Wednesday, February 9, 2011

Menu untuk yang berdiet: Dong Fun Mee & Kari Sayur ala Thai

dah lama tak post entry resepi. hmmmmm, 2-3 hari ni asyik terbayang-bayang kari sayur yang saya makan masa majlis sambutan xmas kat office last year. sedap sangat. 

saya pun segera lah google the recipe kan. maklumlah, walaupun dah gatal benor nak kahwen.. tapi masak nye idak nak lulus lagi pung. hehehe resepi yang saya dapat ni dari laman web orang puteh. tapi saya tolong translate kan untuk korang ye. lagi satu saya dah modified (as usual) resepi ni ikut kesesuaian bahan yang ada & selera tekak saya yang tak tahan pedas ni. hehehe

saya cakap menu ni sesuai untuk yang berdiet sebab saya guna santan cair, tauhu kering, sayur-sayur. makan pula dengan dong fun atau pun mi sua. menu ni buat kita rasa cepat kenyang kerana kandungan kuah yang banyak. tapi ingat, makan semangkuk bersaiz sederhana sahaja. jangan bermangkuk-mangkuk. tak ada guna nya nak berdiet kalau dah makan rupa itu. ◠‿◠


jom kita tengok resepi kari sayur:

1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
1 batang serai *


kisar bahan-bahan bertanda *


3 biji cili padi di hiris
1 sudu besar serbuk kari daging + 1 sudu kecil serbuk kari ikan
1 paket santan segera + 500ml air
sedikit air asam jawa
garam
1 sudu kicap
2 sudu minyak untuk menumis
1 mangkuk terung yang dipotong
1/2 mangkuk carot yang di potong
1 mangkuk tauhu kering / tauhu goreng
daun kari
daun limau purut

cara-cara:

1. panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. tumis hingga naik bau. kemudian masukkan serbuk kari, cili yang telah dihiris, daun kari & daun limau purut. tumis hingga naik bau dan rempah pecah minyak
2. masukkan air asam jawa. biarkan seketika, kemudian masukkan carrot. gaul rata dan biarkan sebentar.
3. masukkan santan dan terung. kacau sentiasa agar santan tidak berketul. bila dah mendidih boleh lah dimasukkan tauhu kering / tauhu goreng.
4. masukkan garam dan kicap serta bahan perasa yang anda suka. gaul rata... setelah sayur sudah masak boleh lah dihidangkan bersama mee kuning , bihun, mee dong foon.



0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger