Thursday, April 7, 2011

gua dan mamat iraq

amaran keras: entry ini sangat emo.

ok, ni gua nak citer sama lu orang
gua ada panas ati dengan satu mamat iraq ni
kami sama-sama satu tempat pencarian rejeki
tapi yang hampehnya
beliau tak boleh terima kenyataan bahawa gua kena bagi beberapa arahan pada beliau
resmi orang arab
mereka mana suka kena bagi-bagi arahan dari kaum wanita
lagi satu
mereka suka berkasar
walaupun orang yang dikasari itu adalah kaum wanita yang lemah serta berbudi bahasa seperti gua
gua nyaris nangis disebabkan mamat iraq ni (tak rawk tauu)

tugas gua kat opis buat pengaturcaraan
tugas mamat iraq mentranslate segala mak nenek content dalam bahasa orang puteh ke bahasa orang arab
selepas siap translate, setiap content tu kena pass kat gua untuk gua masuk kan dalam code

mengikut hasil didikan supervisor gua dan ketua-ketua jabatan lain di tempat mencari rejeki ni
sebelum proceed apa-apa task baru
sila bertanya dahulu walaupun dah di brief serba ringkas oleh pengarah projek

tapi si mamat iraq ni dengan selamba ya ya p buat terus translation
gua panas ati lah
padahal depan2 dia masa briefing, pengarah projek cakap once complete in bahasa orang puteh
baru boleh proceed dengan sesi penterjemaah ke bahasa arab

gua cakap baik-baik seperti dialog kat bawah

  • gua: apasal lu tak tanya gua before translate? kan dah salah (dengan nada suara yang lemak merdu)
  • mamat iraq: mana gua tahu lu nak macam mana. bukan gua tahu apa lu fikir (suara bagai halilintar memecah bumi)
  • gua: dah tak tahu apa gua fikir, lu tanya lah. susah ka mau tanya? (tune agak naik sedikit..)
  • mamat iraq: sambil tunjuk-tunjuk jari kat muka gua yang sedikit jelita nih, apasal lu marah-marah ah? gua mana tahu lu fikir apa.(dah rupa bunyi bedil m16)
  • gua: ok2, lu buat lah apa lu suka. gua nak sambung kerja (berdebar-debar jantung gua time ni buatnya mamat iraq tu belasah gua. jadi kabsah gua nanti)
lepas tu gua sambung gaduh dengan beliau dalam skype, gua cakap kat mamat iraq tu:
  • gua: beb, lu kena faham. gua orang melayu yang terer bahasa melayu dan kurang terer sedikit bahasa english. kalau bahasa arab, yang gua tahu baca pun iqra, muqadam, quran je. kalau yang lu duk tulis-tulis ni gua satu patah haram tak faham
  • mamat iraq: gua fikir lu sebagai orang islam, pandai baca quran, lu harus tahu bahasa arab
  • gua: (kata-kata mamat iraq buat gua dah sentap jauh ke sudut kalbu masa ni) ye, gua memang rendah diri sebab gua tahu baca quran tapi tak tahu maksud. tapi, apa kaitan bahasa arab quran dengan bahasa arab untuk website. dalam quran ada ke perkataan sign in sign out ?? kalau ada pun, gua tak tau la. sukati lu lah nak buat apa, janji kerja gua kena siap by thursday. lu lambat lu jawab
begitulah konversasi antara gua dengan mamat iraq beberapa hari yang lalu. hari ni gua gaduh lagi dengan mamat iraq. tapi gua menggunakan pendekatan bijak. gaduh melalui skype. agak-agak dia nak datang sini gua sempat nak elak. tinggi macam menara woi mamat ni. badan besar macam peti ais lak tu...


disebab kan mamat iraq ni, gua merajuk nak cari kerja lain.. huhuhu.. sangat tak pro lah pulak




0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger