan dia.

Nuffnang's Analytical for Blog KayNisa



Ini versi bahasa melayu:
Walaupun belog orang lain lebih glamour dari belog i, tapi i tetap nak berbangga gak kerana belog i telah dilawati oleh orang dari Indonesia dan US. I tak sangka u..awww~~ bangga tak habis lagi nih. Mari-mari, sila-sila meriahkan lagi belog i ni. ehehehe

This is english version:
Although others blog more glamourous than my blog, but i still want to take pride because my blog have been visited by people from Indonesia and U.S... Very proud of it...awww ~ ~ You are very much welcome to cheer up this blog. Thank you.. (translate pakai google translate, tapi ada oter-oter sket ayat dia, faham-faham le google translate tu macam mana hasil terjemahan dia..ehehehe)

P/S: So sorry i cant do in german language because i'm afraid you guys pening nak baca ( perasan lah kau cik KayNisa, ahahaha)


 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger