Monday, May 23, 2011

Kesah Seram #1 : Jin lapar

masa hari ibu awal bulan may
saya balik kampung
rindu mak tak dapat tahan lagi
sambil-sambil hantar cik makhluk rajin mengemas pulang bercuti
lagi pun tempoh foundation di IIUM PJ dah habis
lepas ni dia sambung kat IIUM Kuantan lak ..╥_╥
( sedih, tak de kawan gado dah)

seperti biasa
bila pulang ke kampung saya suka bersembang dengan kak ipar terchenta
kak ngah yang awal-awalnya saya panggil kak nora ~ bila teringat rasa nak gelak guling-guling
sangat tak best panggil kak nora
kurang mesra hokey...

entah macam mana duk syok-syok bersembang
tiba-tiba kak ngah bukak cerita pasal jin dan kedai makan
FYI ~ my kak ngah is super bestes storyteller
citer tak best pun boleh jadi best kalau dia yang cerita
very talented....ngeeeee (am not bodeking her ok!)

kesahnya macam ni
ada lah sebuah kedai makan / restoran tu
kat pinggir bandar yang berhampiran dengan kampung kami
memang laku sangat kedai tu
penuh je orang
tak tahu la apa menu menarik tertarik yang ditawarkan sampai ramai sungguh orang berkunjung

nak dijadikan cerita
pada suatu hari (mode masuk pertandingan bercherita)
ada seorang ustaz tu
dia nak attend majlis ceramah kat sebuah masjid / surau yang berhampiran tempat tu
dek kekalutan melanda ustaz tersebut
dia tak sempat nak makan
jadi dia singgah lah makan kat kedai tu
baru je kaki dia nak melangkah ke dalam kedai makan tu
punya lah ramai ummat kat dalam tu
bukan ummat manusia je
ummat jin pun sama
i suap u
u suap i... erghhhh

setiap pelanggan duk sharing is caring makanan diorang dengan para jin tersebut
tapi ummat manusia tu manalah nak tahu kan
manusia biasa memang Allah dah hijab pandangan mereka dari ternampak makhluk jin/shaiton/iblis dan lain-lain tu
hanya insan-insan terpilih je boleh nampak termasuk ustaz tu
ustaz tu harus lah tak jadi nak masuk makan kat situ
maybe lepas tu dia pergi makan kat tempat lain
sewaktu dia beri ceramah kat masjid/surau tu
dia inform jemaah yang hadir pasal kedai makan ni
atas dasar tanggungjawab sebagai sesama ummat islam

kecohlah kan
lepas tu dengarnya waktu tokey kedai tu nak meninggal
jenazah dia tak dapat nak keluar dari rumah dia
sampai terpaksa buka bumbung rumah
keluarkan pakai kren (kot, tak ingat jenis jentera tu)
family si pengamal langsung tak tahu pengamal ni guna jin untuk lariskan kedai makan dia
kesian kan family dia
tak pasal-pasal tanggung malu

sekian lah kesah seram hari ini... heheh

p/s: sebelum makan make sure baca bismillah, insyaAllah kita makan sorang-sorang. tak perlu nak share dengan "yang lain"...

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger