Thursday, September 30, 2010

ikan goreng masak taucu

sejak akhir-akhir ni asyik mengidam jek. orang lain yang pregnant, aku yang lebih-lebih mengidam.

puas sangat-sangat dapat makan ikan goreng masak kicap letak taucu dan tomato yang dipotong besar-besar. ditambah pula dengan sambal tempoyak dan cili hijau dikunyah seperti snek lazat.. berpoluh-poluh den..

taucu cap knife

kagum dengan usaha gigih mengambil gambar botol taucu dipagi subuh yang mulia. sila lihat, di sana ada kicap jalen kegemaran dan sos aminah hassan yang sungguh wow!! tiba-tiba tersa seperti membuat iklan pree...◠‿◠

Note: petang ni menu telur masak taucu pula. housemate sila makan dengan senyuman paling menawan ya. saya kemaruk taucu sekarang ni... hehehe (◕‿-)



Tuesday, September 28, 2010

Wedding Abang Bujang

pertemuan yang menyeronokkan. kawan-kawan lama yang masing-masing dah punya kehidupan sendiri. bila berjumpa memang gamat lah jawab nya. suka duka dan sendu tawa semuanya ada. walaupun nyaris tersesat, akhirnya sampai juga ke kenduri abang bujang coursemate saya yang juga mantan mpp utem 2004/05. 


bergambar dengan pasangan mempelai

kegembiraan yang tulus


Sunday, September 26, 2010

Open House #1

semalam ada pergi open house, ada buat potluck juga. dah terjanji dengan u all nak share gambar potluck kan? minta maaf lah. saya lupa ingatan masa tu. tengok lauk sedap-sedap yang kawan-kawan bawa, terus teruja nak makan sampai lupa nak ambil gambar.

tapi untuk open house ada 2-3 picas yang saya sempat snap. open house pertama yang saya pergi syawal kali ni, iaitu rumah kak haiza. menu kat rumah dia ialah kuih raya, satay sedap, bihun sup sedap (psttt, kak haiza jangan lupa kasi resepi sambal tu ye??).

the makanan

the buddy

tuan rumah yang sibuk

me and kak haiza

Note: hari ni i pergi raya kat rumah kawan dan kenduri kahwin coursemate, later i'll share with u the picas. kena tunggu my buddy email the picas 1st.



Saturday, September 25, 2010

semester 3

dah masuk semester 3. ada 2 saja lagi.. fighty oh!! doakan saya berjaya ye kawan-kawan.. tQ

p/s: hari ni ada pot luck, later i'll upload the picas 4 u 2 c eh... see yaa



Friday, September 24, 2010

kari tel0r ayam


menulis tanpa spesisfikasi yang ditetapkan
kosong idea
bersawang lah blog
idea melimpah ruah
sehari, 2-3 kali nak post new entry
hari ni, aku tak ada idea...
...
kosong
batuk tahap leher nak terkehel
mood pun dah hilang nak bercerita
jom layan game crusader
sementara nak tunggu pukul 8.45 am 
sebelum bergerak ke tempat
mencari rezeki
...

Note: kau buat solat sunat dhuha lagi bagus dari duk main crusader... 


Thursday, September 23, 2010

Puding Koktel Berkuah

Note: ada pembetulan resepi, thanks cik nadh kerana menegur. katanya kuah ni cair ek, saya pun heran apesal saya punya pekat. rupa-rupanya tertinggal 1 bahan. nanti nadh try lagi untuk open house nanti yek


walaupun sekadar puasa ganti, menu berbuka tak nak kalah macam dalam bulan puasa. petang semalam time tengah duk kalut-kalut debug error system kat office tu, tiba-tiba teringat nak makan puding koktel berkuah. terasa-rasa kat tekak. apa lagi, google resepi lah, before ni pernah lah buat. tapi tak pernah dapat yang resepinya sedap seperti yang saya makan kat rumah kakak saya waktu kenduri kahwin anak buah saya dulu. dalam banyak-banyak resepi yang saya cari tadi, ada lah jumpa 1 resepi yang super mudah (i loiiiiiiikeeeee....) memang nak menyediakan pun mudah, bahan-bahan pun mudah nak cari.


so kali ni saya nak share resepi lah, tapi maaf lah. saya dah lupa mana source asal resepi tu. sebab saya search resepi tu kat office & lupa nak salin url page tu. just salin resepi aja. nak cepat. nanti kantoi dengan supervisor, dia suruh buat kerja i pergi salin-salin resepi pula. tehehehehe ◠‿◠


bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk(8grm)
1 tin susu cair
550ml air
3 sudu tepung kastard dilarut dengan 50 ml air
5 sudu besar gula


kuah
*1 tin susu cair
*2 tin air
*1 sudu susu pekat manis
*5 sudu gula
3 sudu tepung kastard dilarut dengan sedikit air
1 tin buah-buahan koktel jenama halal pilihan anda


cara-cara
1. masak agar-agar dengan mencampurkan serbuk agar-agar dengan gula terlebih dahulu. kemudian masukkan air dan susu. kacau sebati, kemudian barulah masak hingga kelihatan pekat. kemudian masukkan larutan tepung kastard
2. setelah agar-agar masak, masukkan dalam bekas dan bekukan.
3. kemudian masak kuah
4. campurkan semua bahan yang bertanda bintang (*) dan masak hingga mendidih
5. kemudian masukkan larutan tepung kastard dan masak hingga kuah kelihatan pekat
6. tutup api dan masukkan buah-buahan koktel beserta airnya. kacau sebati biarkan sejuk sementara menunggu agar-agar keras
7. apa bila agar-agar dah keras. potong kecil-kecil dan letak dalam bekas. kemudian tuangkan kuah ke atasnya. siap-sedia untuk dimakan. sangat sedap jika dimakan sejuk.

saya guna serbuk agar-agar yang ni, senang didapati di kedai-kedai dan pasaraya berdekatan


cun tak puding koktel berkuah saya? rasa dia pun cun tau. tapi siapa-siapa yang batuk tu anda akan batuk dengan dasyat selepas makan, sebab puding ni manis dan sejuk (saya tak boleh makan benda manis & sejuk kalau sedang batuk; batuk sampai perut pun kejang kau (_))


Wednesday, September 22, 2010

terasa bosan

sumber internet: di sini

kamu pernah rasa bosan yang super terlampau sampai tahap nak buat apa pun tak mahu? ini lah yang saya tengah rasa sekarang... (bosan ke malas???) tiba-tiba rasa bosan nak p kerja, gara-gara supervisor (sv) saya suka buat teka-teki pecah saraf otak.

tapi sebenarnya bagus tindakan sv saya tu. dia nak saya berfikiran kreatif dan kritis. boleh berfikir disaat kritikal dan diluar kemampuan fikiran orang lain. baru lah thrill nak jadi programmer tegar.. ehehehe

memang sejak saya join company sekarang, saya rasa macam budak yang baru belajar. macam-macam saya belajar. dan paling penting, setiap keputusan yang saya buat, mestilah ada reason. contoh nya, kenapa nak pakai if..else instead of case. semuanya mesti ada sebab musabab. mula-mula boring, yelah.  system dah jalan tu, tak yah lah banyak soal lagi kan. tapi sv saya ni bukan species tu, dia mesti nak tahu kenapa dan mengapa saya guna cara tu. apa reasonable dia. relevan tak, adakah dia flexible atau tak. kemudian hari menyusahkan tak if nak tukar-tukar. memang tahap banyak songel lah, tapi serious bagus. sebab otak saya memang berfungsi sebetul-betulnya.

kalau dulu, jadi programmer, main belasah je. kau dah nampak cantik, dah jalan elok-elok. ok, dah boleh jual. sekarang tak. kena betul-betul. tak boleh ada binatang serangga yang tersembunyi pun. hihi..

tapikan, saya tak adalah selama-lamanya nak jadi programmer. lepas ni saya nak tukar profesion kot. insyaAllah lepas dah selesai master saya tukar profesion. yang lebih terjamin mungkin, dan lebih mendekatkan saya pada agama, dan keluarga tercinta. itu lah yang saya mahu. agak-agak masa tu saya akan bosan juga tak?? hope tidak lah, sebab saya suka kerja yang enjoy, seperti kerja yang sekarang kerana otak saya sentiasa berfungsi. kamu jangan salah faham ye, bukan enjoy boleh mengular main fb aja. itu langsung tak enjoy, malah mengundang rasa mengantuk super dahsyat. ok lah, saya nak bersiap nak pergi kerja. hope hari ni saya dapat jawab teka-teki yang sv bagi kat saya semalam. lagi pun, saya dah makan penuh malam tadi. jadi boleh lah perah otak.

note: semalam before balik kerja sv cakap "you balik makan penuh, then esok datang perah otak baik-baik ya"....(◕‿-)



Tuesday, September 21, 2010

Snippet Syawal 1431 #2

Jom kite sambung snippet syawal. syawal tahun ni nak kata biasa tak juga lah. sebab, biasanya syawal 1 wajib membuta dari lepas zuhur sampai nyaris terbabas asar. gara-gara bangun pukul 3 pagi tolong mak buat nasi dagang. tapi tahun ni lain sikit, tidur tu tidur la juga. tapi situasi dan lokasi yang sangat berbeza.


1 Syawal : pukul 3.50am dah bangun tolong mak mesin kelapa, susun-susun kuih, dan acara wajib mestilah arong nasi dagang. ayah dah bangun dah solat sunat dan lain-lain. dua adik comel terbongkang di ulit mimpi.
elok je nak azan subuh nasi dagang dah siap. dah siap makan 1 piring, minum teh. lepas tu mandi sunat syawal. breakfast dengan family, sambil gaduh-gaduh dengan adik bongsu (hobby tak kira di masa lapang atau pun tidak lapang (◕‿-)). 


lepas tu p hantar nasi dagang kat jiran sebelah iaitu umah abang ngah. sempat lagi lepak tolong-tolong kak ngah tumis bahan-bahan untuk masak kari. as usual, mak akan buat nasi dagang and kak ngah pula akan buat nasi minyak. sedap wooo.... lepas tu siapa-siapa yang nak ke surau untuk solat sunat raya sila bersiap sedia (surau depan rumah jeee). karang tak ada tempat. makin besar surau tu, makin ramai jemaah. bagus-bagus, teruskan dan amalkan selalu. lepas dah selesai solat sunat raya, seperti biasa acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama keluarga terchenta. acara kiss kiss hug hug pun ada gak lah.. ehehehe. 


lepas tu p hantar nasi dagang kat rumah jiran, memang acara menghantar laju-laju, hantar, salam, pastu blah. gara-gara segan dengan anak teruna jiran tersebut.. saya ni pemalu tauuu..(◕‿◕). balik rumah, buat air satu jug elok-elok je siap air, kak zah datang dengan family. gebang-gebang then dorang balik. lepas tu mamat macho yang cuba mengorat anak buah datang beraya, lepas gebang-pandang-jeling dia pun blah juga. 


kemudian baru lah dapat meneruskan hasrat asal iaitu p beraya kat marang dan bukit payong. dah agak lewat juga bertolak masa tu. tujuan nak beraya kat bukit payong ni, konon-konon jadi wakil mak ayah untuk tetapkan tarikh kenduri adik lelaki. tapi tak ada tetap pun, memandangkan sang kakak tidak berkeyakinan dan kurang kematangan dalam bab-bab menentukan tarikh perkahwinan. lagi pun, mulut asyik kunyah sate yang diidamkan sejak sekian lama. memang sedap lah sate hasil bakaran bakal adik ipar ku itew. lepas selesai melahap sate, kami pun bergerak ke marang p umah abang long. jalan-jalan umah abang long, dapat makan nasi lauk keropok. memang favourite dari kecil. budak bertiga tu makan lauk ayam, i sorang je buat pelik makan nasi, cili jeruk super pedas, keropok goreng. rasa dia memang umpphhh. sembang-sembang, solat. rehat sekejap, lepas tu nak blah dah. rugi juga tak bawa baju spare, sebab abang long ajak p raya umah makcik n pakcik keesokannya. tapi nak buat macam mana kan. tahun depan, ada umur kita p nah abang long.


 lepas tu, kami p pulak ke masjid kristal. tak pernah p lagi tau, walaupun dulu masa duk dalam pembinaan selalu gak tengok. sebab, kalau nak p umah arwah tok, memang akan lalu depan kawasan masjid kristal tu. hari ni syok lah dapat jugak tengok bagai mana rupa masjid kristal yang digembar-gemburkan tu dari dekat. seperti biasa, acara mengambil gambar serta berposing gedik menjadi acara wajib. tapi rugi juga, kawasan monumen ditutup sebab tukang jaga cuti raya daaaa. boleh tengok masjid kristal aja lah... 


ok, ni baru cerita syawal 1. syawal 2 & 3 kite cerita lain hari lak eh..jom layan gambau.


spongebob dah songsang

cuba teka, siapa paling tinggi??

kami 3 beradik


penat umi pegang camera supaya dapat snap gambar gedik-cunz macam ni




Monday, September 20, 2010

Chocolate Ball

hai sejak dah jadi tokey coklat ni, kerjanya nak buat masakan berasaskan  coklat aja... haa, janagn lah salah faham ye. entry kali ni lebih kurang nak sharing is caring dengan kamu semua. yelah, sekarangkan musim perayaan. mesti ada yang sampai dapat kek coklat berkotak-kotak kan. nak-nak kalau mak tu ada anak 13, setiap sorang balik kampung kasik kek kat mak. xkisah lah kek apa pun kan. jadi, kalau agak-agak dan nampak potensi pertumbuhan fungus atau kulat tu baik kita olah ke tu menjadi suatu makanan lain yang lazat dan menyelerakan. lebih-lebih lagi sang kanak-kanak.


nak dikisahkannya, hari tu saya buat muffin. jadi tu memang la jadi. tapi dengan bijak saya lupa letak gula. pahit le muffin tu. mak siap cakap, itulah duk kacau kek berangan ingat boyboy.. ehehehehe, malunya saya mak. jangan la cakap macam tu.. 


jadi, muffin tu dari terbiar dan terbuang, saya pun teringatlah pernah terlompat kat blog mana entah, orang tu ada buat chocolate ball. jadi saya pun godek lah resepi dalam pakcik google tu. akhirnya jumpa recipe yang mudah dan senang. anak-anak umur tadika pun bole buat (dengan bantuan orang dewasa lah kan). 


sumber gambar : foodnetwork.com


rupa chocolate ball tu seperti gambar di atas. tapi yang ni versi orang lain punya. versi saya tak lah se'cute' ini. sebab ada certain bahan tu saya tak ada stock. 


tak nak bebel panjang jom saya translate recipe tu untuk kamu. yelah, saya pun kalau nak masak tak berapa gemar dengan recipe berbahasa asing. tapi kadang-kadang terpaksa juga. resepi asal boleh klik di sini. di bawah ini resepi yang dah di alih bahasa serta diubah suai oleh saya.



*1/4 cawan (50g) kismis/kurma cincang
*1/4 cawan (50g) serbuk koko
*3/4 cawan (65g) kelapa kering
*2 cawan (lebih kurang 300g) kek coklat crumbs (yang telah dihancurkan dengan tangan)
*1/4 cawan (60ml) susu pekat manis
coklat yang dicairkan secukupnya untuk membalut bola-bola
coklat rice / badam hancur untuk hiasan


1. campurkan semua bahan yang bertanda (*) keadalam mangkuk dan gaulkan sehingga bergaul mesra
2. bentuk bulat-bulat dan susun di atas dulang
3. celupkan ke dalam coklat cair
4. golek-golek kan di atas coklat rice / badam hancur
5. masukkan ke dalam peti ais
6. agak-agak dah sejuk, dipersilakan makan..


ini lah hasil yang saya buat, agak comot sebab buat cepat-cepat sambil kejar waktu berbuka...




Note: yang dipotong tu saya tak letak sebab tak ada bahan. benda ni saya buat semalam iaitu hari ahad, lagi pun nak kasik kat adik bawa balik asrama. 



Sunday, September 19, 2010

Snippet Syawal 1431 #1

malas nak buat entry banyak-banyak pasal cerita raya tahun ni. so saya buat snippet ajelah ek.. boleh ek???


28 ramadhan: dah gerak balik kampung. sampai kat rumah mak around 2 pagi. walaupun trafict tak heavy, tapi saya kan pemandu berhemah. saya singgah kat perhentian temerloh untul rehatkan tulang belakang yang sakitnya Ya RAbbi aja yang tahu. nasib la saya tak buat sit up (salah satu teknik senaman regangan untuk tulang belakang) kat surau RnR temerloh tu.


29 ramadhan: tolong mak bungkus tapai. dah siap bungkus tapai (sambil-sambil tunggu adik manja bangkit tidoq). dah siap bungkus tapai p bandar cukai. bukan shoping raya eh. p bank simpan duit, haaa bukan keluar duit tau. ehehehe adik manja nak simpan duit untuk dia beli phone baru, yelah kami bukan orang senang nak dapat gadget pakai pling terus dapat... kena save dalam tabung tom n jerry then masuk bank cimb gitew. kelasss adik manjo ku.. ahaa saya lak p tabung haji simpan duit gak. kat tabung haji tu, pakcik teller kat kaunter tu tunjuk 1 kad kat saya. muka series macam saya dah buat salah, rupa-rupanya nak inform, sekarang dah bole simpan duit tabung haji di bank islam. sebab bank islam tu tabung haji punye. ini bukan saya cakap, manager pada pakcik teller tu yang cakap.
tabung tom n jerry


30 ramadhan: p bandar kuantan pulak, sebab nak teman adik jatey yang manja a.k.a bakal pengantin p beli barang hantaran kawen. pilih-pilih barang tu naik poning jugak nak pilih barang hantaran kawen ni ek. takpe-takpe. den kena belajar, nanti sampai maso den, sonang (mesti haru jugak nanti, kalau dah stock kalut a.k.a cemerkap). pastu melayan karenah adik manjo lagi sorang nak beli handbag tali panjang. aduihhh... poning-poning, sekali kau aku pun rembat satu... eheksss.(siap beli pakai kredit kad, jarang guna tau, untuk kecemasan seperti isi minyak dikala hujung bulan..ehehehe). tapi mata dah silau dek panahan handbag cantik dan menawan tu, ku hulur jugak kredit kad comel tu  ◠‿◠. malam pula mak buat ketupat, dapat la den tolong jahanamkan daun ketupat mak 2-3 helai. ehehe, memang selalu fail kalau nak bungkus ketupat (ketupat palas tau). 




Note: nak p jalan TAR sat, nanti den sambung eh. mak kirim kain cotton nak buat baju. lepas exam final nanti adik manja nak balik. boleh la kirim. minggu depan dah start kelas, xdo maso nak jalan-jalan dan. hari ahad tu kira hari public holiday, no jalan-jalan. tapi kalau daling ajak dating mau la... ececece...gatal you...❤‿❤



Nombor Pendaftaran Kereta Yang Pelik


kucing siam (sumber di sini)

Dulu saya pernah tanya pasal nombor plat kereta yang pelik, tapi tak terjawab pula. takpe-takpe. sekarang dah terjawab dengan sendiri. Nombor plat tu asal dari negeri jiran kita iaitu Thailand. nanti akan da tulisan thailand untuk nombor plat tu. untuk tatapan orang malaysia (termasuk geng-geng abang uniform kita), nombor plat tu ditulisa dalam huruf rumi. misteri terjawab wohh... dipagi  hari yang diarrhea aku merapu tak tentu hala...

Note: diarrhea gara-gara makan tomyam kat kedai orang siam semalam. abih usus kena cuci..good, i loiiiikee ∩_∩

Friday, September 17, 2010

Salam 1 Malaysia

selasa 15 september yang lalu, my colleague ada beri 1 box makanan. saya pun terkebil-kebil (seperti biasa memang blur, lampi pun ye ^_^). Kakak yang bagi box makanan tu cakap. don't worry, halal meh. i tempah special for muslim. then i said, ohh thanks. waktu tu saya puasa. tak jenguk lah apa benda yang terkandung dalam kotak tu.

Happy full moon

tiba-tiba kawan saya tanye, kak nisa ada dapat pulut kuning tak? saya pun, hoh??? pulut kuning? bukan kuih bulan ka? sebab pada kotak tu ada tulis happy full moon. time rehat baru saya tengok isi dalam kotak tu, betul lah pulut kuning. ada 2 bijik kuih, pulit kuning, kari ayam, telur rebus berkulit warna pink 2 biji, 1 kad terima kasih, dan jeruk halia. 

nampak tak telur pink, ingatkan telur pindang. bukan rupa-rupanya

kawan-kawan lain duk makan pulut kuning tu time rehat, bau kari mak aih semerbaknya. tergugat juga lah iman nih.. ehehe tapi masih meneruskan dengan gigih untuk berpuasa. syawal bukan lama. kalau boleh nak habiskan puasa 6, dan puasa ganti dalam bulan syawal ni juga. tak mau la hutang lama-lama. kalau hutang lama-lama dengan orang pun dah rasa segan, ini pula hutang puasa dengan MAHA ESA.

ok, balik pada box makanan full moon tadi tu, tujuan kakak tu bagi sebab dia baru sahaja melahirkan anak lelaki yang comel. Jadi, sebagai tanda kesyukuran dia nak jamu kawan-kawan office dengan makanan yang sedap. ini tradisi orang cina. tak percaya tanya kawan-kawan kamu yang berbangsa cina. saya tahu pun sebab encik supervisor saya yang beritahu.

apa-apahal pun, salam 1 malaysia (16 september) dari saya walaupun dah terlambat 1 hari nak wish. 

Note: Office tempat saya mencari rezeki terdiri dari kaum Cina, India, dan Melayu. 
1Malaysia!  ◠‿◠





salam syawal


salam syawal dari saya, pohon kemaafan andai ada tulisan saya yang telah mencuit hati kamu semua. blog dah bersawang, sekarang dah nak kena kemas-kemas lah sikit. kot-kot ada orang nak datang bertandang. bukan kena kemas rumah untuk openhouse je, eheheh.

last update belog ni last 4 september which is 25 ramadhan, sekarang dah 8 syawal baru ada kelapangan nak update. maklum lah, sebelum raya terlalu sibuk nak update. balik kampung, harus tak update langsung. sebab kat kampung memang tak ada internet connection. kalau boleh pun setakat dial up.

pulang dari kampung, saya pulak demam. nak teruskan MC rasa serba salah pula, sebab project dah hampir due. actually delay dah pun.. ehehehehe maknanya hari ni baru saya dapat update. sebenarnya banyak cerita nak beritahu, tapi kepala masih agak tingtong hasil demam yang tak berapa nak kebah. tapi dek kerana risau ada yang rindu nak baca coretan saya, saya gagah diri juga mengupdate belog (perasan-nya kau ◠‿◠). ok lah, sampai di sini sahaja. nanti saya update lagi. nak pergi kerja dah.. karang lewat pula saya sampai ke office. salam lebaran dari saya. pergi open house makan berpada-pada. karang tak pasal-pasal membesar bagai johan..daaa



Thursday, September 2, 2010

Allah selamatkan kamu yang ke-31

dua september


hari ni genap umur dia 31 tahun. kalau tahun-tahun yang sudah. belanja kek secret recipe aja. tak pun langsung tak celebrate dengan cake. sebab dia tak berapa gemar kek manis. tahun ni saya tanya, nak cake apa? nak buatkan (dah ada oven kan, tahun-tahun sudah tak ada oven lagi∩_∩). sebab sebelum ni saya pernah bagi dia kek moist-choc. hanya angah dia yang habiskan, sebab seperti yang saya cakap tadi. dia tak berapa gemar kek manis atau lebih tepat, kek coklat..(T__T, my fav lah choc cake, kenapa dia tak suka eh?) berbalik pada soalan saya tadi, dia jawab nak kek pandan. reaksi saya, hoh??? jarang orang request kek pandan. apa lagi, menggoogle lah saya cari recipe. nanti saya share dengan korang recipenya. sebab sangat mudah dan senang. (◕‿-)


malam tadi pukul 12.01 minit saya call wish selamat ulang tahun. dia cuma tergelak berbasa-basi (cover-cover gitu, sambil berbisik: bos ada lah, tak boleh sembang lama). saya faham aja, memang dia kerja malam. lepas dia balik kerja baru dia call. baru lah kami sembang lama-lama. sembang apa tak boleh lah beritahu. biarlah rahsia..huhe. kembar dia pun belum wish katanya. sahur tadi baru wish. biasanya kembar dia antara yang terawal akan wish selamat ulang tahun kat dia. biasa lah, orang dah ada isteri. mestilah celebrate dengan isteri dan anak dulu kot. (✿◠‿◠) now jom kita tengok gambar kek pandan yang saya buat (tak pandan sepenuhnya pun, saya buat marble pandan)


buat dengan penuh kasih sayang you. sepanjang nak buat kek ni, saya senyum je supaya waktu dia makan kek ni, dia pun tersenyum comel... hehehe


ni versi yang dah potong, yang ni saya buat bentuk petak je untuk saya makan. cuma nak tunjuk macam mana rupa marble pandan ni


ni versi tulis-tulis, memang fail bab decoration. dia pun cakap, kenapa buruk sangat tulisan (tahulah tulisan dia lawa kalau compare dengan tulisan saya (¬_¬)). untuk tulisan ni dengan bijak saya pakai chocolate filling perisa mint (◕‿-)


ni sewaktu delivery, cantik dan senonoh kan bekas dia.. haha 


si dia dan marble pandan cake ◕‿◕


waktu saya hantar tu tarikhnya 31 Ogos, sebab kalau nak hantar hari ni memang tak sempat. memandangkan hari ni saya kerja dan dia pun kerja malam. jadilah birthday cake in advance sebenarnya. lepas dah sampai rumah dia call saya, "kenapa cake ni rasa macam ubat gigi?? tapi sedap lah..." ((_) tulisan tu berperisa mint lah.. ada ke ubat gigi..) dan dia request lain kali nak cake tu lagi dan jangan lupa tulisan berperisa ubat gigi tu..Alhamdulillah, memang dia tersenyum sewaktu makan kek tu sampai angah dia cakap. dekat kek tu tak ada muka dia lah... ❤‿❤ 


Note: untuk recipe, saya buat dalam entry lain ya (◕‿-)



 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger