Tuesday, May 3, 2011

Corn-Custard Teacake ~ sedap!!

saya ni kalau dah tak ada kerja kat office, memang akan buang masa dengan membaca blog..
lompat sana lompat sini
terjenguk blog dapurcomel nampak la 1 kek cantik dan menyelerakan serta mudah lak cara-cara nak buat tu
telur pun guna sebiji je ~ i loiiikkkeee u know (◕‿-)


saya dah try buat kek ni masa cuti buruh, memang sedap.. rasa dia macam rangup-rangup sket sebab letak tepung custard.. tapi bukan lah rangup macam makan biskut ye.. nak tahu macam mana rasa kena lah cuba buat.. ye tak? jangan tak tahu, my gumiho pun suka makan kek ni, tak caya? boleh tengok entry ni


tak nak sembang panjang jom kita tengok resepi..


kalau nak tengok resepi asal boleh refer pada geng-geng otai masak kat sini, sini, sini, dan sini (boleh tengok cara-cara)


Amaran: saya dah modified resepi ni ikut ketersediaan bahan-bahan saya (◕‿-)


bahan kek
125g butter
1/3 cawan gula castor ~ boleh kurang kan sebab manis sangat dah ni
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard


bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu ~ saya guna creamer NestlĂ©® Coffee-mate® sebab tak ada susu, caranya saya bancuh creamer dengan 2/3 cawan air, creative kan? (◕‿-)
15g butter
2 sudu teh vanilla
4 sudu cream style sweet corn ~ resepi asal tak letak, pandai-pandai je derhaka resepi orang...ngeee


penyediaan kastard:
  1. larutkan tepung kastard , sweet corn, dan gula kedalam susu
  2. masukkan butter dan vanilla
  3. panaskan hingga mendidih dan pekat ~ saya guna kaedah double boil 
  4. sejukkan
penyediaan kek:
  1. panaskan oven
  2. pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur, gaul rata kemudian masukkan tepung dan gaul rata
  3. alaskan acuan kek dengan kertas minyak supaya kek tak melekat nanti ~ saya cadang sila guna acuan bersaiz 6 inci, sebab acuan saya bersaiz 8 inci, kek jadi nipis. so, agak kurang cantik disitu...tapi rasa still sodapppp
  4. letakkan sebahagian adunan kek, buat lubang sikit kat tengah dan ratakan
  5. kemudian tuangkan kastard dan kemudian tuang baki adunan kek tadi, ratakan dan bakar selama 30 minit pada suhu 175 darjah celcius
  6. keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing untuk hiasan ~ saya tak letak










p/s: kek kelihatan pecah-pecah sebab baru kuar oven dah kasi keluar dari acuan, hasil dari keterujaan melampau membatasi kesabaran... heheheh


4 comments:

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

nk buat jugak la...nmpk cm senang jer..hehehe

KayNisa said...

lisa: try lah, hatta kucing aku pn suke makan.. mmg sedap.. lawan dgn teh o panas lg sodap.. mmg btul la nm dia teacake.. hikhik

kzai said...

salam ziarah kembali...dh jadi lah tu kek nya...sedap kan

KayNisa said...

salam,

kzai mmg sdp.. thanks dtg ziarah ^_^

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger