Monday, April 18, 2011

...drop

kadang-kadang
apa yang ada dalam hati
tak perlu diluah semua
sebab
tu rahsia
yang tak dapat dikongsi
dengan sesiapa jua

tapi
kadang-kadang
terpaksa juga
buka sedikit rahsia tu
agar orang memahami
letak duduk diri ini

susah
nak cari orang yang fahami diri kita

kita sendiri pun
susah juga nak fahami diri orang

malu
air muka
hendak dijaga
tapi
kadang-kadang
habis pekung terbuka
walau pun kemas dijahit
disembunyi

dunia
kadang-kadang
pemberi dna pun benci pada offspring
dunia memang pelik

depan-depan
manis bak madu tualang
belakang-belakang
pahit bak batang wali

lihat pada bicara
nampak gembira
tapi dalam hati
menangis mendayu-dayu

kawan tawa
ramai
teman air mata??
bertempiaran lari..

dunia

akhirat yang ku cari
bantu hamba MU
mencari redha MU
walau jalan nya bengkang bengkok
banyak persimpangan
ranjau nan berduri
moga aku sampai
ke destinasi yang
abadi

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger