Friday, April 15, 2011

JJCM: Ikan Bakar Fend

saya berkenalan dengan ikan bakar fend sejak tahun 2008
waktu tu saya kerja di kelana jaya
paling melekat diingatan adalah lai chi kang manggo & lai chi kang biru (lupa nama betul)
selepas tak bekerja di kelana jaya
saya memang tak ke sana dah, kecuali jika ada urusan di tabung haji kelana jaya
ada satu kali dalam tahun 2009
saya ke sana mencari lai chi kang special ni
tengok-tengok dah tak ada
sebab mereka ni meniaga atas lori putih tu aja
hairan lah jugak
sebab, kalau ikut pengalaman
tiap kali nak beli pasti kena beratur panjang
pasrah juga waktu tu
telan liur je menahan keinginan, nasib tak pregnant
kalau tak, meleleh kot air liur anak... hehehe

semalam entah firasat mana tiba-tiba mendatang
saya google perkataan 'ais kisar jelly biru'
tengok-tengok keluar pasal ikan bakar fend ni
rupa-rupanya dah buka restoran
patut lah dah tak niaga di lori... hehehe
mereka meniaga kat kelana jaya juga
kat dataran glomac tu

bagi siapa-siapa yang minat ikan bakar
boleh try makan di sana
bagi saya lebih sedap dari ikan bakar umbai
dia punya sambal cicah tu memang melekat
tapi tak lah pedas sangat

tadi
pulang je interview kat pay-point(m) sdn bhd di bandar utama
saya singgah makan sana
kebetulan bawa makhluk tuhan rajin mengemas
berbaloi-baloi
saya ambil set ikan pari bakar RM6.50
set ikan tilapia bakar RM8.50
add-on sotong bakar...superb sebab ada telur kat dalam - RM8.00 (ikut saiz)
2 lai chi kang biru ~ lai chi kang RM3.5/container ~ container dia macam yang letak tau fu fah
2 lai chi kang mango - tapau
tak mahal pun
total semua RM 37 je
murah kan?
sana ada kerang masak pedas, saya tak try tadi.. perut 2 orang je tu.. tak muat kot
tu pun lai chi kang biru tak sempat nak habis kan
sebab perut dah full sangat-sangat

bagi saya lai chi kang dia special sebab tak macam lai chi kang biasa
dalam dia ada ais kisar, jelly, buah peach, durian belanda, laici, nenas, biji selasih, perahan limau kasturi
rasa dia memang masam-masam manis
sedap dimakan kala cuaca panas terik...
fuuuuuuu.... laju je masuk tekak...nyamannnnn

ok, tak nak sembang panjang jom tengok gambar

cik makhluk tuhan rajin mengemas
restoran nasi lemak cikgu betul-betul berhadapan restoran ikan bakar fend


nahhh... itu dia Fend IKAN BAKAR

lai chi kang biru ~ ais kisar, jelly, isi durian belanda, buah peach, nenas, laici, gula buah kabung, perahan jus limau kasturi

nampak tak dia punya jelly? tempting ok!

ikan pari + sotong + tilapia ~ sedap

nasi putih + kicap + kuah asam pedas + sambal cicah

tinggal tulang jeeeee

lai chi kang mango ~ yang ni versi tapau... lama mencari beb.. last makan tahun 2008!





ha? peta... ok kat bawah ni saya letak.. hope faham lah.. lukis pakai mspaint...hehehe



boleh klik untuk pembesaran yang lebih jelas

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger