Tuesday, November 30, 2010

Orang yang Ke-60 ialah...

Cik Jue pemilik blog BLOG KU DIARY KU


Cik Jue sila email alamat rumah yang lengkap pada saya ye. dah PM kat awak tadi minta alamat. heheh, ada hadiah misteri akan dihantar oleh encik abang posmen ke rumah anda. insyaAllah. Mesti ada yang tanya, kenapa ke-60? hemmm, jawapan dia sebab saya suka nombor 608 kot.. dalam nombor 608 kan ada nombor 60.. heheh (suka-suka hati mak ayam je ko eh.. )


Nuffnangers who recently read your blog

sejak akhir-akhir ni suka buat entry gedik bangga.. ehehehe... hari ni saje nak show off, lihat lah siapa datang melawat blog i. (hek elleh, orang lain lagi canggih & fofular pelawat dia. xshow off pun. ngada lah kau ni)



MAHA 2010 #3

Entry ni kita layan edible garden , pavilion negeri sembilan, rumah negeri perlis, pavilion negeri melaka.


macam tugu pun ada.. yang kelabu tu kotak letrik sebenarnya

tak tahu kenapa pokok ni dah mati, daun dia dah rangup dah..

cantik! kobis hijau dan kobis ungu..terus berangan nak ada kebun macam ni

rumah ni cantik...I like rumah kayu more than rumah batu

suka tengok kehijaun pokok pegaga..rasa nak petik je buat ulam.cicah budu pun sodap

Pavilion Negeri Sembilan



Main gamelan

saya suka main gendang yang adik belakang tu main..dum dam dum dam...

tak penat ke dorang ni demo main congkak dari pagi sampai petang??

Main entrance ke rumah negeri perlis

Anggur perlis: Black Queen

Pavilion Melaka

Note: Next entry kita tengok penyu ok!



Monday, November 29, 2010

MAHA 2010 #2

Jom layan gambar @ MAHA International 2010 lagi dan lagi...

nangka ni sangat luar biasa besar, tapi aku tak reti tangkap gambar. so nangka ni kelihatan normal

Betik Hong Kong yang berasal dari Perak... (-'_'-)


Mesin buang kulit dan empulur nenas. Cuba tengok macam mana kedudukan nenas.. 

Nah, kulit dah tanggal empulur pun dah terasing.. syok tengok sampai tak sedar member dah tinggal...(-'_'-)


Pomelo atau Limau Bali.. betul ke? Come from Sabah ok! Sedap, isi dia manis, juicy dan bewarna pink (◕‿-)

Maskot produk juice yang kata nya hanya faham bahasa Jepun.. 

dah lupa bangunan apa, tapi kagum tengok ada ikan besar-besar kat situ. macam rumah atas air.. kalau nak rumah camni agak-agak berapa ongkosnya??


pokok beras atau dikenali pokok padi... heheh. yang ni tanam dalam pasu je, untuk sementara sahaja. kalau boleh tanam dalam pasu pasti dah ramai tanam kan.. hihih

pokok rock melon, edible je ni sebab daun pun layu. letak khas untuk pameran

Note: Next entry I tunjuk gambar rumah-rumah pulak ye.. heheh

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010 #1

Jom ramai-ramai sesakkan MAHA International 2010. The event from 26th Nov - 5th Dec (10 am - 10 pm).  Parking hanya RM3 per entry. Details of venue boleh klik kat sini.

Nota Pesanan Untuk Ke MAHA

Kalau nak pergi:
1. Sediakan payung sebelum panas. Serius panas, memang bermandi peluh. Sebab aku tak guna sangat perkhidmatan tram. Berebut-rebut sampai kena gesel-gesel ur ass with others asses , tak mahu lah aku weh. I rela berjalan kaki (exercise & bakar lemak sambil bersiar-siar di MAHA, bak kata pepatah: kill 2 with one shot). Payung juga berguna sewaktu hujan, sekarang ni musim hujan petang.
2. Tak perlu lah nak bercantik-cantik make up (simple make-up tak apa. jangan sampai bila mandi hujan mascara dah cair, kamu dah jadi serupa momok. mak takut nyah..awww~~~)
3. Aku prefer kasut yang tidak menyeksakan kaki. Aku pakai sport shoe. Serius senang aku nak langkah becak, longkang luas, berjalan pantas seperti kilat..huheh. Nak berjalan laju-laju menuju tandas kerana isi perut nyaris terburai pun mudah. If pakai heels tak kan lah nak jalan laju-laju kot. buatnya terpelecok sakit nyah.. bukannya nak jalan atas runaway, cuma jalan atas tar / rumput berbecak je weh. Patah kot heels tu nanti kalau kamu jalan laju-laju. huheh
4. Seksa aku tengok kakak-kakak yang berkebaya nyonya ke tempat super panas & basah ketiak macam tuh.
5. Ni penting, kaum perempuan yang boleh solat sila bawa telekung. Susah nak dapat telekung kat situ. Orang ramai macam ulat. Aku kesal sebab tak bawa telekung, menagih simpati bertanya setiap orang sebab nak tahu tu telekung surau atau dia punya. huhuh.. syukur dapat jugak aku solat. Alhamdulillah..
6. Pergi awal kalau tak nak sesak, aku yang gerak pukul 8 lebih pun still bersesak sejauh beberapa KM. letih tau, cik kebal i bukan auto. huhuk..

FYI, ada dua pintu tau nak masuk ke MAHA ni, Pintu 1 & Pintu 2. Aku masuk from pintu 1. Tahap kesesakan sama je. OK, ini je kot pesanan penaja dari aku.

Jom kita layan gambar, tak larat nak bercerita. From 9.45 am - 5.30 pm aku berkeliaran kat sana. ∩_∩


Nak naik tram from parking lot to 1st site (FAMA: Gerai Buah & Pasar Tani)


Sila beratur ye, hang potong Q i ketuk dengan payung sakti i nih..

bila mau sampai turn nih..

sampah sarap!! rakyat Malaysia memang baik hati. Suka susah kan makcik-pakcik tukang sapu p kutip sampah sarap yang mereka sepah kan. Come on lah, tong sampah ada. if tak ada, apa salah kalau pegang sekejap, letak dalam plastik bag / apa-apa bag yang kamu pegang..nanti dah jumpa tong sampah kamu buang lah. 

Ini lah dia rupa Tram-Traktor tu. Syok naik, macam nak pergi kerja ladang...huheh


berhati-hati naik tangga tram, kalau gelojoh boleh jatuh. Muatan 14 berdiri 26 duduk. tapi lebih sebenarnya ∩_∩ 

mereka yang berjaya dapat seat

nak amik gambar kepala traktor, tapi abang baju putih lindung pulak..

mereka yang gojes serta berdiri.. ahaks (✿◠‿◠)

kagum tengok lori KFC & PIZZA.. hehehe

 continue gambar-gambar lain esok lak ye. Letih dah menaip.. heheh



Thursday, November 25, 2010

Secure account update notice

Perhatian: Sila klik di atas gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas. Saja nak share dengan kamu-kamu yang sudi singgah atau tersinggah kat blog ni.

Merujuk gambar di atas, ini sebenarnya adalah email berkategori spam dan memang dah masuk dalam spam folder pun. Tapi atas rasa bertanggungjawab, saya nak sebarkan info ni atas dasar sharing is caring. For those people yang tak tahu ini adalah spam (FYI: certain email yang bukan spam, kadang-kadang akan tercampak ke folder spam juga), mereka mungkin dengan membuta tuli terus ke web tersebut untuk update the secrecy data. Saya tak reka atau pun kata, perkara ni memang pernah terjadi. Hatta orang yang mahir pun kadang-kadang boleh tertipu. Cuba refer gambar di atas, tempat yang saya dah circle (rectangle lah) warna merah tu, tang ayat "Secu red account update". Dia akan link kan kamu ke url seperti dalam next red box yang saya dah buat tu (http://bakorwilbojonegoro dot jatimprov dot go dot id/templates/beez/M2uaccess dot do=/Account dot htm). Url address tadi akan terus memaparkan web seperti dibawah. Memang saya terkejut kerana serius hampir sejibik dia tiru login page maybank2u yang sebenar (refer gambar paling last).

Ini adalah palsu

Tempat yang saya bulat (petak) merah tu, akan link kan kamu ke page maybank2u. Mungkin itu hanya trick semata-mata konon nak menunjukkan web mereka adalah web yang sebenar.


Ini web sebenar

FYI lagi, bagi web-web bersecurity tinggi, pada url mereka haruslah https bukan http semata-mata. Hoh? apa beza http & https? Sat nak google (kalau pakai ayat saya sendiri, kot korang tak faham ◠‿◠). Jadi ada baiknya saya google.

Sebenarnya banyak beza antara http & https. Mari saya huraikan untuk kamu-kamu yang mungkin belum tahu. Kepada yang sudah tahu duduk diam-diam ok ◠‿◠. The different between http & https as below:

1. http menggunakan port 80 manakala https menggunakan port 443
2. Https works by transmitting normal http interactions through an encrypted system, so that in theory, the information cannot be accessed by any party other than the client and end server . Meaning, segala data rahsia yang kita masukkan akan di encrypt menjadi code-code yang tidak difahami manusia, tetapi akan difahami oleh our machine (komputer). Sebagai contoh, password kamu adalah abc123, encrypting system akan menjadikan character abc123 tadi menjadi 1 kod baru samada 32bit, 64bit, 128bit dan seterusnya lah. Contohnya macam ni : ahjHmkHi789+7hb*#nB9GF66yuhTh=f.

ada banyak lagi, tapi saya bagi yang basic saja. want to know more, apakata kamu pula pergi google. hehehe, dah tentu prof google sangat pandai mencari  dan memberi maklumat ◠‿◠.

Ok, kembali pada spam email maybank2u ni, haruslah kamu-kamu berhati-hati. Sebelum buat apa-apa, sila rajinkan diri bertanya pada customer service mereka dari kena tipu sampai habis licin akaun simpanan kat bank.

Fuhhh, panjang lebar gak menaip entry kali ni. Hope entry kali ni dapat membantu kamu-kamu dan saya juga supaya tak tertipu kelak, insyaAllah.

P/S: if ada info yang salah sila betulkan ye. heheheh.

Note: sekarang saya sedang buat research pasal spamdexing. banyak lagi info yang saya perlu tahu untuk kesuksesan thesis saya. doakan saya berjaya ye. InsyaAllah ^_^


Wednesday, November 24, 2010

Stop Child Abuse

Siapa suka didera sila angkat tangan? Mesti tak ada yang suka didera. Sedangkan jika majikan beri tugasan melampau-lampau pun kita sudah rasa terdera, ini pula dengan rela hati mahu didera. Adakah kamu hilang akal mahu didera? Tak kisah lah dari segi mental ataupun fizikal, semua manusia normal tak mahu dan akan say no kepada perbuatan dera atau dalam bahasa orang putih, abuse! Jangan ingat iklan rokok aja yang ada perkataan say no ok!


unicef


Begitu juga dengan penderaan kanak-kanak. Perkara ini adalah salah di sisi undang, tak kisah lah di benua mana mahupun negara mana, penderaan atau abusing adalah satu perkara keji dan harus dipandang hina. Pelaku penderaan harus lagi wajib diberi hukuman setimpal. Kalau boleh, sila dera si pendera tu kembali sepertimana dia mendera mangsanya!


kanak-kanak secomel ini, sanggupkah kamu menderanya?

Dulu sewaktu kecil, di telivisyen selalu ada memaparkan klip-klip mengenai penderaan. Saya pada ketika itu adalah seorang kanak-kanak akan terus secara automatik menangis kesedihan melihat kanak-kanak dalam klip tersebut didera dengan ganas dan dasyat (saya seorang yang mudah tersentuh jika melihat kanak-kanak atau bayi didera). Saya terbayang, bagaimana agaknya jika saya didera. Saya siap tulis dan simpan talian Teledera (1-800-88-3040) dalam buku nota kecil, andaikata tiba-tiba saya didera (dasyatnya imaginasi saya, sampai termimpi-mimpi didera). Syukurlah saya mempunyai ibu bapa yang baik dan penyayang (◠‿◠).


Kalau di nilai dari sudut psikologi, tahap perkembangan mental kanak-kanak yang didera akan dipengaruhi kesan trauma yang dasyat. Kanak-kanak ini berkemungkinan kemudian akan menjadi pendera apabila mempunyai anak dewasa kelak. Kanak-kanak bekas mangsa dera juga akan mengalami kesan trauma jangka panjang, dan paling teruk mungkin akan terus mengalami masalah tekanan jiwa dek terlalu kerap didera dan di belengu rasa takut terhadap pendera.



Klik jika mahu lihat video lain (UNICEF: STOP CHILD ABUSE NOW)


Penderaan dikalangan kanak-kanak tidak terhad dengan memukul kanak-kanak tersebut hingga cedera sahaja, malah juga boleh berlaku penderaan seksual dan juga penderaan emosi.  Malah, kalau kanak-kanak tu dibiarkan terabai tanpa sebarang penjagaan juga akan diklasifikasi sebagai kes dera. Ha, jangan kamu ingat penderaan hanya pukul-pukul dan sepak terajang tu aje ye. Kalau ada yang tak berapa jelas, mari saya jelaskan.


1. Penderaan fizikal : Yang ini siapa-siapa pun tahu, kalau ada ternampak kanak-kanak yang dipukul sampai lebam-lebam atau luka berdarah, sila segera buat laporan polis.
2. Penderaan seksual: Kanak-kanak tersebut dicabul, liwat, rogol dan lain-lain untuk kepuasan nafsu serakah si binatang pelaku dewasa (yang remaja pun boleh terlibat, jika dia melakukannya terhadap kanak-kanak atau bayi)
3. Penderaan emosi: Kanak-kanak tersebut didera secara emosi dengan melakukan brain torture dan desakan emosi. Sebagai contoh, kanak-kanak tersebut sentiasa diugut, jika tidak dibuat sesuatu akan dipukul. Ataupun, melakukan penghinaan sehingga kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang tersangat tidak yakin diri (low self esteem), penakut dan seangkatan.
4. Pengabaian: Berlaku jika sang dewasa gagal menyediakan keperluan asas si kanak-kanak seperti pendidikan, perubatan, keperluasan asas diri (makanan, kebersihan, pakaian).


OK, kamu boleh ke laman web UNICEF Anti-Child Abuse untuk mendaftar sebagai tanda kamu menyokong kempen ini. Jom ramai-ramai daftar.  Laman web tersebut, selain mendaftar kamu juga boleh design tangan untuk say no to child abuse. Kat bawah ni tangan yang saya dah design. 


Ada juga knowledge test untuk menguji tahap pengetahuan mengenai penderaan kanak-kanak.


Fuhh, panjang lebar saya cerita pasal penderaan kanak-kanak ni. Hope kamu semua dah nampak dengan jelas apa itu penderaan kanak-kanak. Kepada si pendera, ingat senang ke nak buat anak. Ada orang bertahun-tahun kahwin tak dapat anak, kamu suka-suka aja nak dera.  Hentikan penderaan kanak-kanak kerana kanak-kanak inilah pendongak masa depan negara kita kelak. 


Note: Teledera telah diganti dengan Talian Nur 15999. Ingat! 5 minit anda akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Bertindak segera! (Fuhh, macam iklan TV pula ∩_∩

Tuesday, November 23, 2010

menuju puncak kejayaan

banyak-banyak tempat yang pernah aku pergi, serius kat aku rindu dan super teringin nak ke tempat dalam gambar kat bawah:


cuba korang cari mana aku?


view kat situ cantik, tapi aku gayat nak pergi.



tak lama lagi, tempat aku cari rezeki arrange nak pergi ke sini. dan paling tak best, aku ada kelas on that day... huwarghhh... serius aku stress... huhuh. tapi tak apa, aku sanggup tak pergi demi menuju puncak kejayaan dalam pelajaran aku. InsyaAllah. ada umur panjang, aku ajak encik suami masa depan pergi sini. kot lah leh wat pre-wed photoshoot ke.. ehehe

Monday, November 22, 2010

Kota Bharu

tadi aku terview life trafic feed. tiba-tiba mata aku tertancap kat satu row tuh, dia show macam ni:


the question is, kat perak ada tempat bernama Kota Bharu ke?


Mari bercanda di KLCC

mana-mana belog aku lawat, misti ada cerita @ selit-selit kisah budak hingusan tium-tium depan KLCC / di sebelah sopping complex terkemuka di ibu kota / etc etc..
huh, ketinggalan aku tiba-tiba... kesian pulak budak hingusan tersebut. mintak jauh la kaum keturunan DNA aku terjebak dengan anasir-anasir sedemikian rupa.
 
Note: dah setahun lebih aku tak buat lawatan mengejut kat KLCC. syok gak kot-kot time aku melawat dapat tengok aksi-aksi tium-tium secara life...huhehhuheh.. tercemar otak sekijap


Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Salam adil adha dari saya. kepada yang pulang ke kampung, hati-hati memandu. makan daging berpada-pada, kot lepas raya dapat penyakit. heheh

Jom p solat sunat raya... ^_^

Monday, November 15, 2010

Aku Yang Matured




Korang tahu ape aku baca kat perkataan yang dibulatkan tu? 1st glance aku baca Aku Yang Murtad... nauzubillah. makin kronik dah kebolehan aku membaca. seriously kalau aku kena buat presentation, aku akan tergagap-gagap nak membaca. hope masa nak viva master nanti aku tak la tergagap.

Jangan Menghina

Serious bila aku baca hadis ni hati aku tersentap. Aku pernah dihina dan menghina (zaman aku jahil). Nauzubillah. Elakkan aku dari terjebak ke kancah hina Ya Allah.

Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."

(HR. Tirmizi)


Sunday, November 14, 2010

Pantun Aurat Wanita

Pantun ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang sahabat. tak tahu lah pantun ni dia reka sendiri atau copy dari mana-mana tempat. saya cuma nak kongsi the contents of pantun. jom kita sama-sama renung2kan dan selamat beramal. InsyaAllah (◕‿-)


sumber gambar: iluvislam.com


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat



Friday, November 12, 2010

Alam Fana Cinta Mu

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah


Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia


Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta


Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga
 
 
Note: Lagu ni saya selalu nyanyi sewaktu masih kanak-kanak hingusan. Paksa abang chik pasang lagu ni. lepas tu saya akan berdiri atas kerusi (konon pentas lah) dan menyanyi dengan penuh perasaan. hehehe . Agak-agak, lagu ni boleh jadi theme song untuk blog Alam & Maya, Fantasi & Reality x?


Wednesday, November 10, 2010

Miserable

(Source: Google)

hidup terumbang ambing
fikiran bercelaru
bahagia bercampur merana
mana satu sebenarnya?
gerak hati
ya...ikut gerak hati..
tapi, kalau ikut hati mati
arghhh.... mengadu pada sang Kekasih
InsyaAllah Dia akan tolong


Friday, November 5, 2010

marah

angry by ~TiaraMia




aku marah
bila aku sudah berusaha menjadi yang terbaik
tetapi sesuatu yang aku inginkan masih tidak tercapai
makin marah dan sedih
jika melihat orang yang tidak berusaha 
dengan mudah memporoleh apa yang dihajati
kenapa?
aku fikir, kualiti usaha aku kurang
ya, aku perlu tingkatkan kualiti
tolong hamba-Mu Ya Rabbi

Tuesday, November 2, 2010

sakit

aku letih
aku sakit
penat memendam rasa
banyak benar dosa aku pada Mu wahai Pencipta yang Maha Agung
aku buat dosa
bayaran cash aku terima
terima kasih
aku benar-benar bersyukur
Ya Pencipta
aku penat dengan dugaan
aku mohon diberi kekuatan
agar aku mampu tersenyum indah di Firdausi
ameeen

02112010:1116AM

Monday, November 1, 2010

Jom Kira Guli

sila klik untuk tumbesaran (jika berminat untuk berbuat demikian ◠‿◠)

dah baru je 3000 hits kat blog Alam & Maya, Fantasi & Reality nih. Since pengaktifan semula awal 2010 ni. Hemm, masuk hits ke  5000, i nak kasik hadiah lah kat siapa-siapa yang terkena. Hadiahnya coklat homemade dari NisaShoppe. Ada ke siapa-siapa yang nak masuk contest ni? Contestnya, Peraduan Jom Kira Guli Ke-5000. Syaratnya anda mestilah print screen seperti yang saya buat di atas. Bulatkan nombor pada Widget Jom Kira Guli beserta tarikhnya. Lihat gambar, ada 2 bulatan dimana, 1 untuk jumlah kiraan guli. Lagi 1 untuk tarikh dan masa. 

Kemudian email kan:
1. bahan bukti iaitu print screen gambar blog Alam & Maya, Fantasi & Reality yang menunjukkan hits ke-5000 (saya beri kelonggaran, JIKA tiada orang yang dapat hit ke-5000, tetapi dapat hit yang menghampiri 5000 saya akan beri hadiah juga. saya akan ambil nombor yang paling hampir. contohnya 4999 atau 5001. nombor yang terhampir ya. tetapi kalau ada yang dapat hit ke-5000, nombor2 lain tak dapat lah ye, hadiah nya uno (1) sahaja ◠‿◠)
2. alamat surat menyurat supaya saya boleh pos kan coklat homemade yang super sedap buatan NisaShoppe (pastikan alamat benar ye, nanti abang posmen makan coklat tersebut)
3. contest ni untuk orang dalam negara Malaysia je. kalau alamat yang diterima beralamat Rusia minta maaf lah, den tak dapek nak nolong eh. hehehe.

sila emailkan bahan bukti ke nisadalim@gmail.com. Kalau saya tak alert sila remind saya. kot lah saya terlupa. hehehe. Saya akan letak entry ni paling atas. =) Entry ditaip pada 1 Nov 2010. 

Note: berdebar lah pulak selepas mebuat contest ni. kot lah tak de yang sudi... huhu



 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger