Monday, January 24, 2011

Teater Muzikal Tun Dr Mahathir 2



malam tadi saya dibelanja oleh mak kawan saya tengok teater muzikal Tun Dr M... thanks makcik... ∩_∩

komen saya:

1. makan lah sardine cap king cup mana tahu kot-kot nanti boleh jadi perdana menteri...◠‿◠
2. cerita terlalu meleret sehingga saya kebosanan.. bukan saya je, kawan saya, adik kawan saya, dan mak kawan saya juga cakap macam tu. hampir 3 jam.. 8.30 - 11.30, rehat 15 minit
3. plot cerita tidak kemas, saya lebih suka persembahan natrah
4. saya suka seluar batik yang dipakai para penari..
5. kak mah (sarimah ibrahim) membuatkan persembahan menjadi agak terhibur
6. babak Tun Dr M meletakkan jawatan buat saya bergenang air mata, serta merta saya terimbau kenangan pada tahun 2002. saya di matrikulasi waktu itu, rata-rata kawan-kawan saya dari kalangan parti PAS turut bersedih (walaupun masih muda remaja, kami sudah minat dengan dunia politik. cuba lihat Tun, dia sendiri pada zaman remaja sudah menjebak diri diarena politik). Tun Dr M sangat hebat di mata kami anak-anak remaja yang menuju ke alam dewasa kala itu.
7. kanak-kanak yang berlakon jadi kawan Che Det sewaktu kecil sangat comel.. serius!
8. saya teringin nak tengok erra fazira secara nyata..untuk versi kedua watak Tun Dr Siti Hasmah dilakonkan oleh elly mazlein

ini sahaja kot komen saya..

2 comments:

Shafa said...

minat teater yer... fa tak pernah pergi tgk teater.

KayNisa said...

fa: minat gak la, tp kadang2 je.. xmampu nak pergi selalu. tiketnye mahal, tapi kepuasan dia melebihi menonton wayang

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger