Monday, April 25, 2011

Kerabu Daging Ala Nyonya

beberapa hari yang lalu dengan gatal tangan nya saya jalan-jalan kat blog pakcik mat gebu
seperti biasa agak meleleh lah kalau tengok blog pakcik mat tu... 
duk merayau-rayau kat blog PCM tu, terbuka entry kerabu daging ala nyonya
alamak... saya memang suka kerabu nih
tapi tak pernah pula makan kerabu daging
kerabu perut pernah lah kan
lain-lain tu kerabu pucuk paku, kerabu tauge, kerabu timun, kerabu mangga...nyam-nyam.. sedapnya.. leleh dah nih
lepas tengok entry kerabu daging tu, saya memasang cita-cita ~ amboi, cita-cita tu.. heheh
cita-cita nak buat kerabu daging jugak


kebetulan stock daging korban masih ada.. hehehe.. memang dah jadi seketul batu dah dalam peti es tu
harap-harap tak bertukar rasa lagi daging tu


akhirnya semalam baru terlaksana nak buat kerabu daging tu
balik dari pesta buku terus singgah giant mencari santan serbuk
bahan-bahan lain dah ada


pukul nak maghrib baru start merebus daging sebab terlalu kepenatan berpesta  buku... sebabnya sepanjang petang duk membuta bersama my gumiho (◕‿-)
lagi pun penat merayau cari lokasi nak pergi interview hari ni ~ doakan kesuksesan saya ya..◠‿◠


ok, malas nak cerita panjang-panjang
jom tengok resepinya


*amaran: seperti biasa saya telah sesuka hati saya merubah resepi asal, buat ikut bahan yang ada dan selera tekak saya dan selera tekak makhluk tuhan rajin mengemas


bahan-bahan
1. 1/2 kg daging salai ~ dah salai siap-siap kat kampung masa raya korban yang lalu
2. 5 biji cili padi di hiris halus
3. bawang merah 2 ulas di hiris halus
4. sepaket santan serbuk ~ boleh tukar santan perah mahupun santan kotak
5. 1 biji limau nipis saiz besar diambil jus
6. cuka secukup rasa
7. garam secukup rasa
8. kacang botor dihiris halus
9. 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
10. 1 batang serai dihiris halus


bahan untuk ditumbuk
1. cili padi 5 biji
2. belacan 1 inci dibakar


cara-cara
1. daging salai dipotong nipis kemudian direbus, dalam air rebusan tambah garam dan sedikit perahan limau nipis. rebus hingga empuk
2. setelah daging empuk, toskan air rebusan. jangan buang air rebusan tu
3. bancuh santan serbuk dengan menggunakan air rebusan daging yang masih hot. kuantiti air yang nak guna ikut citarasa, jika nak kerabu ni agak berkuah lebihkan air
4. campurkan santan yang telah siap dibancuh bersama daging, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan lain-lain bahan kemudian gaul rata. rasakan, jika dah cukup rasa boleh lah dihidang


hmmm, amacam? agak-agak pakcik mat marah tak saya dah buat RnD terhadap resepi beliau? silalah jamu mata dengan gambar-gambar dibawah











3 comments:

Raf_Zique said...

Maklong...sedapnyeeee....buatla utk kita sikit...suka gak mkn kerabu tapi tak reti nak buat......

~miejaputri~ said...

kay.. byk sungguh resepi kt blog mg.. hehehe.. rajin mg masak.. bgus2..
aku dh tukar blog baru tau..
http://miejaputri@blogspot.com
tp xdan nk post byk pun.. duk sibuk ngan 'Auni je.. huhuh

KayNisa said...

lisa: boleh je nk buat, tp awk kena btau awal2 le.. hikhik

nour: haah, aku suke masak klo ade orang nk makan. kalau stakat aku sorg je. xde makne aku nk msk

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger