Friday, February 18, 2011

saya seorang guru

amboi tajuk, macam tajuk karangan sekolah rendah. ∩_∩
ni nak cerita pasal saya jadi guru walaupun saya tak pernah masuk maktab atau amik diploma guru or master in education..haaa, misti kamu hairan.. macam mana saya buleh jadi guru kan? kan? kan? 


selain dari menjadi seorang cikgu coklat buatan rumah (homemade) profesional part-time saya juga menjadi cikgu memandu tak bertauliah. dah 4 orang anak murid saya... haaa, jangan main-main eh.. (hek ellehhhh, 4 orang je pun.. itu pun mau sembang)






antara yang pernah jadi murid memandu saya (saya tak guna nama sebenar):


1. biskut lemau - waktu dia masih belajar memandu dan belum ada kereta, kadang-kadang saya ajar dia slow-slow bawa kereta. nak bagi mahir. kereta baru dia, saya yang rasmi.. heh, sebab dia belum berani nak bawa masa tu. so saya ajar lah dia macam mana nak bawa kereta dia. kawan saya ni agak ganas bawa kereta, tapi saya truth pada dia akan keselamatan nyawa saya. sebab, bagi saya tidak terlalu membahayakan. sekarang dia dah jadi kaki rempit. jangan marah beb ∩_∩.


2. kakak ipar - ni ajar kadang-kadang je, if saya balik kampung. masa tu dia ada lesen tapi belum beli kereta. akak ipar saya ni agak lucu ganas, entah macam mana dia press minyak sampai termasuk kawasan melebihi benteng parking.. ranap no plat kete saya.


3. manja gedik - baru dapat lesen, terus beli kereta. pakwe dia pesan kat saya, dia masih belum layak untuk bawa kereta sendiri. 2 minggu juga saya bawakan kereta dia. lepas dia dah agak yakin, slowly saya ajar dia. 1st time bawak, sampai nyaris masuk selekoh lane bertentangan... puhhh, kami gelak berdekah-dekah sebab lawak & tak ada orang dari arah bertentangan. hmmm, nak kata bahaya tak sangat.. sebab dia cermat juga lah, maybe sebab dah asyik kena marah dengan cikgu memandu dia yang lagi sorang (bf beliau). sekarang dah ok dah, dah berani bawa laju-laju melebihi had tapi selamat. insyaAllah.


4. tegas tapi takut drive - dah lama dapat lesen, since after spm. maybe umur 17 tahun kot. simpan buat pekasam. tahun lepas, dia buat azam tahun baru iaitu nak memandu pada 1 jan 2010. dan memang ye, hanya pada tarikh tu sahaja dia memandu. tahun ni saya desak juga dia memandu, sebab saya agak penat selalu drive sorang-sorang. lagi pun kesihatan saya benar-benar tak mengizinkan, hanya yang mengalami je faham betapa sakit dan lenguh nya tulang lumbar saya setiap kali pulang dari kelas. kawan yang ni paling merbahaya! series, tiap kali dia drive kalau aku tak menjerit memang tak sah. sila berhati-hati ye. mak awak pun pesan suh saya berhati-hati. lagi satu, kuatkan semangat untuk memandu. kalau selalu drive, lama-lama pandai lah. buat-buat pergi isi minyak ke, pergi ambil adik awak ke. benda-benda teknikal memang selalu kena praktis. kereta pun auto. bukan manual. selamat maju jaya ya. saya pun kena dengar nasihat dan larangan encik bakal suami masa depan. hehehe


nota kaki: opsss, ada yang terasa tak? ini cerita jujur saya. sebab apa yang saya cerita ni benar-benar tentang diri kamu. saya tak letak nama sebenar pun. jadikan ini sebagai cabaran untuk terus pandai memandu. saya dulu lagi pahit orang cakap kat saya, akan ingat sampai bila-bila kecuali dengan kuasa Allah.... "ni kancil je, tak ada air bag. buka merz ada airbag kiri kanan"


2 comments:

Eda said...

lepas ni boleh bukak skolah memandu pulak yea..=)

KayNisa said...

boleh lah kot. haha

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger