Monday, April 18, 2011

Mee Kuah Tomato

beberapa minggu yang lalu, saya teringin sangat nak makan mi rebus
tapi bukan macam mi rebus area pantai barat atau belah utara
saya kepingin nak makan mi rebus pantai timur style
tahu je camne nak buat~sonang ya amat, umur upsr dah tahu buat...(◕‿◕)
tapi tetap gatal-gatal buka blog pakcik mat gebu
belek punya belek terjumpa resepi mee kuah tomato
tengok gambar je dah fuuuuuu.... meleleh (perut tengah lapar, macam tu le)

jadi hari sabtu selepas kelas kat bangi, saya berkejaran pulang dan singgah pasar malam batu 14 puchong
beli bahan-bahan sebab dah pesan kat makhluk tuhan yang rajin mengemas sms bahan-bahan yang perlu beli
sebab certain bahan dah ada kat rumah

ok, malas nak sembang panjang lebar.. mari kita lihat resepi
amaran: resepi ini telah ditukar dan dibolak balik sesuka hati oleh saya, nak masak kena kreatif.. tak kan semuanya nak tiru sebijik-sejibik kan? ikut bahan yang available lah kan?? hatta pakcik mat gebu pun suka derhaka resepi kawan-kawan blog masak dia.. heheheh

bahan-bahan
mee kuning (saya guna mee lidi) - 1 paket
sawi bok choy / sawi jepun 3 pohon - banyak pun tak apa
*bawang putih 3 ulas di cincang halus
*3 biji cili padi di cincang halus
*2 biji tomato di dadu halus-halus
6biji tomato saiz sederhana di kisar hancur
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 sudu lada hitam ditumbuk
serbuk lada putih secukupnya
1 kiub ayam tak kisah cap apa pun
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili (i guna sos mekdi 2 peket (◕‿-))
udang saiz sederhana sebanyak mana anda suka (buang kepala dan kulit tinggal ekor sahaja, jangan lupa buang urat tahi udang yang kat belakang dia tu)
2 ekor sotong saiz sederhana dipotong bulat-bulat (selepas disiang / dicuci bersih)
daun sup dihiris halus
sambal kicap jika suka
kalau rajin, buat lah begedil

cara-cara
1. jika guna mi kuning, sila cuci bersih dan celur seketika
2. jika guna mi lidi, sila celur hingga betul-betul kembang (nak guna angel hair atau spaghetty pun boleh)
3. ketepi kan mi yang dah selesai dicelur (sebenarnya, nak mencelur sewaktu menyediakan kuah pun boleh)
4. panaskan periuk kemudian letak minyak cukup-cukup untuk menumis, bagi yang sedang mengamalkan pemakanan yang sihat.. gunakan minyak yang super sedikit atau guna saja minyak-minyak sihat yang lain
5. tumis bahan bertanda *, iaitu bawang putih, kemudian cili padi, kemudian tomato yang didadu
6. kemudian boleh lah masukkan tomato yang dikisar, air secukupnya (jika nak kuah pekat, kurangkan air), dan kiub ayam, lada hitam, lada putih secukunya, sos tomato, sos cili, garam, dan bahan perasa yang lain jika mahu
7. bila kuah dan mendidih, celur udang hingga masak kemudian keluar kan
8. selesai mencelur udang, teruskan dengan mencelur sotong hingga masak kemudian asingkan
9. celur sawi bok choy / jepun hingga separa layu kemudian asingkan (kenapa separa? nanti saya cakap)
10. rasakan kuah, jika dah cukup rasa boleh lah tutup api

cara hidang
1. ambil mi secukup kehendak perut / tekak
2. letak sayur, udang, sotong yang dah asing tadi
3. siram dengan kuah secukupnya (i suka banjeroooo)
4. jika rajin buat begedil, tambah lah begedil
5. letak sambal kicap
6. tabur daun sup
7. perah asam limau nipis
8. boleh lah makan...rasanya amat sedap dikala perut menyanyikan lagu rock

pada siapa-siapa yang tak kenal bagaimana rupa mee lidi, sila refer 3 gambar yang berikut

boleh didapati dipasaraya berdekatan ~ saya beli kat pasaraya hero batu 14

juga dikenali dengan nama mee panjang

sangat sedap kalau goreng dengan rencah cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis yang ditumbuk bersama-sama... tapi serius saya tak pandai buat.. pandai makan je


pandangan atas...lihat lah, disitu ada 2 ketul begedil (saya rajin paksa makhluk tuhan yang rajin mengemas tolong buatkan~~~heeeeee)

kasi nampak udang & kepala sotong (my fav part of sotong is the kepala ◠‿◠)

amacam? tergoda tak? 

banyak lagi udang yang duk nyorok bawah mee.. kasik nampak dua ekor ni je.. karang kalah lak mee banjir udang...(oppsss, belum masuk entry jalan-jalan ipoh part makan mee banjir udang.. nanti yea i update)

p/s: kenapa kena celur sawi bok choy  tu separa masak? sebab, selepas kita angkat dari air rebusan.. proses memasak masih berlangsung. sebab kalau celur sampai masak, nanti bila angkat, the sayur still bertukar menjadi overcook. kalau celur dalam air rebusan biasa, boleh hentikan proses memasak dengan menyiram sayur tersebut dengan air paip atau air sejuk
p/s/s: kenapa saya celur udang & sotong asing-asing? tak biar je dalam periuk kuah? sebab saya tak suka seafood yang overcook.. suka yang 80-90% masak.. hehehehe

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger